August 13, 2011

::FEELING::

Ramadhan 13...
Malam ke 14 utk solat tarawikh... 
Indahnya.. beruntungnya...
Namun, untuk tahun ini belum hatta 1 malam pon aku berpeluang untuk bersamaNYA...
Tak perlu aku nyatakan apa pon masalahnya..
Kerana...
TIADA ALASAN UNTUK BERIBADAT....

Ku renung keluar jendela..
Aku perhati didada langit...
Terangnya...Cahaya nya... memukau pandangan...
Bulan yang hampir penuh, mengindahkan lagi suasana malam...
Membuatkan aku tak puas untuk menatap sang rembulan...

Entah kenapa, malam ini seperti ada suatu perasaan halus yang menyelinap masuk ke dalam jiwa..
Perasaan apakah??
Tak mampu untuk dirungkai...
Tiba-tiba aku terfikir...
Adakah tahun ini, Ramadhan yang terakhir untuk aku??
YA Allah... Ampunkan dosa-dosa hambamu ini Ya Allah!!!
 
Tiba-tiba ingatan terarah pada Mak dikampung...
Mungkin diwaktu ini sedang berjemaah terawikh bersama-sama jiran tetangga...
Rindu pada masakan Mak dibulan puasa... 
Tak kiralah apa saja masakannya, yang pasti dari air tangan Mak...
Dah ramadhan ke 13, masih belum tertunai hasrat menikmati masakan Mak...
InsyaAllah, 2,3 hari sebelum syawal, aku PASTI PULANG!!!

Tiba-tiba hati sayu... 
terdengar-dengar alunan tajwid suara Abah mengimankan solat terawikh..
Rindu dengan suara itu... 
Mata aku sudah mula berkaca... sungguh tak mampu untuk menahan...
Hati pantang terusik dgn nama MAK dan ABAH...
Secara telus air mata ini menitis... Oh....

Setiap kali ramadhan, aku pasti mengidamkan bubur lambuk Abah dan sambal tumis udang Mak...
Bubur lambuk Abah memang laku setiap kali ramadhan.. Setiap kali buat, mesti seperiuk besar.. Abah sedekahkan kepada semua orang kampung...
Begitulah rutin setiap kali Ramadhan... Sepanjang tahun perkara yang sama Abah akan buat.
Bukan sekali dalam bulan Ramadhan, kadang2 berkali-kali jika ada rezeki lebih.

Tahun ini, insyaAllah, tahun kami adik beradik berkumpul...
Begitulah rutinnya setiap tahun..
Tahun lepas, aku beraya dirumah mertua di Ipoh.. raya ke 3 baru balik ke rumah Mak...
 
Tahun ni, aku yakin....
Insan yang pasti tersenyum sentiasa, dah tentulah MAK...
Dan yang tak kenal penat ke hulu ke hilir membeli itu ini.. sudah pastilah ABAH...
Walaupun Mak dan Abah tak pernah menyatakannya, tapi dari riak wajah, suara, aku dah dapat rasa keterujaan mereka menantikan kepulangan anak-anak...
betul!!
AKU RINDU SANGAT DENGAN MAK DAN ABAH!!!
Ahhh.. Air mata... tahan lah sikittttt!!!!

Hurmmm... tahun ni,
Aku tak tahu lah apa aktiviti yang dah Kakak2 dan Abang aku rancangkan....
Aku mcm biasa.. folo jer...
 
Kenapa perasaan ni lain macam yer??
Hati rasa tak sedap....
 
Rasa macam ada kesedihan yang akan terjadi...
Tapi apa??
 
Nak menangis, tapi kenapa??
 
Nak gembira??
Macam takde rasa....

Arrghhhh!!
Entah lahhhhhhh!!!





2 comments:

beluncas ^.^ said...

sabar .. bykkan istighfar .. selamat menyambut ramadhan .. ((:

.::CeK LaLa::. said...

Beluncas:
Tq Dear....

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini