May 21, 2011

::TIADA LAGI BIBIR BENGKAK::

Kan ke aku citer aritu, anak dara aku si Dina tu sakit gusi kan?
Aku nak bwk pegi klinik kerajaan hari Jumaat, tak jadi dah...
Sebab....
Hari Khamis balik dari amik drg kat umah pengasuh, pengasuh tu ckp, gusi Dina dah mcm ada nanah n darah. Aku pon tak perasan kan sgt nanah tu, sebab Dina tak bagi aku nak sentuh lansung tpt dia sakit tu. Dia sendiri yang bukakkan mulut dia dan tunjukkan kat aku. 
Khamis petang tu, aku skali lagi mencuba nasib pegi kat klinik gigi di Nibong Tebal. Masa tu dah  nak dekat pukul 6. Klinik gigi tu duduk skali dgn klinik biasa. Cuma dia kena masuk ke dalam sket utk mendaftar. Aku pegi, nasib baik doktor masih ade patient. So, aku pon daftar lah anak aku ape sume.

 Ini keadaan bibir dia masa tgh membengkak. Kesian betul aku tgk!

 Menyerhongeng jer dia.. " Sakittt  ibuuu..."

 Itu buntot anak cina patient yang dok tgh jumpa doktor. tepi tu tingkap yang ala ala mcm tpt utk pendaftaran. Tp sebab dah takde org kan, jadi tingkap tu dh jd tpt utk drg tengok2.. intai2...

Masa ni OK lagi, sebab doktor baru nak check ape sakit nyer. Doktor tu pon mcm terkejut tgk bengkak tu dah besar dia kata sudah ada nanah kena pecah bagi buang wooo! Nanti dia buleh demam woo!
Aku tanya punca kenapa jadi mcm tu, Doktor tu ckp, infection dari gigi Kakak yang dah nak patah tu.. hurmm... 
Memula doktor check tu aku dok ckp2 dgn kakak, jgn takut tau! sikit jer.. 
Bila doktor tu sembur ubat utk bagi kebas, dia dah start menjerit...

" AAAAAaaaaaaaaaaaaa!!! Ibbuuuuuuuuuuuu!!! sakittttttttttttt!! tak mauuuuuuuuuuu!! "

Pastu dia dah meronta-ronta nak turun dari kosi tu.. Jenuh memujuk nye! tak makan!! Dia meronta-ronta tak mau dah.. Menjerit-jerit sakan!
Sudah nyer, pembantu doktor tu pegang kepala, aku pegang tangan. Doktor tu TERPAKSA buat dlm keadaan kelam kabut. Sebab Dina dah meronta-ronta. Doktor tu belah sket bengkak tu dgn pisau dia, memancutlah segala nanah bercampur dgn darah dlm mulut Dina. Lagi lah menjerit sakan anak dara aku tu! Kesian pon ada. Doktor tu tekan-tekan bengkak tu dgn alat dia lah.. bagi nanah n darah tu kluar abis.. Mcm nak pengsan anak dara aku punya menjerit!!

 Memang aku pegi ni, semata-mata aku bwk anak2 aku jer. Lucky aku takde. Tak expect pon keadaan akan teruk. Jadi aku suruh si Muhammad behave duduk dendiam, sebab aku nak handle kakak. Tapi ke.. Dah nama pon Muhammad... faham-faham jer lah.. Dia duduk tepi doktor tu, tak berkedip dok tgk kakak dia melolong-lolong menangis! 

Ini sejurus selepas kluar dari bilik doktor. Punya lah dia tak mau, sampai aku nak letak kain utk resap darah tu pon dia tak nak dah. Sakit katanya! Kesian anak Ibu..Sampai bengkak2 mata punya menangis...
Doktor bagi ubat pain killer utk tak nak bagi Dina demam dan ubat antibiotik.
Balik tu aku cepat2 bagi Dina makan ubat sebab takut dia demam mengejut. Malam tu tgk dia tido ok jer. Takde lah pulak meragam ke haper.

Pagi nak pegi sekolah pon, ceria jer...
Aku tanya, sakit lagi tak?
Tak dahhh.. Katanya... 


Balik sekolah, dah boleh tersenyum manis...
Takde lagi bibir bengkak. Cuma tinggal bibir yang 'muncung' yang asli.
Bekas bengkak tu dah surut dan bila aku pegang bahagian bawah hidung tu, dia kata tak sakit dah. Hambaoi.. suke la tuuu!


No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini