May 19, 2011

::DAH TAK CANTIK!::

Sepatutnya aku update pic ni pakai phone. Tapi memandangkan aku ni kan suka menaip karangan, jadi kenalah aku save as draft dulu ini pic dari phone. Pastu aku ngadap pc balik, on blogspot, aku edit balik. hehhe... Paham ke tidak?? 
TAK?
Takpe.. abaikan...

Motif nyer, aku nak bagitau kali ke seratus sembilan ploh kali, yang aku pakai Iphone murahan. Boleh update blog dari iPhone, tapi kedekut topup. Mai opis, batak dok kelebek iPhone guna wifi free opis punya... Itu jerr nak bgtau!

Ini bukan gambar org mulut sumbing yer...

Ini pic anak dara aku yang aku snap guna phone. Nak transfer ke PC, kaber tak bawak. Tu yg aku membatak dok upload masuk ke blog dari phone tu.

3 hari sebelum tu, dia mengadu sakit gigi. Sebatang Gigi kapak depan tu dah goyang2.
Dalam masa yang sama, dia mengadu sakit dibawah bahagian idung. Aku cakap, gusi kakak sakit la tu. Sebab gigi nak patah.
Tapi, Hari ni masuk hari ke 2 dia mengadu sakit disusuli dengan bibir nyer serta merta menjadi semunggil yang mungkin. Kalah Anggelina Jolie, apatah lagi Killa Fairy.
Balik sekolah tadi menangis berjurai-jurai air mata. Aku tanya kenapa, tapi tak leh nak cakap sebab dok sedu sedan. Sedih benooooor!
Adik masuk kete jer terus lah jadi penyampai berita,.. " PUTI BUATTT!!!! "

" Hah?? Ape Dik?? "

" Putiiiiii.... buat Dinaaa!!! "

" Puti?? " Blur aku weyyy.. Puti ape nyer?

Pastu aku cuba-cuba serkap... " PUTERI ke? "

" Haaa Laaaaaa!! "

Then, aku suruh la si kakak tu benti nanges, lap air mata, pastu citer kat aku ape ke hey nyer!!

Ruper nyer, kawan dia yang nama Puteri tu, katanya nak main buaian.. tapi tangan dia terkena la kat bibir munggil si kakak ni.. Ape lagiiiiii.. Menangis bagai lahhhh!!! Tapi aku tahu, mesti SAKIT sangat tu.. Itu yang menangis kemain lagi.. Nama pon Ratu Air Mata khennnn!!!

Pastu aku pon pujuk2 laa.. nak bwk kakak pegi klinik. Dia ok jer.. Suke plak tu tau!! Balik umah salin baju ape sume dulu. Pegi la ke klinik. Sampai kat klinik, doktor takde la pulak.. pukul 2.30 baru masuk. Aterrr.. pukul 1 tgh hari aku pegi, mane nak ade nyer.. org pon nak kluar pegi makan jugak!!
Aku bawak budak2 ni pegi lunch dulu. Time makan idak pulak dia sakit. Aku  tanya sakit tak? Dia cakap tak. Tapi kalo tekan kat mulut tu memang sakit! hurmmm... Betul la tu kan sakit gusi?? bukan ulser?

Usia makan, aku berkira-kira mau try klinik gigi kerajaan yang ada kat Bukit Panchur ni. Sesampai jer aku tgk pintu tutup. Tgk papan tanda pemberitahuan, Khamis-Rawatan di sekolah. Jumaat-pagi temujanji. Petang rawatan pesakit luar (kanak-kanak).
Jumaat jer lah rope nyer... Esok la tu.. Aku pujuk2 la si Kakak ni suh ajak datang esok jer. Sebab hari ni klinik tak bukak. Tu pon muncung sedepa tambah lagi sedepa. Tanda protes la tu kan tak dpt jumpa doktor.
 Hari tambah lagi satu hari kakak akan bermulut mungil.. hehehe...
Pagi tadi, tengah siap2 kan dia.. sikat rambut depan cermin... tiba-tiba kakak cakap...

" Dahhh tak cantik anak ibu ni..." 

 =_='

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini