February 2, 2012

::MERIBEL LAGI KAH??::

Dah sebulan sekolah, rutin pon tetap sama...
Tapi memalam skang aku dah rilek sket.. sbb ape, tepat pukul 10 malam, masing2 dah lebuhhhh...
Kakak adik.. sama naik jer.. kadang2 ibu pon turut serta menyertai sleeping beuty... : )

Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah KAFA, biasanya sampai umah mesti pukul 6.30. Sebab adik keluar sekolah kafa pukul 6. Tok tak Tok tek dgn beratur tunggu kluar parking dari sekolah Kafa ape sume, sampai umah jadi lah pukul 6.30. Masuk jer umah aku kelam kelibut la sinsing baju nak "projekkan rumah".. Sebab kejap lagi pukul 7 nak "date" ngan AHMAD SUFIAN plak.. Yang budak2 ni pon sama kalut salin baju sebab nak main kat luar..
Mana tak menggeletis anak-anak aku, belum pon bukak pintu pagar, geng jiran sebelah dah setia menunggu tepi pagar nak ajak main. Nak dilarang.. budak2... nak dimarah pon.. anak org.. Yer laaa.. anak depa tak p sekolah petang.. Balik sekolah tengah hari tu, makan2, dah blh nak rehat / tido sume bagai kat umah. Anak2 aku ni, time nak tido tu lah yg nak kena pegi sekolah. Kesian tauuu!!! Depa apa tau??? huhu!!!

Kadang2 aku kesian jugak kat anak-anak aku sebab menjadi bahan tempik pekik aku... Nak marah anak org aku tak berani, aku marah anak2 aku... huhu!!! *menyesal*
Tapi selalunya, aku akan bagi warning dah siap2 kat drg dalam keta. Kalo ade keje sekolah banyak, jangan main kat luar. Duduk jer dalam umah. Tapi tu laa.. bila anak2 aku duduk dalam umah elok2, anak2 jiran tu pulak dok berkeliaran depan umah, main basikal lah.. main bola lah.. Mau tak terjejas  ketenangan anak2 aku?? 

Tapi, bila lepas maghrib tu, memang aku kejan betul2 dorang... Dah mandi ape sume, kalo aku masak awal, suh makan dulu.. pastu terus aku PAKSA dorang amik buku buat keje sekolah. Kalo tak buat mcm tu, tgk lah satgi.. alamat lebuh mcm tu jer lah... Buat masa ni, selalunya adik lah yang akan mengalah dulu. Sebab dia ni memang jenis tak tahan mengantuk. Kalo dah letih sangat, dia rasa nak tido, dia tido jer.. Tapi kalo dia cergas, sampai pukul 2,3 pagi pon dia sanggup celik lagi. Itu yang asal petang otw nak balik umah jer, aku mesti akan tanya pasal homework.. Kalo ada, aku cakap bebaik, suh siapkan dulu baru nak pegi main ke ape ke. Setakat ni, menjadilah sume tu.. Tatau lah masa akan datang. Harap2 dorang boleh praktikkan...

Kakak, aritu ade bgtau, lepas cuti seminggu raya cina aritu, yang kawan-kawan dia sume masuk kelas pandai. Dia sorang jer masih duduk kelas tu jugak. Cara dia cakap tu, seolah-olah mcm dia tak pandai laaa... Aku cakap ler yang Kakak pon pandai jugak.. sebab kakak duduk kelas 1 INTELLIGENT.. Intelligent tu dalam bahasa inggeris.. dalam bahasa malaysia maksud dia, PANDAI, CERDIK, PINTAR.. "ye ke ibu??" tanya dia.. hehehhe.. 
Pastu aku tanya laa.. takde ke kawan2 perempuan yang lain masuk kelas kakak? Dia kata ada.. "..Tapi kan ibu.. depa suma buat 'mata takmau kwn dgn kakak'.." alololololo.. aku faham la maksud dia tu.. MATA JELING-JELING... konon macam "kami tak kenai hang. kami takmau kwn dgn hang!" lebih kurang gitu lah kot... huhu!!! budak2 skang kan? hehehe...

So far, lepas aku bagitau kawan jer dgn sume org.. jangan pilih2.. setakat ni dia ok jer.. walaupun, setiap kali aku amik dia kat sekolah, tak penah la nk tgk dia berjalan ngan sapa2.. Selalu dia sorang2 jer.. baru2 lagi kot kan.. tahun 1 jer pon.. tak kesah laa.. 

Bila dah penat sangat, mcm ni lah.. belum pukul 10 dah tumbang...

Si Muhammad tu???
Hurmmm.... aku pon tatau dia tu ikut perangai angin mai kot mana...
Berubah-ubah tak kena gaya... 
Dalam dok elok-elok.. tetiba ja dok buat perangai "bertuah" dia tu!!
Selalu bila time aku la yg kena handle 2-2 kalo papa dia tetibe ade hal kat opis. Tapi bila papa dia yang handle dia, elok jer.. takde pulak nak buat perangai mcm2.. mungkin takut jugak kot dgn papa dia tu.. Tp elok jugak.. At least dia takut dgn sesorang walaupun yg selalu melepuk, menempik nyer aku!
Ape yang tahu, bila dia jadi perangai takmo pegi sekolah petang adalah bila waktu dia mengantuk sangat-sangat... dia merengek nak tido... kalo dgn aku pujuk lah nak beli keta control besar rumah pon, takde nyer dia nak heran.. tetap dgn keputusan TAKMO PEGI SEKOLAH!
Baru 2,3 ari lepas dia buat perangai. Aku pulak time tu mmg jepun tunggu masa nak serang. Mood pon apa lagi, nak hangin sesado jer lah.. Dah sampai pintu pagar sekolah, boleh dia menangis takmo masuk pastu bila aku nak tarik tangan dia, dia lari ke tepi jalan.. lagi aku kejar, lagi jauh dia lari. nasib baik lah sekolah KAFA tu dlm surau kat taman perumahan. Kalo buat nyer kat tepi jalan raya besar, ape aku nak buat??? 
Nak tak nak terpaksa aku ugut dia lah.. Buat2 kata nak balik, aku berjalan nak masuk keta, dia lari nangis2 kejar aku balik.. Aku masuk keta, kelam kabut dia pon masuk keta nangis2.. dalam keta, memang kena lepuk la ngan aku.. geram!!!! aku cubit2 betis dia.. nak cubit paha takut lebam kuat sgt, cubit kat betis.. dia gemuk, betis pon pon gemuk mcm aku gak.. GERAM TAU!!! eeeee... tatau nak ckp mcm mana! Hari tu mmg hari tak elok utk kami anak beranak.. sume abis kena marah kaw2 ngan aku!! Dgn laki aku skali pon aku marahkan.. sbb aku call dia tak angkat.. As usual laki aku yg pemarah tu kena marah lak ngan bini, DIA PON SAMA NAIK DARAH NGAN AKU! Hahahahhaha!!!! *padanmuka*
Ni lah budak angin suka ubah-ubah tu.. Liat nak pegi sekolah agama, tapi kalo time nak pegi, nak duit 2 ringgit sesajo.. pastu bila ibu minta duit lebih, dah takde.. "Amat beli naget dua!"


LETIH OKEH!!!

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini