July 19, 2011

::7 HARI MENCINTAIKU.. HUJAN PUN MENARI::

Jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...rang.... skali aku dapat menghabiskan 2 buah novel yang maha tebal dalam masa seminggu lebih...
Tambah-tambah bila dah berumahtangga, beranak pinak.....
Kalo anak-anak aku tak menjarit, Lucky aku yang moncom....

Tapi, seperginya aku ke Melaka 2 minggu yang lalu,
2 buah novel telah berjaya aku takluki...

1st novel yang dah berkurun orang baca, tapi aku baru nak menghayati...
7 Hari Mencintaiku


Sapa yang tahu buku ni setebal mana, sila angkat tangan!!!
Percaya atau tidak, 8 jam perjalanan ke Melaka dalam bas aku tak tido lansung... mengadap buku ni sampai dah hampir setengah buku!!
Tak menahan.. menangis.. sob.. sob.. disebalik kaca mata hitam... Baca pon mengadap ke tingkap bas jer.. Sebab tak bagi org perasan yang aku tengah nanges!!! huhu!!!
Sampai tempat menginap, baru aku terasa akan keletihan dan kemengantukkan.... Sebelum tido, sempat lagi mengadap 2,3 helai mukasurat... Lepas tu kebabommm!!!

On The Way ke tempat bowling utk sesi latihan pusat, aku still bawak novel ni baca dalam bas... Tak boleh nak stop lah! Tersangat menghayati... nak nak bila part dia bergaduh dgn mak mertua dia, benci dengan Bulat, aduhaiiii.... Memang tak boleh nak stop!

Hari ke 4 aku di Melaka, aku dah habiskan Novel 7 Hari Mencintaiku...
Satu pencapaian yang terbaik utk diri sendiri.. 
Menangis? air mata meleleh...
Tak usah dicakap... Aku jer yang seboleh-boleh nak tahan... Malu sehh kalo org kat tempat bowling tu tetibe nampak aku meleleh-leleh air mata... hahahah!!


Hari ke 6 aku di Melaka, outing ke Bandar Melaka.. Memang dah hajat dalam kepala nak singgah MPH, nak cari lagi novel. Sebab harus lah aku memboring.. Lama lagi kat sini....
Punya banyak pilihan kat MPH tu, akhirnya aku memilih ini...
...Hujan Pun Menari...


Norhayati Berahim memang fav novelis aku dari dulu... Memang banyak koleksi dia yang aku dah baca... Cuma sejak-sejak bertumbuhnya novelis yang baru, nama Norhayati Berahim dah agak tenggelam.. 
Memang tak menghampakan... jalan cerita yang sangat menarik... 
buatkan aku susah jugak utk berhenti membaca....
Sampaikan orang dok bersorak sokong team bowling masing2, aku melepak kat sofa mentelaah novel.. hehehehe! Penangan kaki novel....

Novel ni pon, tebal nyer lebih kurang novel di atas...
Dalam masa 4 hari jugak aku habiskan... 

Ohhh... sangat bahagia ku rasakan...

Ni dah balik ke sini balik.. jgn haraplah aku nak dapat mentelaah mcm tu...
M.A.I.D dah sedia menanti.. Tapi belum sempat aku hadap... Sebab aku dah sibok jadi MAID kat rumah sendiri!! Huuuwaaaaaaaaaa!!!!




1 comment:

Rinna said...

Wahh bestnyaa Cek Lala baca novel.. Jgn lupa baca MAID tuh yer.. best sgt2.. akak dah baca..byk kali.. citer yg sangat romantis giler.. hehehe.. tapi tak tau laa pendapat cek lala plak.. :)

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini