July 25, 2011

::TAK SUKA BILA RASA ITU ADA..::

Weekend lepas adalah weekend yang SANGAT worse!!!!!
PERILAKU TAK BOLEH  MELAWAN PEMIKIRAN...
dalam erti kata lain...
Lain yang aku fikir, lain yang aku buat...
Tu yang boleh jadi, aku buat apam sampai 3 kali tak menjadi!!
Tak pernah-pernah aku jadi mcm ni.. Tapi minggu lepas, memang mencabar sungguh!!!

Bertitik tolak dari perbagai masalah...
Terus buatkan aku fikir yang bukan-bukan... Yang tak masuk dek akal pon aku boleh terfikir...
Hadoiiiii....
Dah lama tak jadi lagu ni... Teruk! Teruk!! Teruk sungguh!!!
Macam org putus cinta jer kekdah nyer!!!

Dah la dengan aku kalut nak buat sampel + tempahan biskut...
Dengan nak buat tempahan apam lagi.. kek lagi...
Tetiba masalah plak timbul dalam masa yang sama.. Sebenarnya, masalah tu aku yang cari sendiri.. Aku yang buat masalah kecik tu jadi besar.. Sebab.. ermm.. sebab... Tah la!!!
Susah nak discribe!!!

Bayangkan eh...
Dalam dok elok-elok hari jumaat tu, tetibe malam tu aku terus jadi libang libu... tak sedap hati.. terus fikir yang bukan-bukan... 
Ni esok ni ade org nak amik tempahan apam dgn kek karemel. Tapi dah pukul 9, aku hapah jadah pon tak buat lagi! Selesai bagi anak2 makan, aku pon nak start la buat keje...
Memula tu ok lagi.. aku dah set mind nak buat kek karemel dulu. Sebab kek tu renyah sket nak buat. 
Dan alhamdulillah... Kek siap dibakar.. Walaupun waktu tu aku dah start libang libu...
Time nak buat apam tu yang waktu kemuncak aku stress... Tak tau la kenapa tiba2 jadi mcm tu.. Dengan anak-anak skali kena tempias angin puting beliung aku!!
Segala resepi sume dah set dalam kepala, memang tak tgk dah yg dok salin dlm buku tu. Konon hebat sangat lah! Haaa.. Padan kan!! Padah nyer, apam lansung tak menjadi!!! tak gebu! Tak naik! dalam jadi mcm tak masak!! Hancur!!! Nak menangis dah waktu tu!! Dah la buat skali 2 adunan. Org tu tempah 50 biji jer, aku mmg dah tahu.. Tapi fikiran aku tak leh nak kawal perbuatan aku.. Aku boleh buat sampai 2 adunan. Biasanya, 1 adunan tu pon blh dpt dah 50 biji dan lebih lagi! Frust sangat sangat!!
Aku habiskan jugak buat.. dah akhirnya aku campak masuk tong sampah! Sedih!! rugi!!!

Malam tu aku cuba utk tido nak bagi hilangkan stress ni. Pukul 2.45 pagi aku still tak leh tido! Tapi aku pejam jugak mata. Sebab ESOK AKU DAH SET NAK BUAT APAM LAGI SKALI! Org tu oder nak hari sabtu tau!!
Hari sabtu, tak leh nak bangun awal, kepala penin! Pukul 9.30 pagi bangun mandi, siap.. kluar terus beli nasi kat anak2.. aku memang dah tak leh nak masak. Sebab nak fokus buat apam!
Pukul 10.30 start buat apam..
 Lagi skali.. Aku hilang fokus!!! Stress semalam masih berbaki lagi.. 
Apam aku still takmo jadi!!! kukusan pertama tak mau naik! Aku sangat2 heran tatau kenapa!!! 
cari balik buku resepi, aku check balik apa yang salah... 
YAAAAA!!! Memang aku SALAHHHH!!!
Gula aku letak 2 SUDU! padahal ikut resepi, 1 CAWAN!!!!
Ya Allah!!!! Kenapa aku jadi mcm ni!!! 
Aku istighfar banyak2... buat skali lagi...
Dan Alhamdulillah........ 

Pukul 2 janji nak hantar, dah melewat ke pukul 3 lebih baru sampai ke tgn customer!
Lepas hantar order, aku pon melencong dgn anak2 ke McD... bagi hilang stress sikit tgk anak2 main dlm McD tu...

Balik rumah, ptg aku dah release sket... Malam start buat biskut oat... Pukul 2 pagi baru tido!

Ahad, pagi jenjalan ke Tesco Bukit Mertajam yang baru bukak... 
Betul!!! Hilang stress aku!! Dah takde nak meroyan dah...
Walaupun aku agak kelam kabut berkesahkan anak2.. tapi aku BAHAGIA!!!
Aku rasa hilang rasa penat lelah aku bila tgk anak2 seronok!!!

Balik dari Tesco, buat lagi biskut oat utk tempahan sampai ke malam...
Still pukul 2 pagi jugak baru tido...
Pagi ni sedar pukul 8.15 pagi!!! Hahaha!!
Baju ape sume tak iron lagi... Menjeritlah aku pepagi hari kerah anak2 bangun!!
Anak masuk skolah pukul 9 pagi.. Ibu masuk opis pukul 9.15 pagi.. 
Kah kah kah!!!


No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini