April 18, 2014

::DERHAKA LAGI::

Salam pagi Jumaat....

Semalam baru citer pasal PMS kan? 
Alhamdulillah...
Senggugut tu mmg dah takde...
Tapi biasa lah kan.. kalo dah namanya pon 1st DAY IN PERIOD!

SAPA YANG HAPPY MASA 1st DAY PERIOD??
Mai bgtau tips sat...

Memang emosi agak kurang stabiliti nya 2,3 arini ...
Ikut ajer lah yerr...

Malam tadi, serius tak lalu nak makan nasi...
Padahal siang tu memang tak jmpa nasi pon...
Awal2 dah plan nak masak sardin cicah dgn roti jer...

Kat budak2 tu kena bgtau awal2 ibu tak masak nasi malam ni...
Kang ade jer lah yang mengamuk tak dapat makan nasi...

Sebelum maghrib tu dah ready kat dapo nak tumis sardin.. 
Jenguk2 bawah dapo, ade kentang beli aritu tak buat ape2 pon lagi.. 
Hurrmmm... tiba².... 

CRAVING FOR SUMTIN... UMMM... NYUMMMMSSSS!!!

BUKAK KITAB... search for the recipe... 

"MACARONI GERATIN"

Macaroni yilekkk!!!
daging/ayam yilek!!
Ok takpaa....
Kita kasi durhaka sama dia.. 

POTATO GERATIN with SARDINE!!!
yummmssss!!



Gambar masa tengah bakar tak sempat nak snap.. 
Sbb hp tgh charge...
Lagipon dok kalut kalut nak masak sementara budak2 tu g ngaji..
Diorang balik mengaji memang terus bukak tudung saji jer...

Ini dah telan separuh baru teringat nak snap.. hehehe...

Resepi nyer... aku main taram jer.. tak ikut sgt kitabulresap aku tuh... 

Sardin 
(masak tumis mcm biasa.. Tapi aku hancur2 kan isi ikan tu.. tumis letak rempah kari sket, cili blend sket)

Kentang
Sambil² tu, kentang kupas kulit, potong dadu yang besar2 sket.. jgn besar sgt, kang lambat empuk. rebus kentang letak garam secoet...
Kentang dah separa empuk, (jgn terlalu empuk. lembik tak sedap). Toskan air kentang, masuk kentang dlm kuali kosong.
Sardin dah masak, kaup masuk dalam kentang tu, gaul2 skali.. aku hancur2 kantang tu dlm kuali, sbb tu tak potong dadu kecik2... rasa garam/gula. Nak itallian sket, masukkan lah oregano ke, parsley ke.. ape2 jer yang rasa boleh nak ke arah Itallian tu.. haha!
Dah siap, masukkan dalam loyang pembakar.

Kenapa aku letak kentang dlm kuali asing? Kenapa tak terus jer masuk kentang dalam sardin tadi?
Sebab nyer...
Dalam umah tu ade 4 mulut yg berbeza citarasa, ade yg tak makan bnd pelik2 ni.. satgi terus mogok lapar... Sebab tu aku buat sardin tu banyak, n asingkan.. Suka ati lah kau nak makan sardin tu dgn apa! haha..

Ok cukup bab sardin dan kentang...
Masuk bab White Sos plak.. (nama takkalah!)

White Sos
1 sdb Marjerin/butter
1 sdb Tepung gandum
100ml Susu segar
sedikit kiub ayam
lada sulah

Cairkan marjerin/butter. masukkan tepung kacau2 jgn smpai berketul hingga jadi kekuningan. Masukkan susu sikit2 sambil kacau supaya tak berketul. Masukkan kiub ayam dan lada sulah dan sedikit garam.
Kacau2 lagi sampai dia nampak mcm mendidih meletop2 gitu...
Dah siap sos, tuang jer dlm kentang dgn sardin tadi.. tabur cheese bagi penuh...
Bakar dlm oven suhu 200oc selama lebih kurang 20 minit atau smpai cheese tu jd kuning2...

Dah siap.. makan la apa lagi...
Makanan2 yang mcm gini, dlm rumah aku hanya 2 mulut jer mensuka dan tersangat suka.. 



Si teruna ibu ni.. dan IBU dia laaa....
Dah tentu ibu yg masak, ibu lah yang suka kan...

"SEDAP BU!!!!!"
Darwish kata.... hehehhe.. tu yg sampai tinggal suku bekas jer.. 

Kakak makan ape???
Kakak makan roti cicah sardin, lps tu dia tgk kami berdua asek menambah jer, dia pon hulur pinggan..
"KAKAK NAK YANG POTATO JER.. YG PUTIH TU TAKNAK!"
orait! menurut perintah...

SEDAP!!!!
ok mengaku kalah jugak dia.. hehe..

Alhamdulillah...
Kenyang mlm kami 3 beranak malam tu...
Papa dia dah makan kat luar dh petang tu, so tak heran apa yg kami makan ni.. 

Bagus betul la ibu ni.. suka menderhakakan resepi...
ini versi DERHAKA yang TAK SALAH disisi agama.. ehhehe..
Ikut kesuaian resepi dgn bahan2 yang hadoooo...

KAU???
HADOOOO???

hehehe!

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini