April 24, 2012

::DOA UNTUK ANAKANDA MUHAMMAD ADAM FAHIIM::

Assalamualaikum...


Hari ni 23 April 2012, adalah hari pembedahan Muhammad Adam Fahiim. Anak sedara saya yang mengalami APERT SYNDROME. Boleh tengok di link sebelah kiri blog saya utk tahu perkembangan Muhammad Adam Fahiim sebelum ini.

Ini adalah Major Operation kedua bagi Adam Fahiim setelah major operation yang pertama dulu untuk cantumkan lelangit Adam Fahiim. Masa tu umur Adam belum lagi masuk setahun. Boleh dikatakan setiap tahun Adam Fahiim akan jalani pembedahan seperti, memisahkan jari-jari Adam yang bercantum. Satu jari untuk satu tahun kata Kakak aku.. 

Kali ni, sewaktu umur Adam Fahiim 3 tahun, Adam jalani pembedahan lagi. Tapi operation kali ni agak merisaukan sebab ianya melibatkan bahagian kepala Adam. Nama prosedur operation tu, "FRONTO ORBITAL ADVANCEMENT" (Boleh google nama tu dan tgk ape yang dimaksudkan) *aku dah google, tp intenet aku ni selow tahap kuasa siput vavios. Jadi nyer, koram search sendiri lah yer!*

Gambar ni baru 2,3 hari lepas masa adik aku melawat Adam kat HKL.
Kalau perasan kepala Adam yang membenjol tu lah yang akan dibedah. Aku tak pasti, tapi apa yang aku tahu, otak Adam semakin mengembang dan menolak tengkorak kepala Adam. Kalau tengok betul2, nampak timbul urat2 hijau kat dahi dia tu. Kita tgk kesian, tapi tuan punya badan sikit tak heran apa, melasak sama jer mcm budak normal yang lain...


ANAKANDA MUHAMMAD ADAM FAHIIM....

KAMI SEKELUARGA AKAN MENDOAKAN SEMOGA ADAM FAHIIM SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN HARI INI. ALLAH SWT AKAN SENTIASA MEMELIRAHA MU ANAKKU... 

UNTUK KAK INA DAN ABANG FARIS....
SEMOGA KALIAN KUAT DAN TABAH... INSYALLAH.. SEMUA AKAN SELAMAT....

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini