July 4, 2011

::BAKSO YANG SEDAP::

Kat Nibong Tebal ni ade 2 tempat jual bakso yang sedap!!
Kalau ade yang tak tahu, bakso ni adalah makanan dari Indonesia.
Mak dan Abah aku aritu pegi Surabaya, citer la kat sana memang merata tempat orang jual bakso. Cuma Mak ngan Abah aku jer tak berkeinginan nak makan. Tak penah makan kali.... Tu yang tak bape nak excited. Tapi, kalau aku lah.. huishhhh!! Harus mencoba!!!

Kat sini, satu tempat tu dimedan selera pekan Nibong Tebal, berdepan dengan Supermarket Yawata. Ade sorang akak yang vouge kat situ jual bakso. Memang laku lah bakso dia. Memula aku kenal dgn bakso dia masa bulan posa beberapa tahun yang lalu. Dia jual kat pasar ramadhan Nibong Tebal. Aku rasa time tu dia baru nak berjinak-jinak kot. Memula aku beli sup campur kat dia. Tapi aku tgk org ramai dok beli bakso. Aku pon mcm nak try, esok nyer dtg lagi, aku beli lah bakso. Sebab sup campur dia pon memang sedap!  First time aku beli... perghhhhhhhhh!!! 
Kesedapan bergandaaaaaaaaaa!!!
Lepas tu, sepanjang bulan posa tu aku akan beli dan beli sampai jemu. Bila hari bukan bulan posa, aku tercari-cari kat mana dia bukak gerai. tapi ternyata, takdak. Aku terpaksa tunggu bulan posa  next tahun utk makan bakso akak vouge tu.

Tapi, kempunan aku takde lah sampai meratap hiba. Bila aku bawak anak2 ronda keliling taman perumah erea umah aku. Aku ade ternampak gerai kecik ditengah simpang nak masuk ke lorong umah org. Gaya gerai tu, memang sebijik mcm korang tengok dalam sinetron2 Indonesia. Then, aku tengok, ade tulis "BAKSO" "SOTO MEDAN". Memula aku macam.. err... boleh ke makan ni? tapi tgk gaya org melayu yang jual. Yang pompuan tu bertudung. Yang lelaki tu aku dengar dok ckp2 ngan org kat gerai dia tu takde pon slang indon. Cakap melayu fasih. Rupanya, wife dia memang org Indonesia. Suami dia jer org Malaysia. 
Aku nekad, untuk mencuba. Minta dia buat bakso 2 dan bungkus. Nak try dulu beli jer 2 bungkus. Kang kalo tak sedap, sape nak hadap?? 
Kat gerai ni, style mee dan bihun boleh campur. Kalo nak mee saja pon boleh, bihun saja pon blh. Aku minta campur. Harga pon murah lagi masa tu sebungkus baru RM2.50,
Balik umah, tak sabar-sabar aku nak makan... Dan ternyata...
KESEDAPAN BERGANDA KUASA DUA!!!
Kuah , Kentol besar dan sambal tu yang buat naik selera...

Itu yang bila aku try rasa bakso yang kat ayam penyet tu aku terus pangkah! Sebab aku dah rasa ade lagi bakso yang lebih sedap dari itu!!!!
Bakso ni, rahsia yang bagi sedap adalah campuran kicap + sos dalam kuah dia masa kita nak makan tu. Kalau betul campuran dia, memang akan jadi sedap. Dan kentol yang besar2 tu bersama sambal dia yang kick!!!
Bila dah ada gerai yg dekat ngan umah, memang situ jer lah yang aku dok ulang2.. Boleh dikatakan seminggu 3,4 kali jugak aku makan bakso kat gerai tu. tapi aku bungkus la.. Takde koser nak makan kat situ. Sebab kawasan situ ramai nar ahli kroni bangla + indon + vietnam. Memang situ kawasan yang paling sesuai nak wat berniaga, sebab ramai warga asing yang kerja kat kilang sekitar tu duduk kat kawasan tu. Rumah2 kat situ pon kebanyakkannya kilang amik buat sbg hostel. Tapi ok ape, buat jual mcm ni.. laku wooo..! Dia bukan jual bakso ngan soto jer, dia jual jugak nasi dan lauk-lauk walaupun dia bukak petang sampai malam .
Bila aku lama jer tak dtg, abang tokey gerai tu mesti tanya... hehehhe!

 Ini gerai yang kat umah aku tu...

Ini bakso nyer... sebenarnya, kentol besar tu dia bagi satu dan yang kecik2 tu 3 ketul. Tapi anak aku tak suka makan yg besar, dorang nak makan yang kecik tu jer. So, lanting yang besar tu sama aku.
harga skang dah naik.. RM3.00.. Tapi ade aku kesah?? Janji masih sedap!!

Ini sambal yang kick menendang-nendang tu!

Dan 2 tahun lepas kot rasanya, aku dah jumpa balik akak vouge yang jual bakso kat pasar ramadhan tu. dia bukak gerai depan Yawata. Dah jumpa tu, terus lah aku pekena seround. Memang rasa tak berubah. Tetap sedap!!
Ni dah lama tak pegi, sebab dah selalu dok makan yang dkt umah ni jer.. heheh..

Nanti kalau ade rezeki aku ke Indonesia, makanan yang pertama aku nak makan adalah BAKSO!!!!


No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini