April 26, 2011

::NESTEA; GONCANG BOTOL... BUKAN GONCANG BADAN!::

Semalam kan pekerja2 golongan gomen dapat gaji, aku pon tak kurang hebat pulun melayangkan money-money ke econsave, billion, JMS.. huh!

Balik keje, amik bebudak terus ke rumah tuan rumah, membayar sewa rumah!
dah alang-alang ke Parit Buntar, aku lencong terus ke Econsave dengan alasan - dah lama tak p econsave PB sejak2 aku dah jadi pelanggan tetap Econsave Jawi.
Masuk econsave, bapak meramai nyer umat!!!
Bukak list barang... tapi sebelum tu aku dah warning siap2 kat bebudak berdua tu, "JANGAN NAK MINTAK MAINAN!" "BEHAVE YOURSELF!"<--- Omputeh lah sangat... padahal anak aku bukan faham pon!! Tapi depa tetap, "OK IBU!" :)
eh, ade satu soalan dari budak Darwish... "Beg roda boleh??"
Ibu jawab... "Itu nanti dulu.. bukan sekarang! Sekarang ibu nak beli barang2 dapo!"

Seperti biasa, kalo dah berjalan aka bershoping dgn bebudak berdua ni, memang aku agak penin dan rimas. Plus dengan umat manusia yang meramai kat Econsave tu, yang staff econsave tu, time2 tu lah jugak nak loading barang.. Udah sempit menyempit lah jadi nyer... 
Si Darwish mcm biasalah, takmo berjalan elok benar lah kamu duduk jer dalam troli toksah kluar2. Si kakak pulak, terlebih berani!! Menonong jer dia berjalan tak tengok2 dah ke belakang. Aku pon takde dah nak control2 volume suara menjerit panggil si Kakak! Lantak lah org nak kata aku langsuir ke ape ke, Kang kalo anak aku hilang, korang nak tolong jeritkan ke???
Ater?? Mana aku tak penin!
Tapi aku suka jer nak bawak dorang ni kluar shoping2 ni..

Dalam dok pegang listing barang, ade jugak yang aku kelupaan. Benda yang penting tu yang boleh lupa. Malas dah nak round lagi. Bayar2 then kluar dari econsave. Masa tu jam dah pukul 7 lebih.
Masuk pekan Parit Buntar, singgah pulak ke Billion. dengan harapan ade lah barang yang aku nak cari tu. Telur dan papercup (nak berapam ler weyy!). Masuk jer billion, pon umat manosia meramai!! Baris punya lah panjang!! round pusing cari papercup, takde!! yang ade beso gajah saiz nak buat cupcakes! Lepas tu aku dah lupa ape benda penting lagi yang nak aku beli. Pusing2.. jumpa benda lain.. tp still ade dalam list barang... Masih lupa ape yang seterusnya.... malas dah nak round, sebab aku tgk kaunter bayar makin lama, makin panjang barisan. Join barisan, terserempak lak dgn opis mate. Tegur hai-hoi-hui, aku rheling dlm raga dia, nampak telur!! Allahhhh!! Telur la aku lupa beli!!!
hurmm.. belakang aku dah meramai org berbaris.. akhirnya.. MALAS lah.. dlm kepala dok terbayang JMS plak.. sbb aku comfirm kat sana ada pappercup n telur!!

Heret budak2 tu masuk keta, tanya nak makan ape. Jam dah pukul 8! Kluar parking Darwish nampak KFC. terus cakap nak makan KFC. Aku tau lah fav dia KFC tu bukan nyer ayam goreng nyer pon. Dia nak makan chizzy wadges tu jer.. Aku beli 2 large chizzy dan 5 ketul ayam. Tu pon dekat 10 minit jugak aku kena tunggu.. Budak2 aku tawakal letak dlm keta, tapi aku park betul2 depan pintu kfc pastu aku lock pintu. Aku dah bagi warning kat depa jgn bukak cermin keta. Tapi beberapa saat skali aku toleh2 tgk depa dlm keta.

Siap beli, pecut keta nak balik umah. Call Lucky aku katanya dh sampai umah lama dah. pukul 8.15 sampai umah, Aku drop bebudak berdua tu suh masuk umah dulu. Bawak beg kfc ni, masuk dalam umah, basuh kaki, basuh muka, lap badan, pakai baju malam, baru makan! <--- pesan aku sebelum dorang turun keta.
Pastu aku pecut pulak ke JMS nibong tebal. Mau cari telur sama pappercup. Alhamdulillah... ader akhirnya pappercup aku. Tapi kaler ijau la pulak... Hijau pon Hijau lahhh!!! Masa aku masuk JMS tu, ternampak lah kotak NESTEA yang tinggi dan comel. Dan tekaan aku betul! Ade botol Nestea kat dalam tu dgn 3 sachet nestea... hehhehe.. Boleh la aku bergoncang2 nanti...

Dah balik umah, drop barang ape sume, berplastik2 aku bawak balik. Tgk bebudak tu tgh makan. Papa dia dah hidangkan. Papa dok melangut tgk TV. Aku sudah mandi ape sume, nak makan lah dulu sebelum menguli apam. Badan penat, lapor, memang bila-bila masa jer blh jadi ape sgala menatang jadian pon kalo ade org buat silap. Sikit punya silap pon aku boleh melenting tau!
Memang ade!!
Tah budak ke bapak budak ke makan ayam goreng mcm kucing makan! Dok carik kulit ayam, isi tinggal! Masa aku bising2 tu, Lucky aku dah awal2 angkat pinggan bawak p dapur, pastu dia basuh segala pinggan mangkuk (semalam) yg ada dlm sinki tu, dgn periuk nasi (pon semalam punya).. Nak bodek ke Yang?? Pastu dgn tak semena-mena sound effect aku pon terus jadi low volume. then terus diam....
hmmm... Hati seorang wanita... mcm ni lah kan.... bising2 pon, kalo Lucky tlg ringankan beban sikit, rasa mcm SEGUNUNG BEBAN dah terlepas taw!!! Betul... tak tipu....
Lepas aku makan, Lucky aku pon dah abis basuh pinggan, "THANK YOU!" ucapan aku sesambil dia lalu kat tepi aku... hehehhe... sweet kan? (geli geli geli geli geli)

Dah selesai makan, ingat nak terus kan lah projek mengAPAM aku. Rupanya kena rodblok la pulak! Lucky aku pasang citer RATU THE MOVIE! Tah mana dia songlap donlod pon tah. Pasang guna external disk cocok kat usb tv. Dia pasang, pastu dia lebuh kluar, aku ngan anak lah dok mengadap. Walaupun aku tau citer Ratu The Movie ni ramai yang kata tak SYOK! tapi aku tetap jugak nak mengadap sampai abis... Kesimpulan.. memang TAK SYIOK LANSUNG!!! tapi aku hadap jugak.. ape kes?? hahhahaha...
Sudah nyer, pukul 10 lebih baru aku start mengAPAM. Anak2 aku pejerha suh tidoq depan tv. Satgi ibu angkat masuk bilik.. hehehhe.. Kesiannnnn.....
Memang betul.. Pukul 12.30 baru selesai kukus yang terakhir. Basuh perkakas, lap dapo, simpan barang2 yg beli tadi, pukul 1 lebih jugak lah baru aku selesai. 

Tengok lah anak2 yang terbiar ni... kesian betul...

Close up lagi sikit... Sebantal korang yer... Sejuk perut ibu tgk...

 Meh nak tgk dekat2 lagi... 
Alololololo... Adik cumel jer.. akak awat serabut sangat rambut awak ni...

Angkat dorang masuk bilik. Aku bukak lappy, type entry yang sebelum ni.. hehhe...
Pukul 2 pagi, Lucky aku balik.. aku pon masuk tido....

Ok dah habis dah....
Panjang tak karangan aku?? Muahahhahhaha!!



1 comment:

Che Mek Su said...

ko buat esei PTK jer nih??



btw aku dengki tgk apam tuh lagi...

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini