January 11, 2012

::UPDATE PERTAMA 2012::

Assalamualaikum….
Hai olss!! Entry pertama ditahun 2012… (aku lerr.. org lain tah tah dah berpuloh entry hagak nyer khennn…)

Aku sehat2 jer u olss.. (tak tanya pon, aku ske hati nak bgtau… :p )

Hari ni hari pertama aku bekerja di tahun 2012 ni.. dan baru nak boleh bernafas nak tgk sume sosial netwek ni.. (saje nak bgtau yg aku bizibody buat keje dari tadi.. muahaha!) kena padam! sebab hari ni dah hari ke 3 aku keja. Entry ni ditaip kat umah guna word.. hehehhe!

Seminggu sebelum tahun baru aku dh cuti… membawak kanak2 ke PD.. (walopon sgt byk duri rintangan sementara nak sampai ke sana.. Demi anak2 aku pasrah ler jugak.. ) tu pon hasil aktiviti bersama family in-law.. kalo dak jgn harap ler nak lepas ke sana. Tinggalkan keta kat umah SIL di Putrajaya, pastu baru ke PD bergether-gether dgn yg lain jimatkan keta dan petrol, kami menumpang lah kereta yang lelain…




*Sedikit gambar sebagai bukti. Takde edit2 dah. MALAS! watermark pon takde. Org nak curi pon curi lah.. LANTAK!! haderhakukesah?*

Balik dari PD, aku habiskan cuti kat umh jer.. plan konon nyer nak balik umah Mak, tapi tak jadi sebab byk lagi hal sekolah bebudak ni tak selesai. Barulah aku tahu perit jerih nyer bila anak2 nak masuk sekolah kan?? Banyak NORRRRRRRRR duit nak pakai… itu pon jenuh aku control aliran kuar masuk-takde- duit masa kat PD itu hari. Kalo tak memang jenuh aku nak kena keringkan bulu2 yang ade utk dijual.. HAHAHAHA!! :))

Malam sambut tahun baru, kami melepak jer dalam umah walaupun ade suara sumbang laki aku yg kedengaran, “tahun baru taknak kluar ke??” aku jawab, “duit takde dok diam-diam sudah!” dan tepat jam 12 tgh malam, aku dah beradu tapi telinga dok dengar bunyi mercum bunga api kebabommmm!!! Cina depan umah dok raya…. Heee…

Tahun baru, Mak n adik aku dan maksu aku bersama 2 org anak beliau iaitu bff kepada anak dara aku, datang umh. Kemain seronok anak aku tu jumpa ‘kawan baik’ dia dari kampong. Hehe.. Mak ajak aku n anak2 pegi ke Jusco, Perda. Konon nyer adik aku yg nak shopping pastu tak tahu jalan nak ke sana. Aku pon apa lagi.. eh! Laki aku pon apa lagi.. laju jer capai kunci keta… hehehhe!

2hb Jan 2012, Anak sulung aku, DINA ade hari orentasi di sekolah. Anak aku dah darjah 1 u olsss!!! Nampak nor aku ni dah tua kan?? Anak dah sekolah wehh!! Rasa macam nak nanges (walaupun dah nanges sebenarnya) masa tgk dia sarung baju seragam sekolah for the first time!! She look soooo CUTE!! Sooo MATURED!! Tapi jauh disudut hati, aku tetap rasa anak aku masih kecik lagi.. huhu!! Aku tahu dia agak gementar utk kali pertama jejak kaki ke sekolah. Sebab dia tak kenal kawan2 dia lagi. Tapi aku pujuk dia sume akan ok.. Kakak akan jumpa kawan jugak nanti. Kawan yang baru, yang lagi ramai.. Jgn risau ok… Masa cikgu panggil nama dia utk berbaris masuk ke kelas, dia tak berapa yakin waktu tu.. mata melilau dok mencari aku. Nampak jer terus lambai2 tangan. Hehehe!! Macam tu ke aku dulu??? Hahahah!!

Hari orentasi ibu bapa diberi taklimat dan suruh amik buku teks. Banyak okeh buku bebudak ni.. buku teks plus dgn buku latihan jugak. Tapi nasib la tak tebal mcm dedulu walaupun agak byk jumlah buku nyer! Walaupun orentasi hanya 3 jam dan tak sampai pon setengah hari, tapi baju anak aku dah berconteng merata. Tak tahu lah kat mana dia seret. Paling excited aku tgk budak ni, ialah nak MEMBELI MAKAN kat kantin. Awal2 lagi dah bagitau suruh aku bagi duit kat dia nanti. Sebab dia nak beli jer makan kat kantin. Takmo bawak bekal. ADUHHHH!!!! Satu peel anak dara aku ni, kalo itu KEMAHUAN dia utk kali pertama dia NAK, memang aku kena tunaikan. Kalo tak nanti, masalah akan datang dikemudian hari. Yang tak tahan siap pesan kat aku lagi tu.. “KALO IBU ADE DUIT, KAKAK BELI JER MAKAN KAT KANTIN. KALO IBU TAKDE DUIT, BARU KAKAK BAWAK BEKAL.. “ eh! Eh! Boleh plak gitu yer…..
Memang hari pertama sekolah 4hb tu, dia dah beli makan, aku memang tak tunggu dah dia waktu rehat tu. Sebab aku tahu, kalo benda yg dia excited, dia MESTI boleh buat sendiri. Pagi tu jer aku hantar dia sampai masuk kelas. Pastu ade perhimpunan ringkas hari pertama masuk sekolah. Guru besar dah bagi warning, ibu bapa tak boleh tunggu anak2 kat tepi kelas. So, lepas aku tgk dia dah berbaris masuk kelas, aku pon balik. Masa pagi tu, aku bagi dia duit 2 ringgit. Seringgit aku bagi kertas, yg seringgit lagi aku bagi syiling 20 sen. Saja nak tgk dia tahu guna tak yg syiling tu. Sebelum ni aku penah ajar dia utk bayar makan kat café USM, selalu nyer aku bagi duit yg cukup2 laa.. duit kertas jer selalu bagi. Jarang guna duit syiling.



*Dalam kelas dia. 1 INTELLIGENT. Yg rambut pendek tak pakai tudum tu dia laa..*

Balik sekolah hari pertama, belum sempat masuk umah lagi, baru bukak kasut depan pintu, dah excited citer macam2 kat aku sampat termengah2 bercerita. J Sebab nyer, balik tu papa dia yang amik, aku tunggu jer kat umah. Tu yang tak sabar2 nak cerita kat aku tu. Kalo aku yang amik, memang dari dalam keta sampai umah lah tak abis2 lagi. Pastu aku Tanya la rehat makan ape, dia ckp makan nasi goreng. Aku minta duit lebih. Dia bagi la kat aku beg duit dia. Aku tgk, dia guna duit seringgit kertas, ade balance syiling 1.20. hehehe.. Ok.. dah lulus!
Petang pegi sekolah KAFA, kat masjid dalam USM jer.. masa pegi ok lagi. Masa balik, boleh plak dia nangis… Papa dia jugak yg tunggu nyer pon. Dia boleh merayap lagi dlm masjid tu kata ibu tak datang. Padahal, papa dia dah tunggu kat luar dah. Staf kat masjid tu call aku ckp yang Dina nanges2 cari aku.. aduhaiii!! Bikin malu jer!!
*Posing bersama baju sekolah KAFA.*

Adik plak, si Muhammad tu boleh demam la pulak malam sebelum nak sekolah tu. Bangun pagi tu, aku suruh papa dia uruskan adik, sbb aku nak kena uruskan kakak kat sekolah. Dah pesan lah macam2 kat papa dia, suh bagi makan ubat ape sume dulu. Tgh hari tu, aku amik dia kat tadika, badan dia dedar memang lemah jer lah dia. Nasib kat tadika dia ok. Adik sekolah di Tadika yang sama mcm tahun lepas. Nak masukkan pra-sekolah, dah penuh! Tak sempat dah… Petang nak masuk KAFA jugak. Kesah nyer memula tak nak. Aku pujuk pon taknak, kakak pujuk pon taknak.. Pastu lepas hantar kakak ke KAFA, aku pujuk lagi ajak pegi kafa. Masa tu badan dia dh surut sket panas. Pastu dia angguk.. OK! Patah balik umah, tukar baju kafa. Kafa Muhammad tak sama dgn kakak. Sebab kafa dlm USM ni, Cuma amik budak dari umur 7 tahun. Jadi aku hantarlah si adik nyer kat KAFA luar. Tak jauh pon, depan USM ni jer.. depan dgn umh pengasuh depa. So, takde masalah laa.. Hari pertama Kafa memang tak belajar. Biasa lah.. main jer bebudak ni.. Mungkin agak nyer badan dia tak sehat, jadi adik tak berapa excited la nak g sekolah agama. Mungkin jugak kakak takde, jadi dia takde ‘geng’ nak ke sana sini bersama. Aku rasa itu lebih baik. Tapi dua hari jer si Adik bertahan nak ke sek agama. Hari jumaat dia dah surrender.. pujuk2 pon tak mau jugak. So, aku pon beralah laa.. maybe, dia nak berehat kat umah. Nak tido kat umah.. yer lah badan tak sehat.. 
.
.
.
.
.
.

TAPI SEGALA-GALA KEINDAHAN ITU SEMUA HANYALAH BERSIFAT SEMENTARA. MASUK MINGGU KEDUA SEKOLAH, ANAK2 AKU DAH WAT HAL... PENAT! STRESS! GIVE-UP!! SUME CUKUP!!!
NANTILAH AKU CITER KENDIAN... ENTRY NI AKU DAH DRAFT MASA AKU KAT UMAH CUTI SABTU AHAD MAGHIN.. DENGAN HARAPAN, MINGGU DEPAN YAKNI MINGGU NI ANAK2 AKU AKAN MENUNJUKAN PRESTASI YANG BAIK.. RUPE NYERRRRR... HADOOOO MALAMMMM!!!!

STRESSS!! STRESSSS!!!!

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini