June 15, 2011

::DAH ADA 'D' YANG KE 3??::

Selepas DINA, kluar si DARWISH plak...
Hari ni, dah ada 'D' yang ketiga...

Kehadiran yang sangat dinantikan oleh anak-anak ku.. especially Dina!!
Memang dah lama dia kepingin... Cuma aku jer yang MALAS nak layan...

Petang tadi, tgh hujan rintik-rintik (selepas hujan yang maha lebat).. aku sidailah baju yang basuh malam tadi. Tengah hari tadi tak sempat nak balik menyidai.. Bizi bebeno Kak Chik kamu ni!!!
Tengah-tengah dok sidai kain tu, aku dengar la bunyi "ngiauuuu! ngiauuuuu!" kemain kuat! Tapi kejap-kejap jer bunyi nyer... Memula aku buat tatau jer.. walaupun anak dara aku tu dah bising.. 

"ibu.. kakak rasa mcm kakak dengar bunyi anak kucing  la ibu..."

Tapi aku buat tak reti jer... 
Bunyi lagi.. 3,4 kali 'mengiau' tapi bunyi yang sangat dekat. Aku jenguk dlm longkang depan umah. Takde pon! Pastu bunyi lagi... Anak2 aku dah kelam kabut dok sebok terteleng-teleng dalam longkang tu. 
Ade bunyi lagi.. Si Dina yang jumpa akhirnya... Dok dalam longkang jiran sebelah umah aku. Walaupun tak kesiyorrrr.. Tapi aku kesian tgk anak kucing tu menggigil dlm longkang tu. Betul!!!  Anak kucing tu memang menggigil! Nasib baik lah air longkang tu tak penuh mcm selalu walaupun baru lepas hujan lebat.
Aku pon jadilah penyelamat haiwan!!!
Amik penyakar, tarik kucing tu ke atas... Punya bersorak riang anak-anak aku!!!

"YEAYYYYYYY!!! IBU JADI PENYELAMAT!!!!!!!"

Sabauuuu jer lahhh!!

Dah angkat tu, aku basuh-basuh sket.. Dina kalut masuk dalam umah amik tuala... Pandai lah pulak tu.. tak disuruh pon! Dah  bersih-bersihkan.. aku bawak masuk umah, letak ler dalam kotakkk...

Pastu aku kluar balik sambung sidai baju...

Si Dina ngan Darwish ni dah tak tentu arah dah.. seronok ni, ada anak kucing.. sebok dok tanya kucing tu macam-macam... 

"kesiannn dia.. sejuk yer... hang nak pegi mana? kenapa duduk dlm longkang? mesti mak hang tinggai hang kan?? alololololo.. kesiannn dia..."

hurmmm.. mcm tu lah lebih kurang dialog anak aku duaorang tu dgn si anak kucing tak tak faham apa-apa..

Masa ni baru lepas amik... Selimutkan dgn tuala tu. Senyap jer dia.. Pastu tido...

Kucing ni jantan...
Hidung tu ade luka. Kena apa tatau la...
Dia dah segar sket, dengar 3,4 kali dia bersin... heheh! Kena selsema la kot! Comel!

Aku tanya Dina nak bagi nama apa...

"ermm... Aina Sofia boleh ibu??"

Ambooiii.. nama kawan kakak ke tu??

"Tak lah! Nama anak kucing tu laaa.."

Nama lain lahhh! Bagi la ada huruf 'D' jugak.. Kakak, Dina.. Adik, Darwish.. Anak kucing tu bagi la D jugak...

"ermm... D? D? DD? Hah! Didi lah senang ibuuu!!"

Hmmm...

Dah anak kucing tu tido... Dia kalut yang lain pulak...
Dok kalut suruh aku isi borang ni...
Borang cikgu skolah dia bagi.
Nak masuk pertandingan mewarna kat Sekolah Teknik.
Last year memang dia ade pegi jugak.. Tapi tak menang pon.
Cuma yang buat dia seronok, sebab still dapat hadiah dan naik pentas walaupun tak menang ape2..

Tahun ni dia nak masuk lagi. Kena bayar 3 hengget. Ape lah sangat 3 hengget tu jika nak dibandingkan dengan keinginan dan keseronokkan anak-anak. Aku tahu, improvement dia dalam mewarna dah lebih baik berbanding dulu. Dia banyak belajar dari Makshu Wawa dia. Asal balik kampung jer, umah Makshu Wawa tu jer lah yang dia dok ulang alik hari. Tapi bagus jugak.. walaupun dorang banyak bermain, tapi main yang berguna untuk minda.. Main cikgu-cikgu!! heheh!

OK..
ibu dah isi borang.. esok boleh hantar...
Tapi aku suh dia janji, warna bagi cantik-cantik dan buat latihan hari-hari.. Sebab pertandingan tu minggu depan.. Harap-harap dapat lah hadiah bernombor... hehhehe!



No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini