April 12, 2011

::NOT IN THE MOOD::


SERIUS!!!

Entah obat ape yang aku telan semalam... memang mood mandom terus!!
Petang nak balik keje tu aku dah sakit2 kepala...
Sakit nyer ditengah-tengah antara dua kening kiri dan kanan.. mencongkammmm!!
Ku saspek sebab tak makan.. LAPO kekdah nyerr..
Aku kalo lapo memang akan sakit kepala... itu definasi untuk lapo yang sesangat...

Balik keje, amik bebudak.. aku diam seribu bahasa... berebut nak duduk sit depan, aku masih boleh kompromi, takde suara-suara lantang menempik... tapi tetap marah, cuma dalam bentuk DIAM, JEGIL MATA, MULUT MUNCUNG MCM BOLEH SANGKUT HANGER..

Pastu bebudak berdua sebok ajak pegi econsave, nak beli mainan... huh!!
Tapi aku pon nak pegi econsave jugak.. nak beli sayur.. nak buat sup sayurrr!! Laparrrrrrr!!!
Anak2 aku dok pot pet pot pet itu ini.. tanya tu.. tanya ni.. tegur tu, tegur ni...
Aku sikit tak menjawab.. diammm jerr! Pelik! Tah ape kene nyer tah... Tapi rimas tu tetap rimas...
Last2 ayat penghabisan cerita... "Tolong laaa.. ibu sakit kepala ni!!! Malas nak jawab soalan!!"
Ok.. terus diam 2 umat tu... kesiannnn... Tp nak wat cane, ibu NOT IN THE MOOD!
Usai membeli ape sume, zasss terus balik...

Sampai jer kat umah, turun2 keta, lesap hilang lah budak berdua tu pegi umah jiran. Hurmmm.. lantok kome lahhh!! Aku dah tak larat!!!
Aku masuk umah, potong2 sayur... masak nasi... SIAP!!!

Nak maghrib budak berdua tu pon balik... Apak nyer pon balik... aku dah siap masak dah...
Mandi basah kan kepala... Tapi kepala masih sakit... dia sentap pulak kepala belah kiri...
Tapi demi perut yang lapar, siap2 jer bebudak tu mandi, aku terus ajak dorang makan...
Lepas makan ingatkan boleh lega lah sakit kepala nyer... TETAPPPP...
Haku sampai dah tak tahu nak buat ape...
Amik bantal, letak atas kepala.. tido bersandar.. muka tutup dgn bantal.. mata berat tak boleh nak angkat.. (gara-gara perut kenyang pon sama tu.. heheh)

Sampai En.Lucky aku kluar pon aku tak sedar.. Tahu2 jer dengan bunyi start enjin.. padahal, aku terlena tu atas sofa jer.. bukan dalam bilik pon... Anak2 dok layan ceria.. (sbb cenel phdc sgala bagai papa dia dah terminatekan.. so, layan ceria jer lah!)
Disebabkan mata tak daya nak ngangkat, aku terlena balik atas sofa.. pastu sedar budak2 ni kejutkan nak susu.. dalam sakit kepala pon, bangun buatkan susu... Pastu aku kira2 mau masuk tido dalam bilik jer lah.. Aku check pintu sliding, en.Lucky aku kluar mmg tak kunci sliding n pintu pagar.. Aku kunci sliding, aku bukak lampu luar.. Pastu bagi pesanan kat anak2.. "ibu nak masuk tido dlm bilik, kang nak tido tutup tv!" Zassss aku kebabommm dlm bilik... sempat lagi jeling jam dinding pukul 10.15...

Ntah pukul bape budak2 tu masuk bilik pon tak tahu.. Mata aku memang tak larat nak bukak dah.. cuma telinga jer dok dengar mulut bising depa.. Aku mmg tak daya nak bukak mata apatah lagi nak bukak mulut.. Tah tahu lah kenapa.. rasa berat giler2!!! Cuma aku bagi sedas tembakan.. "Heihhhhh!!!"
Terus menikus bebudak tu.. diam.. n tido akhirnya... 

Pukul bape tak tau, aku dengar bunyi keta tok Lucky aku... Balik dah la tuuu.. dengar dia tolak pintu grill... tp mata aku tak jugak bukak.. telinga jer dok dengar mcm-mcm.. Pastu, aku perasan pintu bilik ditolak pelan-pelan.. aku bukak mata, silau dari lampu ruang tamu, aku kecikkan mata... En.Lucky kluarkan soalan yang memang buat aku blur...
"Kenapa pintu grill biar terbukak mcm tu??"
hah????
aku tanya balik soalan kat dia...
"bukak ke ayg kluar tadi kunci grill?"
"Hah laaa!!" jwb dia.. kasar bunyi nyer tu....

Aku ingat balik, masa aku nak kunci sliding door, aku memang perasan pagar jer yang terbukak. Pintu sliding aku yang kuncikan.. grill tu aku tak pasti pulak.. Tapi setahu aku, dia kalo kluar, memang la kunci grill tu... Aik???!!! Misteri ni... Tapi aku cuma dok terbayang2 jer la time tu.. mata terkebil-kebil.. tp idok jugak aku bangun dari katil.. aku dengar En.Lucky dok buat lawatan ke seluruh umah, masuk bilik tengah, masuk bilik belakang.. masuk toilet belakang.. pastu dia masuk bilik depan, amik tilam kecik, tido kat ruang tamu... hurmmm.. gasak lahh... Aku lena balik... blur ni.. blur!!

Bangun pagi tadi, still IM NOT IN THE MOOD!!!!
Sampai dgn bdk2 tu sume kena tarbiah dengan aku.... haihhhhh...


NI PON MASIH TAKDE MOOD NAK BUAT KEJEEEEEEEEEEEE!!!!
HAIYAAAAAAAAAAAAA!!

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini