May 30, 2011

::KARANGAN LAGI..::

LAZY MONDAY!

Tatau apa mau buat...
padahal, masa otw nak dtg keje tadi, mcm2 yang dah aku planning nak buat hari ni...
Pagi tadi, pekena nasi dagang, terlentang kenyang, 
Skang, dah masuk tgh hari,  satu keje pon aku tak sentuh lagi...
Aduhaiiiii.. apa mau jadi???

Sabtu lepas balik umah mak kat kampung... 
Atas tujuan, hari ahad nak pegi wedding kawan skolah vokay kat Batu Gajah...
Masing-masing dah ber'shout-shout kat fb mau pergi katanya...
Bila lagi nak berkumpul dgn kengkawan, setelah berbelas tahun tak jumpa...
Lagipula, ade kawan aku sorang ni sudah order aku punya kek karemel.
Aku hangkut segala jadah barang kek aku, sampai mixer pon aku hangkut jugak bawak balik umah mak aku.. Aku bergoyang inul buat kek karemel tu kat umah mak aku. 
Aku buat 2 biji, satu utk mak aku bagi dorang rasa....

Thanks Ecah....
InsyaAllah... nak tempah lagi, bagitau jer ok!

Aku pegi Wedding tu ngan adik aku. Dan bawak anak bujang aku jer. Anak dara aku tak nak ikut aku. Nak ikut Opah dia ... "Bukan seronok pon pegi kenduri dgn ibu.."
Hamboiiii kan mulut! 
Tak hagak-hagak!



SELAMAT PENGANTIN BARU IKIN DAN SUAMI...
SEMOGA KEKAL DAH BAHAGIA SELAMANYA....

Dok kampung 2 hari, memang aku tak berpeluang nak makan lauk mak aku masak. Sebab bizi beno ngan kenduri kendara sana sini... Semalam jugak, mak aku pegi kenduri belah adik beradik abah aku. Rupanyer, adik beradik abah aku ade yang berkawen dengan artis... 
(sebenarnya, aku dah tau lama dah.. tapi baru skang aku nak jaja kat sini.. hehe)
Kenal sape ni???
Ini Safura Yaacob...
Suami safura ni, anak kepada adik beradik abah aku tu...
Semalam mak ngan abah aku pegi kenduri umah dorang lah.. Kat Sg. Limau, Trong.
Aku tanya mak aku, "mak jumpa ka ngan Safura tu?"

"huihhhh... dia siap duduk dekat mak sembang dgn mak tepuk-tepuk bahu lagi!"

" Hah!! Awat mak tak amik gambaq dgn dia?? Boleh kami letak kat facebook! " 

(",)

" heih! Nak amik gambaq dgn apa? camera apa pon takdak! "

" laaa... henfon abah kan ada! Amik jer lah gambar guna henfon abah tu!! "

(mak aku gelak!) " Segan la haihhhh! "

KAKAKKAKKAKAKKAKAA!!!

Tapi aku paling heven bila dapat makan buah jambu susu...
Jambu susu tepi umah mak aku, memang banyak! Tapi setiap kali jatuh ke tanah, mesti tak cukup sifat! Walaupu begitu... Bila dapat cicah dengan kicap + gula + sos kg koh.. perghhhh!! BEGINI!!!!

Aduiiiiiiiii.... kecur dah air liyur aku ni!!

Arghhhhhhhh!!
Ape lagi mau merepek ni??

Oh...
Anak2 tak ikut aku balik Nibong Tebal tau... 
Kalau dah cuti2 sekolah mcm ni, memang dorang akan duduk kat kampung.
Kebetulan, pengasuh dorang takde.. Balik ke Medan 2 minggu...
Jadi aku hantar lah ke kampung. Adik aku yang bongsu pon ade boleh tgk2 kan...

Pagi tadi, pukul 3 pagi, abah aku n the geng berangkat ke Medan jugak. Aku  rasa Abah aku satu flight dgn pengasuh anak2 aku tu. Naik dari Penang jugak. Abah aku pegi atas urusan keje. Dasyat kan Abah aku, sampai ke Medan sana pegi nyer! huhu!! Semoga Abah selamat pegi dan pulang. Pulang nyer 2 Jun.
Pastu, 7 Jun naik flight lagi ke Surabaya pulak. Kali ni memang utk jenjalan. Abah bawak mak. Ini yang pakej tiket tambang murah tu. Booking tahun lepas, pegi tahun ni. Hah.. mcm tu lah lebih kurang. Memang Abah ade suarakan isu ni tahun lepas, tapi kami memasing masa time Abah tanya tu, poket tgh kering. Tu yg tak leh nak bagi jawapan. Tak kesah lah, yang penting, Abah dan Mak dapat habiskan masa berkualiti utk dorang berdua setelah penat membesarkan kami 6 beradik... 
So, minggu depan, aku kena amik anak2 aku balik laa.. Tak pasti lagi samada aku yang sendiri kena amik cuti, atau pon cari pengasuh sementara utk seminggu. Kalau aku amik cuti, aku kena balik kampung temankan adik aku yang bongsu tu sementara mak n abah aku ke Surabaya.

Aiyaarkkkkkkkk!!
pukul 1.30 sudahhhh!!! 
Nak tido ke tak???
huhuu.....

OK LAH BYE!





4 comments:

ieda said...

akak suke safura tuu .. suami dia si shahrom tuu lagi akak suke .. sbb dia berdua nie bermula dgn berlakon teater tuu yg leh bertahan sampai skrg ! :)

Ju-Dzahir said...

weh mokcik.... gambaq hg yg kedua ngan ngantin tu nmpk cam ngandung... hehehhehe....

.::CeK LaLa::. said...

@ieda:
Lala pon suka dia berlakon kak.. Tp mak ckp, dia kat luar takde la putih pon.. gelap jugak kulit nyer..

.::CeK LaLa::. said...

@Ju-Dzahir:
Sangat lah kannnn!! Menjadi kontrovesi pic tu... MENYAMPAH!!!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini