August 11, 2011

::TANPA TAJUK!::

Dalam sebulan ni aku perlu muhasabahserawak kan diri aku....
Bukan hanya sebab puasa... tapi jugak sebab keterpaksaan aku mengadap fenomena baru dalam makmal aku... Apa yang penting, aku nak tekankan.. AKU DAH HILANG COMFORT ZONE!!!

:1:
Bilik stor yang menempatkan bahan kimia dalam makmal aku sedang direnovate... Jadi kerja-kerja pemecahan lantai sedang giat berlaku sekarang... Kepala aku sudah pusing mcm kena tembus dek gerudi tu!!! TEKANAN BERLAKU DISITU!!!

:2:
Bila dah namanya nak renovate, bermakna, semua bahan kimia, rak penempatan bahan kimia, almari, botol-botol bahan kimia, semua nya harus dikeluarkan dan ditempat dimana?? Diluar stor kimia tersebut yakni, DALAM MAKMAL!!! Arghhhhhh!! mata aku sakit sesungguhnya bila melihat deretan botol-botol bahan kimia yang merbahaya itu... TEKANAN UTK KALI KEDUA!!!

:3:
Bukan stor kimia aku sahaja yang bakal direnovate dlm masa yang sama. Tapi, jugak ada makmal penyelidikan yang akan direnovate sama. Maka dengan tulus ikhlas dekan aku mencadangkan makmal aku sebagai tempat letak semua barang2 dari makmal penyelidikan tu. Bukan setakat tu, lab aku pon akan dipenuhi student2 yang menghuni makmal penyelidikan yang bakal direnovate tu. Atas meja sume dah penuh.. tidak lagi kosong mcm dulu.. Lab aku yang seluas-luas ni dah jadi sempit dengan perbagai jenis rig, alatan, tong gas yang besar besar bagak... 
Dan paling BEST, lab aku tidak lagi beroperasi opis hour.. tapi 24 HOURS!!!!
TEKANAN MAHA HEBAT!!!

Tapi apa kata survey???

Kita hanya kuli pencacai... walaupun katanya ITU MAKMAL AWAK, DAH JADI SEPERTI RUMAH AWAK! AWAK TUAN RUMAH. AWAK BOLEH BAGI ARAHAN UTK KEBAIKAN MAKMAL AWAK. Tapi hakikatnya, ape yang aku cakap, sume tak seperti yang dinyatakan.. tetap kena MENURUT PERINTAH YANG MENGETUAI KAPAL...

Walaupun aku DAH bagitau, makmal tak boleh nak access lepas opis hour. Takut nanti in-case anything happen pada student. (cewahhh.. tetibe reti speaking plak aku!) Yer laa.. Makmal aku dah namanya MAKMAL KIMIA.. dah tentu-tentu beratus jenis bahan kimia dok kat dalam makmal ni. Nak pulak bila semua bahan kimia tidak lagi berada dalam stor. Terdedah diluar.. Lab pulak takde vantilation. Lepas opis hour, air cond tak supply dah (sebab air-cond centeral). Sesape pon yang masuk lab aku, posibble menghirup udara bahaya yang ada dalam lab ni. Memang la kalo tgk pada dasar, takde ape yang akan berlaku... sebab tak nampak lagu mana bahan kimia tu vapour... Tak nampak pon udara yang berlegar dalam makmal ni. Tapi kalo dah namanya bahan kimia, semua orang pon pasti tahu bahayanya mcm mana. Tak kisah lah, bahaya sikit ke besar ke, tapi yang pasti, sume orang yang masuk lab aku ni, akan TERDEDAH DGN BAHAYA... FAHAM???

Korang mesti tak faham kan ape yang aku merepek... Lantak lah!! Yang penting aku nak bebel jugak kat sini.. Cakap dgn org berpelajaran pon, kadang-kadang depa pon blh jadi BENGAP SESAAT jugak.!!! Masing-masing nak pentingkan diri sndiri.. Pastu kalo jadi ape2, kuli pencacai ni jugak lah yang kena menjawab!!!
Kalo ade sesape yang dari kelompok sebumbung dgn aku yang baca blog aku ni, aku nak bagi pesanan sket... SILA SAMPAIKAN PADA YANG SEPATUTNYA YER!!
Sebab ape, bila aku sendiri yang sampaikan, macam mencurah air kat atas lantai lah.. takde sape pon yang nak amik port.. melainkan kalo air tu jumpa lubang.. maka masuk lah air tu dalam lubang... Arghhhh!! sudah.. tetibe masuk bab air masuk lobang ni ape kehey??!!!

Dah laaaa!! Aku nak balik ni!!! Depa ni dah abis angkut barang ke belum?? Aku nak tutup lab!! Senang perut aku dok dalam lab ni... Hilang dah keselesaan aku bersama 'mereka' di sini... 
Hurmmmmm.....
Takpe.. takpe.. Rilek LaLa... Rilek.... 
Tarikk Nafassssss.... hmmpfpfff... (oo) <--- lobam idom kembam
erkkk.. uhuk!! uhukk!!! uhkkk!!! 

NAK BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!



No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini