May 25, 2011

::TELUK SENANGIN DAY 2::

 Hari kedua di Teluk Senangin, aku tetibe TERbangun awal...
Mungkin sebab tak tertahan nak kenc.. (sejuk tido dlm ekon.. umh aku takde ekon.. hari2 tido berpeluh2 panas). Dah bangun, aku malas nak tido balik... Aku kluar bilik, sape pon takde... Tapi suasana pagi kat situ.. memang sangat menarik.. sejuk, angin laut meniup sepoi-sepoi... Memang best!
Itu bagi sesape yang sukakan percutian dilaut macam aku...
Dari dulu, aku memang suka tgk laut... Tak tahu lah kenapa... Tapi aku memang SUKA!
Cuma nya, aku tak bapa suka MANDI LAUT!

Org tak bangun lagi, aku merayap ke tepi pantai tu... aduhaiii... sangat mendamaikan!
Lupa terus pada masalah-masalah yang ada... Lepak kejap, bawak novel sempat baca 2 mukasurat jer. Pastu malas dah.. sebab takde tpt nak duduk. takkan nak duduk atas pasir plak! 

Naik chalet, lepak kat depan bilik. Tak lama mana, anak dara aku bangun. Terus tuntut janji nak mandi laut. Sebab aku janji ngan drg, mandi laut time pagi jer.. sebab tak panas sangat. Aku pon suruh dia siap tuko baju mandi... Pastu anak bujang aku plak bangun....
Suruh ganti sluar mandi, tak nak katanya...
" Mamat takmau mandi laut!! "

ok suka ati kau lah..

Kakak yang muka muncung, sebab kena mandi sensorang.. Adik tak mau mandi!

Tapi tak lama pon.. kejap jerr... adik tak menahan tgk kakak dok seronok duduk dalam air. Dia pon ape lagi... memula sikit-sikit kaki cecah air, pastu sengeh2 kat aku.. duduk sebelah aku.. pastu ombak dtg kat dia jerit2... "ombak! ombak!" gelak2.. hahahaha!!
Last-last.. LENJUN!!!
Lagi lenjun dari kakak...

Air laut ni takde lah bersih sgt pon.. Boleh lah takat anak2 nak mandi kat tepi2.. 
Tu pon, bersepah org2 tua dok mandi... aku?? duduk jer lah kat tepi tu.. Tapi dari punggung sampai kaki basah jugak lah dok kena air...
Motif ko tunjuk kaki besar balak???

Matahari baru nak muncul dari bukit2 tu... 

Aku memang bagi anak2 aku betul2 puas main air, main pasir...
Tu pon memang dorang nak mandi lagi.. Aku lah yang tak menahan.. Sebab matahari dah semakin menerik. Aku tak syukerrr!! 

Pujuk jugak drg ajak naik. Aku mandikan pulak drg kat paip air depan chalet tu. Usai drg mandi, aku la pulak mandi.. Tapi idak ler kat paip air tu, aku mandi dlm bilik laa... Pastu baru bekpes... 
Bekpes pihak chalet yang sediakan... iTu pon dah pukul bape dah masa tu, pukul 9 lebih dah rasanya. Alah... bukan nyer bekpes mcm kat hotel2.. menu bekpes pon, pihak chalet belikan nasi lemak bungkus + kuih muih kampung and dorang buat air teh. Tu jer.. Tapi tu pon dah cukup bersyukurrr!!! Kaum lelaki memang tak bangun lagi laaa...

Lepas bekpes, aku layan novel balik.... golek2 dalam bilik... sampai tengah hari....

Tengah hari rupa nya, geng2 lelaki kluar pergi mencari umpan untuk memancing. Pastu teruslah dikirimkan lauk untuk makan tengah hari. Nasi, MIL aku ade bawak periuk nasi besar, bawak beras, jadi masak sajaaaaa... aku bawak air tapisan sebotol yang 5 liter tu.. MIL aku bawak air tapisan jugak satu tong 10 liter punya... Itu MIL aku cakap, utk buat basuh beras, masak nasi n masak air... Tak yakin nak guna air kat chalet utk kegunaan masak. hehehhee!!!


OK ini lauk pauk yang telah dibeli utk makan tengah hari kami....


Alhamdulillah....
Walaupun simple, tapi TETAP SEDAP DAN LAZAT bila dimakan beramai-ramai...
Cuma tak menahan dengan LALAT!!!
SANGAT BANYAK OK!!!
Adik ipar aku makan nasi berlari-lari.... sebab tak suka dengan lalat... Tapi Lalat tu TETAP SUKA nak main kejar2 dengan dia. Aku pon makan nasi jenuh bertepis-tepis mcm bersilat dah nak halau lalat. Memang banyak! Sebab kat ujung kawasan tu ade tempat orang bela ayam.


Lepas makan tengah hari, kami masing sume dok melepak kat depan bilik tu. Sementara nak tunggu pukul 2 bot sampai, sebab geng2 lelaki ni nak ke pulau mana tah nak memancing.

Lepak-lepak... Sembang-sembang.. Amik gambar.... Gelak-gelak... 
Yang lelaki, dok sibok la prepare perkara-perkara memancing dorang. Aku suh Lucky aku pakai sunblock, takut kang balik udah tak rope orang... Dia sapu kat tangan jer.. Muka tak mau, katanya!


Pukul 2, mamat bangla yang keje kat situ bagitau bot dah sampai...
Dia lah pon yang tolong adjust kan dengan orang empunya bot tu. Kena lah jugak bayar kat org bot tu sebab hantar dan amik dorang. Pulau mana dorang pegi pon aku tatau...

OK dah siap!!
JOM!!!


Kami yang fomfuan-fomfuan ni pon, sebok lah nak menghantar jugak... hehehe...
Anak2 aku pon sebok jugak nak ikut tgk papa naik bot...
tak penah tgk kan... menjakun la kejap anak2 aku ni... 


Bergambar dulu sebelum naik bot!
Bakal nelayan sepenuh masa dorang ni....
Memancing naik bot ni, bapak mertua ku tak ikut.. Tak boleh naik bot, katanya....

Ok Bot dah sampai.... 

Baju kunin tu lah mamat bangla yang dorang suh jadi pencacai... hehehhe..
tapi mamat bangla ni memang bagus... rajin... suka menolong...
Mamat bangla ni pekerja kat chalet yang kitaorg duduk tu. Tuan empunya chalet tu jarang datang. Jadi dia serahkan kerja2 tu kat 2 orang pekerja dia. Sorang Bangla, sorang lagi Indon. Yang bangla ni rajin. Yang hat indon tu tak bape nak menonjol.. 

Selamat berjuang perwira ku! Ahaksss!!!

Babaiiiiiiiiiiii!!!!

Kami pon pakat la naik ke chalet balik... Aku macam biasa, layan novel selagi tak abis... Anak2 dok main dengan sepupu dorang... Masuk dalam bilik, aku layan tv, layan novel dalam masa yang sama.. MIL dan Adik2 ipar ku dok lepak kat luar sembang-sembang... lepas tu aku hanyut dilautan sepi.... ZZZZzzzz....
Tetibe sedar, anak bujang aku join sama ZZzzzzz.... Aku sambung balik.... Anak dara tah kemana...
Tak lama, aku rasa mcm senyap jerrr....
Aku bangun, kluar bilik, tgk tinggal MIL aku sensorang kat luar.. Tanya mana yang lain. Katanya pegi ke Giant, Manjung. Memang dekat pon giant dari situ... Aku pon lepak lah kat depan tu sembang2 dgn MIL... FIL aku dah lebuh ketiduran... MIL aku tu tak leh nak tido sebab risaukan cucu dia yang duaorang tu. Anak abang Lucky aku. Yang lelaki tu agak menakal sket. MIL aku takut dia pegi mandi laut tu sensorang. Tu yang MIL duduk jer kat luar tu tgk dorang main kat depan chalet.

Tak lama, balik la adik2 ipar aku...
Rupanya ke Giant tu cumanya nak membeli benda alah ni!!!
 Mengisi keboringan katanya dorang...
Hmmm... elok la pon.. dok melangut jer tak wat apa, bosan jugak!!!
Dorang main, aku tgk jerr... eh tak!
Aku sambung novel laaa.... hehe!


Petang sket, skali lagi anak2 aku bergedik-gedik nak mandi laut!
Aduhaiiii... ni yang malas ni tau!!!
Ater nyerrr... ramai dok ajak, mana tak nyerrr! Nak tak nak, kena lah jugak aku temankan dorang skali lagi lagi mandi laut.. basah lagi baju... penuh pasir lagi baju!! Huuuwaaaaaaaaa!!!

Tengok cuaca langit macam nak hujan, aku perambat anak2 balik.. anak2 abang Lucky aku pon aku perambat sama naik ke chalet. huh lega!
Tapi perwira-perwira yang pergi memancing tu belum ada gaya nak balik. Kata si bangla tu, tunggu derang telifon bagitau nak balik, bari dia akan pegi amik. Nasib baik lah, Lucky ku sorang jer yang bawak phone. Yang lain sume tak bawak!

Dah dekat nak maghrib mcm tu baru lah dorang sampai.... Alhamdulillah.. lega rasa nya...
Time tu hujan dah merintik sikit-sikit....

Bersemangat betul dorang ni.. Abis ati la tuuuu!!!



Hasil nya???
Cuma ini!!!!
BERBALOI KE TIDAK???
huhuhu!!

Tapi dengan dorang yang kepala tak betul ni.. memang dah seronok gila walaupun dapat ikan bilis skali pon... Aterrrrr....$^$^$^&^()*^)#$@$!#&*)(^%##$%^ (tak nak aku citer!!)


1 comment:

makdara TERdiva said...

bestnye bercuti2 kat tepi pantai :)

takde posing2 maut kah??? :P

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini