January 12, 2012

::KEMEROYANAN::


Ini anak bujang saya.. Umo dia baru masuk 5 tahun 1 bulan.. Hari ni genap lah 1 bulan tu...
Dia dah sekolah tadika 6 tahun.. Ditadika yang sama mcm tahun lepas.
Tahun lepas, dia Tadika dengan kakak dia. Hari2 setiap masa, setiap jam dok berjumpa. dari pagi sampai malam. So, dia adalah menjadi sangat happy diketika itu.
Tapi yang tak hepi, adalah kakak.. sebab hari2 balik mengadu adik 'jahat' kat sekolah. Dia dgn kawan2 dia suka usik kakak!! ^_^

Tapi, ini tahun... kakak adalah seronok sebab dah masuk dejah 1. Manakala adik pulak masih di tadika yang sama menjadi otai (sebab dah 6 tahun), tapi moody sebab kakak takde..
Hari pertama, alhamdulillah... (maybe sebab papa yg hantar kot) Walaupun badan dedar sebab demam.
Balik sekolah aku yg amik... (papa amik kakak) So far, tgk dia happy.. balik tunjuk kat aku ape yg dia buat kat skolah.. Alah.. lukisan tekap tangan jer pon.. dpt 5 bintam... hati seronok sudah... :D

Petang nak hantar p sekolah agama, 50-50 sebab dia demam. Tapi masa tu dia dalam tempoh makan ubat, so badan mcm segar sket. Lepas hantar kakak ke KAFA, dia pon nak pegi KAFA jugak. 1st day, ok.. walaupun dia tak bagi aku balik. Tgk muka mcm tak hepi. Balik KAFA, papa yang amik.
Minggu pertama so far ok jer.. walaupun ade la merengek2 sket.

Tapi yang TAK tahan bila masuk hari Isnin... Aku dah start keje. Lepas hantar kakak masuk skolah 7.45, aku pecut patah balik nak hantar adik pulak p tadika. 
Permulaan hari yang sangat menarik! Adik mengamuk takmo pegi sekolah. Takmo turun keta, aku turun keta, dia p kunci pintu dia tak bagi aku amik dia. Jenuh pujuk macam2.. jam dah nak dekat pukul 8 ni, yang dia still takmo turun keta. At last, aku paksa laa.. masa nak paksa dukung tu pon, sempat lagi *e*eK aku kena tendang!! Hangin betul!!! Terus tak cakap banyak, aku cempung masuk sekolah. 
Kauuuu.. budak berat lebih 20kg tak ke sangap aku mendukung dlm keadaan dia meronta-ronta mcm tu? 
Nasib baik hari tu aku tak meroyan nak pakai tudum lilit.. kalo tak, sure habis terburai!!
Dah berjaya masuk dalam sekolah.. aku pujuk lagi bagi dia stop nanges. Yer laa.. dah umo 6 tahun, nak nanges2 lagi ape hal? Dalam dok nanges slow2 tu, aku kluar p keje.. PENAT!
Dah selesai satu bab.. bukak fesbuk, aku meroyan kat laki aku!! hUwaaaaaaa!!! :((

Tengah hari amik dia, Wahhhh.. siap makan nasi bagai lagi kau! dah ok la tu kot...
P amik kakak pulak.. Kakak pulak buat hal kat sekolah... Meroyan lagi aku...
Kesah nyer.. dia tengah kemaruk nak membeli kat kedai koperasi. Aku tunggu dia kat pagar sekolah lebih 5 minit, dia tak kluar-kluar.. tny kwn2 dia yg satu kelas, depa kata Dina dah kluar.. Aku masuk dlm skolah cari dia, tgk2 rupa nyaaaa.. dok berhimpit dgn org kat kedai koperasi tu. Aku p kat dia, tgk dia pegang duit seringgit kertas. Tanya dia nak beli ape? kata nya nak beli pen angry bird. prffff.. 
Aku pujuk dia.. ajak dia masuk keta... aku ckp, nanti ibu beli kan.. tak yah beli kat sini.. Sebab dlm kepala aku dah terfikir sesuatu. Aku tanya dia,
"pagi tadi kakak makan ape?"
"kakak makan laksa laaa..." <-- intonasi masih marah kat aku tak bagi beli pen angry bird
"Kakak beli laksa guna duit ape?"
"duit seringgit kertas tu laaa..."
Mmg Setiap hari aku akan bagi dia 2 ringgit. singgit duit kertas, singgit lagi duit syiling.. saja nak tgk dia pandai tak guna duit syiling tu...
Tapi tadi aku tgk dia pegang duit singgit kertas. Kalo dia kata dia beli laksa guna singgit kertas, yg duit tadi tu sapa punya???

"Abis tu? duit singgit kertas tu sape punya?"
"Kawan kakak yg anak doktor tu.. kakak minta kat dia..."

BAHHHHHHHHHHHH!!!!!!

Terdiam aku... 1st time ni... rasa mcm jatuh gunung!

Malu + Nanges + Marah + Bebel + dan plus mcm-mcm lagi.. peluru berpandu aku bagai kat dia...
1st time wey aku hadap masalah cenggini...
Aku bawak bebudak berdua tu masuk opis, bagi makan, bagi mandi, siap-siap bawak p sek agama.
Kakak wat mcm takde masalah jer.. rilek siap gelak2 bagai.. tak abis lagi merengkam kat kakak, adik pulak buat hal... TAKMO PEGI SEKOLAH AGAMA!!
StreeeeeeSSSSSS!!!
Dah sampai dpn sek agama, dia takmo turun.. menangis2.. dia kata mengantuk... nak tido.. 
Aku tanya, kalo mengantuk, nak tido kat mana? dia kata nak tido kat umah...
time tu aku tgk halusssss jer budak ni.. nak jer aku renyuk2 kan dia... Geram aku!!!
Call laki tak angkat2.. tahu dah! mesti dia balik umah.. Aku pederas balik umh, tgk laki aku ade kat umah. Geram punya pasal, aku heret anak aku masuk umh.. siap jerit, 
"KAMU TIDO LAH PUAS-PUAS!!!"
Pastu dalam hati aku menyesal.. terlepas cakap... takut plak jadi ape2 nanti kat anak aku... huhu!!
Masuk opis, aku luahkan lah masalah aku kat persatuan ibu-ibu meroyan... LEGA!
Memang betul dia tido kat umah sorang2.. lepas dia tido, laki aku kluar p keje, pukul 5 tepat, aku dah suh laki aku balik tgk dia.. mmg masa laki aku balik tu, dia still tido lagi.. haihhh....

Satu hari jer Isnin tu buat aku stress tahap langit ke 7!! Nak wat keje ape pon tak fokus!
Aku bincang ngan laki aku, suh dia uruskan adik dan aku uruskan kakak... Sebab ape yg aku nampak, adik ni tak leh tgk kakak dia pegi sekolah tak sama dgn dia.. dia akan sedih dan terus moody..

Hari Selasa, aku hantar kakak p sekolah kebangsaan, adik papa akan uruskan. Dia pon belum bangun lagi masa tu. Balik seh tgh hari, aku amik.. disebabkan papa kena jaga exam petang tu, jadi aku still kena uruskan dia jugak utk pegi sek agama. Guest what???
Masih buat perangai takmo pegi... dah sampai sekolah agama, dia takmo turun keta. Aku kluar pintu driver, dia kunci pintu pintu, aku bukak balik, dia ubah tpt duduk, tu sambil nanges tu takmo turun.. Aku ni cuba utk sabar.. aku istighfar, pastu aku baca Al-Fatihah pelan-pelan.. abis jer aku hembus kat muka dia.. :))
Aku pujuk lagi dia.. masih berkeras jugak.. HUUUWAAAAA!!! :(( Stresssss!!!! 
Aku pujuk lagi.. aku ckp, nanti aku tunggu dia kat sekolah.. dia diam kejap.. aku pujuk bebaik ajak masuk kelas.. dia nanges balik.. pastu cuba psyko dia.. aku ckp, kalo tak masuk skolah, aku suh papa dia yang hantar.. terus dia geleng then cakap.. "NANTI PAPA TAK TUNGGU MAMAT!!!"

BAHHHHH!!!
Aku dah dpt punca kenapa dia jadi lagu tu..
  Kesah nyer, hari kedua sekolah.. masa tu dia still mood demam.. aku tak keje lagi, papa yg uruskan hantar amik depa kat sekolah. Masa nk p sekolah agama ptg hari kedua tu, jam dh dekat kul 2.30.. adik masuk kul 3. kakak yg masuk kul 2.30.. yang si Papa ni p hantar adik dulu... pastu baru masuk USM hantar kakak..
kawan aku bgtau, masa dia hantar anak dia, dia tgk anak aku nangis kat situ sorang2.. Aduhaiiiiii!!! Si bapak nyer pon.... tu yg terus dia takmo pegi tu agak nyer....

Ok, dah sejuk sket, aku pujuk jugak dia masuk sekolah.. aku dukung dia dgn nanges2 tu.. tp tak meronta-ronta dah mcm hantar kat tadika aritu. Masuk kelas, lagi kuat dia nanges.. Ustazah pujuk pon tak jalan.. Ustazah kata nak bagi buku lah ape sume, pon tak benti jugak nanges.. kwn2 lain dok pakai mai tgk lagi lah dia malu... Peluk tengkuk aku ni tak bagi aku tinggal dia.. Aku pujuk elok aku ckp, nanti ibu tunggu kat luar.. ibu tunggu kat keta.. aku suh dia duduk dulu.. aku ckp nak kluar jap nak tgk keta kunci ke tak.. satgi org curi keta kita satgi.. dia duduk, aku pon kluar dari kelas dia.. tak sampai kat keta lagi aku dh dgr dia jerit... "IBUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!! WAAAAAAAAA!!!"
aku tak patah balik.. sbb dgr ustazah suh sume org masuk.. pastu ade mak budak yg satu kelas ngan anak aku bgtau, "dia lari keluaq, ustazah tangkap dia.." huhuhuh!! ADOIIII...

Aku rasa sangat penat okeh!!!
Balik ptg tu, ustazah kata "Dekat sejam jugak dia nanges.. pastu dia jumpa kawan, sembang2.. ok dah.. sat jaaa.. Biasa la budak2.. mmg mcm tu..." kata ustazah...
Tapi saya yang penat ustazah oi....

So, semalam ngan arini papa yang uruskan adik, aku uruskan kakak.. so far takde lah aku balik umh, penat rasa mcm keja angkat batu bata...

Ok Done! Terima kasih kerana sudi membaca kemeroyanan saya yang 6 pages ni.. 
Sekian..






No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini