July 1, 2011

::HERO TAMIL SAYA::

Aku tatau la boleh update ke tak pagi ni..
Brodben ni mcm siyeeey!!!
GPRS memanjang....
Memula nak connect, elok jer.. tak sampai bape seken, dah tukar GPRS balik...
APE KE SIYEYYY NYERR!!!!
GERAM AKU!!

eh... eh.. Lupaa...
Mak poser ari ni.. Tak baik marah-marah.. Ok ok.. cool down bebeh!!!

Salam Jumaat sidang jemaah sekalian...
Sudahkah anda semua menunaikan kewajipan??
SUDAH?
ALHAMDULILLAH.....
Manis nyaaaa.. kurma ituuu... Haaaaa... sempuittttt!!!

Aku nak citer sket al kesah En. Suami kecintaan aku nan sorang intan payung berlian permata tu...
Malam tadi, aku tido agak keawalan lah jugak... Tido mamfoss!! Letak jer kepala kat bantal, hanyutttttt... *takde nak bunuh membunuh dah malam tadi*
Seminggu ni posa, badan rasa tak leh nak fit mcm selalu. Maybe dengan dok buat apam n kek tu jugak kot memalam. Nasib baik lah hari ni takde tempahan. So, malam tadi boleh rilek sket...
Sambil melipat kain baju, pack baju anak2 dalam beg utk seminggu.
Awal aku packing kan? padahal minggu depan baru nak hantar budak tu balik kampung. Bukan ape, mulai 1hb, latihan pusat dah mula. Buat masa ni, dengar2 training nyer akan buat malam. Kalau dah tetiap malam dok kat bowling alley, bila masa aku  nak pack barang. Hari Selasa minggu depan, aku akan hantar budak2 ni kat  kampung. Seminggu lebih jugak lah dorang tak sekolah. Hari ni kang anto drg p skolah, aku kena bagitau kat cekgu beso tu siap2 lah....

Ok! 
Berbalik kepada citer Tok Lucky aku tu.. Malam tadi, lepas pack2 barang sume, aku lepaklah kejap depan tv sambil layan drama ANNISSA tu, elok jer abis citer, aku terus perambat anak2 aku masuk tido skali. Layan 2,3 minit dorang baca doa ape sume, aku pon terus kebaboommm!! Tak hengat ape dah lansung!!!! 
Tengah malam, aku mcm mimpi2 kaki aku krem siap menjerit-jerit, Arghh!! arghhh!! arghhh!!
Jam loceng bunyi, terpisat-pisat bangun, aku rasa betis belah kiri aku sakit... Yerr... betul laa.. kaki aku krem malam tadi... ku ingatkan mimpi! Ahaksss!!

Bangun, bukak lampu dapo, tengok dapo clean n clear... sinki bersih tanpa sebiji cawan pon. Hurmmm... aku cuba recall balik malam tadi punya citer, sebelum aku tido, aku rasa mcm aku tak basuh pon pinggan mangkok penuh dlm sinki ni. Sebab aku dok cadang nak basuh pagi ni la mangkit sahur. Atas meja makan clear, dalam tongsampah penuh dgn sampah2. 
Hurmmm... yer lah tu kot... Tok Lucky aku basuh pinggan.. :) 
Cumanya, periuk kukus aku jer dia tak basuh. Tak kesah lah.. 
Aku Senyum dalam hati... hati berbunga riang... hilang ngantok mangkit subuh-subuh alam..
Aku pon nak buatlah menu aku nk bersahur. Ingat pagi ni nak makan roti bakar cheese jer. Skali aku cari cari roti gardenier takde. Sebab semalam aku nampak ade atas meja makan tu. Roti tu ade la tinggal dlm 5,6 keping mcm tu. Tapi jenuh aku selongkar dalam peti es takde, atas kabinet takde. Mane p Lucky aku letak roti ni. Pastu aku mcm insticnt sesuatu.. aku pegi kat tong sampah, aku perasan dicelah-celah tumbunan sampah tu, ade nampak plastik roti... Aduyaiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Memang la kalo ikutkan, roti tu expired 30 Jun 2011, tapi kalo hari ni, still boleh makan lagi.. Even simpan dalam peti ais pon, seminggu boleh makan lagi... Huuuwaaaaaaaa!! Ape aku nak sahur ni.... 
Tu lah orang lelaki ni, kalo dah 'terlebih rajin', gini lah jawapannya.. Nasib baik lah ayam percik yang aku simpan dalam oven, dia tak buang. Aku pon panaskan lah ayam percik tu dlm oven. Bersahurlah aku semata-mata dengan ayam percik sajorkkk!!

Aku memang tak jangka pon, yang Lucky aku akan tlg basuh pinggan malam tadi. Sebab aku tak suruh pon. Tapi aku penah suruh dia tlg basuh pinggan hari selasa mlm aritu. Malam tu pon aku flat giler! tido seawalnya! Sebelum tu aku sms la kat dia tlg basuh pinggan (sebab dia kluar mlm tu). Aku bangun pukul 3 pagi, dia belum tido. Ingatkan dia dah tlg lah aku basuh pinggan. Aku mangkit, bukak lampu dapo, tgk sinki penuh lagi dengan segala serba serbi mak nenek... Terus aku macam... hmmfff... Tapi aku takde la ckp ape2 pon kat dia... Sebab aku tulis dalam sms tu, "kalau dia rajin". Jadi dia tak basuh sbb dia tak rajin la.. So, aku diam jerr lah!....
Malam tadi, berkemungkinan besar urat rajin dia telah timbul, bukan satu, malah terlebih-lebih, sampai roti aku pon dia buang!!! huhu!
Takpe lah, janji dia nak buat. Dan aku tak boleh cakap ape yang boleh men'down'kan beliau. Lucky aku ni, walaupun muka ganas ala ala hero tamil, tapi hati penuh dengan taman astakona. Tak boleh tersalah cakap sket, mula lah nak merajuk bagai, pastu buat-buat muka ngan aku. Aku ni kan asal boleh jer... Baran pon aku, lembut pon aku, pelawak pon aku, kiranya, kalo takde aku dalam umah ni, memang tak lengkaplah!!! Hahahahha!! (edisi perahsantan pekat).

Oh! dah pukul 6.30... Subuh belum lagi ni...
Jap gi, kalo ade masa, aku nak buat schedule entry untuk seminggu.. Kalau mampooo..
Harap-harap akan tercapai lah.. InsyaAllah....

Terima kasih sidang jumaat sekalian.. 
berjumpa lagi kita dimusim durian akan datang...
Wassalamuuuu...




No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini