May 24, 2011

::TELUK SENANGIN DAY 1::

Holiday ni masa cuti wesak itu hari.... 14 - 16 May 2011
Jumaat malam, kami bertolak dari Nibong Tebal ke rumah bonda dan ayahanda saya di kampung. Tido semalam. Esok petang baru bertolak ke Teluk Senangin.
Untuk pengetahuan, ini adalah holiday bersama keluarga mertua saya. Yakni, keluarga suami saya yang kat Ipoh nun laaa... Tapi sebab nak pegi ke Teluk Senangin tu, al-sangat dekat dari umah Mak Abah saya. Maka, kami bermalam lah dikampung barang satu malam.....

Kome tahu ke Teluk Senangin tu kat mana???
Haa.. Sila gugel map yerr...
haku tak rajin nak berkarangan utk korang.... Banyak lagi citer aku ni.. tak tau la sampai bape episod...

Pagi tu, En. Lucky saya telah menabur bakti menyapu halaman rumah mertua nyer yang penuh dengan daun2.... Usai menyapu, aaachummmm!! aaaachhummmmm!! lah dia.. Maklumlah.. hidung second hand... gitu lah adanya...
 


Lebih kurang pukul 3 ptg mcm tu, kami pon gerak... Family dari Ipoh belom bergerak-gerak lagi. Tunggu org tu sampai... tunggu org ni sampai... tapi tak sampai-sampai... 
kami gerak dulu pastu singgah di Sungai Batu. Tempat turunnya hasil laut yang fresh. Mau cari udang utk bakar-membakar malam tu. Ketam dgn kerang dah cari siap kat kampung.
 Nampak tong putih tu?
Penuh satu tong tu ok!



Perjalanan dari kampung ke Teluk Senangin lebih kurang 45 minit hingga sejam...

 Ini aku snap dari dlm keta masa keta tengah bergerak.
Pastu pulak aku tak perasan, sebelah tu ade sekelompok manusia tengah dok bercamping.
Depa pakat gelakkan aku sebab beria narrr ngambik gambo pintu gerbang sampai terjulur kepala kluar tingkap sgala...
Hey! Suke ati aku lahhhh!! Ko ape hal!!! Apa pon tak boleh!!! huh!

Ini aku amik dari Google
Ini Chalet yang kami menginap..
No Telifon ade kat situ.. Kalo nak, boleh call...


Kami amik 4 bilik...
3 bilik yang dibawah tu (3 pintu kayu sederet)... dan satu chalet sebiji.
Rumah Chalet sebelah kiri tu...

Bilik, ok laaa.. takde lah kedaung sangat. Setiap bilik yang kami amik, ade 2 katil king saiz, bilik air, tv dan aircond. So far So Good!

 Aku amik bilik no 18... Nom fav sepanjang zaman... 


 Dihadapan chalet... nampak tu didepan tu.. ade laut yang membiru....

Sementara nak tunggu maktok n the geng sampai. Tak ketahuan kami anak beranak..
Yang anak2 aku dok gedik dah nak ke tepi pantai sana nu... Tapi aku yang tak siyorrr... Ater.. pukul 4 matahari dok menerik lagi... tak kuaser lah haihhh!!!
Marilah kita membatak dgn camera cap pinjam ni... hehehhe





Agak dah slow sket keterikan matahari tu, aku pon berbondong-bondong lah bawak anak2 ke tepi pantai. Alah depan tu jer sikit jer...
Tapi dengan satu pesanan...
" BOLEH MAIN PASIR JER! TAK BOLEH MANDI LAUT! OK? "

Hehehe... kejam kan?
Tapi bagusnyer.. anak2 aku memang mendengar kata...


 Rupe mcm ayam berak kapur jer aku ni.. huhu!


 Main pasir adalah fav sepanjang zaman....
memang SANGAT BAHAGIA bila dapat main pasir lagu tu...
Nak - nak pulak dapat GREEN LIGHT dapi papa.. ape lagi...
DOUBLE LIKE lah utk depa!

 Nampak bangunan kunin dibelakang tu? hah.. tu lah chalet kami... Bukan jauh pon dari pantai...


 OK dah puas main pasir... Jom naik!!!
Walaupun dorang belum puas lagi.. aku tetap paksa suruh sudah! hahahah!!
Tapi aku tahu, drg pon boring main pasir2 tu.. sbb tak blh nak jejak kaki ke air laut tu... heh! Tu pon kakak siap minta izin nak amik air sikit kat tepi laut tu.. heheh...

Naik ke chalet, ajar dorang main buai ni. Budak-budak zaman skang, tak penah jumpa... menjakun la sekejap.. Tak reti nak naik dok suruh aku letak dlm buai tu.



Lebih kurang jam 6 tiba rombongan Maktok dari Ipoh....
Maktok, Tokwan, Tok Dah, Mak De, Pak De, Mak su, aunty Mummy, Uncle Daddy, Uncle Lan...
tu panggilan dari anak2 aku utk Mak2 dan pak2 sedara dorang lah...

Mak mertua aku usung segala serba mak nenek dari umah tu. Macam2 ada.. Sesampai jer, dorang belasah nasi yang tak sempat nak makan kat umah. MIL aku bawak seperiuk kecik nasi. Lauk-lauk yang dah siap dimasak dari umah. Anak2 aku pon sebok lah nak makan jugak. 
Aku yang tak makan ni, kena potong2 sayur utk bahan nasi kerabu...
 Wahhh!! Caya lah ibu mertua ku!



No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini