February 1, 2011

::PENANG-KULIM-PENANG-PERAK-RAWANG-PERAK-PENANG::

Hahahhahahhaha!!!
Tok sah dok penin-penin....
Mai sini aku nak ceghita....

Tajuk kat atas tu suma berkenaan pada hari SABTU-ISNIN lepas...

:SABTU:
Dari Penang (umah aku lerr..) aku dengan tok Lucky ke KULIM.. Ade tournement boling antara jabatan dalam USM ni... Pasai pa main kat Kulim??
Pasai depa nak tukaq angin katanya... dok main kat tempat biasa jerr.. (hehehe.. aku memandai jer wat stetment! Hamponnnn!!)
Sabtu dari pagi pukul 9 sampai lah ke petang pukul 3 lebih macam tu baru abis.. Anak2 memang aku  tak bawak, tinggal kat pengasuh...Ade tragedi anak2 aku hari sabtu tu.. nanti aku cerita kat blog dorang eh... 
Bowling tu pon, nanti aku buat next entry.. (tah bila tahun nak buat... huhu!) Korang doa-doa kan semoga aku menjadi rajin membuat blog.. =,=
Dari Kulim, pung prang, pung prang, sampai umah dalam pukul 5. Aku siap2 packing kain baju.. Bawak 1 beg jer... Call pengasuh, p amik anak...

Dah amik anak sgala... drive ke PERAK pulak.. Balik umah mak abah aku lerr.. Mau tukar kereta kekdah nyer.. Keta ferari tua Tok Lucky aku tak confident nak drive jejauh... Bergaya lah kami membawa kereta Tok Ketua Kampung... hehhehhe.. Sampai kampung dah pukul 7 lebih.. makan nasik ape dulu, baru drive ke RAWANG... 
Sepanjang perjalanan, agak menghujan.... sejuk... mengigil makcik tau! Anak2 aku tido dengan kepenatan.. Aku ni nak lelap macam takut-takut jer.. kesian kat Tok Lucky aku drive sensorang plak kan... Tapi terbabas jugak akhirnya... Hahahahhaahhaa!!
Sampai Rawang lebih kurang jam 11.30 malam... Sembang² sikit dengan Kakak aku, pastu melayan bantal sampai ke pagi...

:AHAD:
Pagi di RAWANG... Cuaca sangat lah mandom.. hujan, hujan dan hujan... Tapi janji tetap janji.. Aku sudah berjanji mau cemolot dengan sama itu Tokey Besaq! Bagi sms, mau pegi pukul 9 lebih.. tapi berganjak ke jam 10 jugak.. sebab nyer... HUJAN.. lagipon aku kena pujuk anak² aku supaya tidak mengikut... hehhehe.. 
Sampai lah sudah HAJAT dihati mau bercemolot dengan Makcik itu... Tapi sayang sungguh aku tak dapat join 'projek laga perut' depa hari Isnin tu. Sebab nyer, aku kena balik Perak hari ahad tu jugak.. Tok Ketua mau pakai kereta hari Isnin...
Dah kiss kiss bye bye dengan Makcik Rehan, aku pon beredar dari rumah beliau... Masih dalam kehujanan yang renyai-renyai manja.. Kakak aku dengan adik dan anak² dah menunggu aku ditepi jalan mau ke Pekan Rawang katanya. Nak membeli barang-barang nak buat hantaran kawen adik ku... Adik aku nak kawen oiii!!
Sampai kat Pekan Rawang, hujan masih merintis... Being Lucky aku yang memang tak syuker dengan shoping moping ni, beliau lagi redhooo tido dalam keta. Aku usung lah hanak-hanak yang belum sampai tahap kecerdikan nyer lagi. Tapi nasib baik lah behave jugak... Kalo tak behave, memang aku PANGGG jerr..
Ok, Usai membeli, yok pulang yok!!! Meredah hujan lagi kita.... Memang sepanjang Ahad tu hujan jer kan.. Kain baju pon masyemmmm... Mata asek lah nak memejammm jerrr.... Sampai lah ke petang, hujan tak benti-benti.. Lucky aku tah bape kali tido pon tatau... Aku ade lah jugak terpejam seketika... 
Petang, Lucky aku dah suh siap2 nak gerak balik lah... Tapi bila dia tengok badminton Lee Chong Wei lwn Lin Dan.. hermmm... terus melekat.. dengan aku-aku skali layan badminton lah pulak.. Sampai lah, ke maghrib... Lepas maghrib dalam pukul 8 macam tu baru kami gerak balik ke PERAK... Hujan masih bersisa...
Dari Rawang sampai Tapah kami ikut highway, exit Tapah, kami ikut jalan lama.. Ikut Chenderong Balai, lalu Kg. Gajah, kluar ikut Bota Kanan, lalu Ayer Tawar, sampai lah ke Pantai Remis, sampai lah ke Kampung Jawa.. eh.. eh.. dah sampai umah mak aku!! Yeayyyy!!
Perjalanan 8 malam hingga 11 malam... Sampai-sampai tu, adik aku yang lelaki tu, sedang elok nak makan durian.. wahhhhh!! Rejekiiiiii... Belasah durian tengah2 malam... Anak bujang aku punya lah pulun.. sampai bape ulas pon tatau. Dah abis makan, Wan dia bagi minum air dalam kelongsong durian tu sebab takut cucu dia panas... hehhehe....

:ISNIN:
Masih di PERAK. Pagi yang best... dingin dan mendamaikan...
Brekpes dan makan tengah hari yang simple tapi tetap sedappppp!!!
Lepas brekpes, bermula aktiviti mengemas rumah yang bakal menyambut menantu bulan 3 ni... Pengantin pon kena turun padang sama mengemas... Takde aktiviti lain.. hanya mengemas semata-mata... Petang dalam pukul 6 macam tu baru lah kami balik ke Penang..
Owhhh.. Cuti Singkat, tapi penuh aktiviti... Sampai rumah aku penin bau busuk dalam rumah.. Sampah lupa nak buang hari tu!! Adoiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Cuti CNY ni, hanya pulang ke rumah mertua di IPOH.... Aktiviti?? entah lah.. memerap jer lah kot kat umah.. hehhehhee....

SELAMAT BERCUTI SEMUA!!




No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini