April 10, 2014

::BIAR DILUAH DARI DIPENDAM::

CATATAN LAMA...
DULU PERNAH AKU 'KELUARKAN'. 
TAPI TAK LAMA.. AKU 'SIMPAN' KEMBALI... 
APE PERASAAN YANG ADA WAKTU, AKU PON TAK PASTI...
TERLALU BYK UTK DIINGATI.. TERLALU BYK UTK DILUPAKAN..
KINI, AKU 'KEMBALIKAN' IA UTK TATAPAN MEREKA YG MENGENALI AKU KINI...

INI LAH DUNIA AKU DULU... 
SELALU BEREMOSI.. 
DAN BLOG TPT AKU MENGADU...
KINI, AKU MENJADI CEK LALA YG BARU...
BUKAN LAGI CEK LALA YG BEROTAK BIRU.. HIKSS!!
==========================================================================
=1 Mac 2011, 11.07PM=

Tulis salah.. tak tulis pon salah...
Aku serba salah...

Kalau aku tulis nanti, ade pulak yg teremo dgn aku...
Yg takde sangkut paut pon tetibe, nak remove me'remove' aku..
Kalau aku tak tulis, aku plak yg EMO!!
Sebab pendammmmm jer kan...
Kang tak pasal2, anak2 aku plak yg jadi mangsa bernanah telinga dengar aku dok terpekik-pekik!

Memang aku takkan mention sapa2 pon dalam citer aku ni..
Ini pendapat peribadi.. dan ianya meluas.. Tak bertumpu hanya pada seseorang..
Tapi kalau ada yang terasa plak, aku NO KOMEN laa kan...

Ramai yang tak tahu kisah peribadi aku...
Ramai jugak yang tak bapa mengenali aku..
Tapi pada yang KENAL sangat dgn aku.. 
Memang tahu la peel dan perangai aku lagu mana...

Seriusly!!
Aku ni memang agak panas baran jugak org nyer...
Tapi panas aku bertempat dan tak melulu tak tentu hala..
Ada sebab kenapa aku perlu rasa baran tu...
Antararnya:
1-Bila ada org yg tak pasal-pasal nak cari pasal dgn aku time aku BAD MOOD!!
2-Bila aku buat baik dgn org, sehabis baik aku layan, tapi dia balas 'TAIK LEMBU" kat aku!!
3-Bila aku yakin aku adalah BETUL, tapi org kata aku SALAH!!!

Itu diantaranya..
TAPI!!!!!!!!!!!!!!
Baran aku bukan memaki hamun org mengkhinzir buta...
Kalau boleh aku cakap baik2.. aku akan ckp baik2.. tapi dgn nada yg keras!

Walaupun mcm tu, kebaikannya... aku cepat sejuk...
Amarah aku akan sejuk dengan sendiri...
Aku sendiri yang akan cari penyelesaian utk cool kan amarah aku...
Aku buat keje ke, aku mandi ke, aku makan ke atau aku tido! (Tapi, air mata TETAP!! :p)
Lepas seketika, marah aku akan reda...
Tapi, untuk melupakan... NO!!!

Aku bukan pedendam yer...
Cuma aku takkan boleh lupakan apa yang org penah buat pada aku..

Pada yang mengikut belog aku dari dulu sampai skang, akan tahu lah cerita pahit yg penah aku kongsikan dalam blog ni. Kalau rajin cari lah.. Semuanya di tahun 2008!!
Mamang sakit!!!
Memang perit!!!

Tapi skang, Alhamdulillah... segalanya dah berakhir...
Aku bahagia kini..
Dan aku sangat2 berharap, aku akan KEKAL BAHAGIA begini hingga ke hujung nyawa..
Namun begitu, aku yakin... segalanya dengan izin dari ALLAH SWT.

Kini, aku boleh menerima kembali mereka-mereka yang pernah sakiti aku dan yang penah aku sakiti.. Itu semua hanya dengan MAAF!! Bagi aku, kita hidup tak lama.. utk apa kita menjadikan sejarah lama sebagai tembok pemisah? Jika kita boleh memaafkan dan dimaafi takkan ada ruginya. Malah, MAAF itu satu sifat yang SANGAT terpuji... 
Bukan seorang, tapi ramai.. Ramai yang cakap aku terlalu baik.. sebab dengan mudah boleh terima mereka kembali. Kenapa?? 
Pada aku, simple jer... 
Siapa kita nak menghukum org???
Aku dah terima apa yang patut aku terima...
Begitu juga mereka.. 
Kalau kita rasa, diri kita sempurna hanya kerana tak boleh menerima org2 yang sebegitu, tapi sebenarnya hati kita yang paling busuk!
Kalau kita ikhlas utk berbaik dgn org.. tapi org tak menghargai keikhlasan kita, tak perlulah sampai kita nak memutuskan tali silaturrahim yang dah diikat. Cukup sekadar berdiam dan cuba menjauh dgn cara yang baik. Apa yang penting, Allah Maha Mengetahui...

Bagi aku, hidup ni memang macam roda.. Kadang kita di atas, kadang kita dibawah..
Bila kita di atas, kita lupa kesakitan org di bwh. Kita senang di atas menghirup udara nyaman dari usaha kita. Tapi, kita lupa yg kita juga dulu penah merasa sakit, bila di bwh. Kita lupa, sewaktu dibawah kita sering berdoa pada yang Maha Esa supaya lepaskan dari kesakitan yang kita rasa. Kita sering berdoa utk mengecapi bahagia dan berdiri diatas...

InsyaAllah...
Pengingatan ini juga untuk aku... Supaya bila satu hari nanti, Allah mendengar doa-doa aku dan beri aku kesempatan utk berjaya, Aku juga sgt berharap, aku takkan lupa utk memanjatkan doa supaya aku tak lupa dimana aku berpijak!

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diritak seindah SULAIMAN.
Tak perlu mengharap teman setampan YUSUF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu diri seteguh IBRAHIM, jika iman tak sekuat SARAH.
Tak perlu mendamba teman seistimewa KHADIJAH, jika diri tak sesempurna RASULULLAH SAW...

Yang buruk itu dari Cek Lala yg sedia buruk...
Yang BAIK itu hanya dari ALLAH SWT yang Maha Sempurna...

Wassalam..




2 comments:

azza_irah said...

alhamdulillah jika anda sedang baahagia...
tapi tahukah anda....
ku merindui muuu yanggggggg...mmuahhh
bila nak deting2 nihhhh...

.::CeK LaLa::. said...

HUwaaaaaaaaaa!!!
Org pong rindu gak kat akak!!!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini