February 25, 2011

::MENINGGAL DIHARI KEMATIAN::


SERIUSSSSS!!
aku rasa mcm nak nanges meraung-raung!!
Red Kancil aku yang jaranggggggggggg skali nak buat hal semenjak beli, tiba-tiba membuat hal dihari 'kematian' beliau!
dia 'MATI' semalam... :(
Selalu kalo bawak ke kedai pon, sume sebab dia memerlukan... macam, tukar bateri (aku kenjan keta sampai bateri kering!).. Tukar tayar (merata alam aku rodok keta aku sampai tayar botak!).. ermm.. ape lagi? ape lagi? eh.. aku rasa itu jer lah kot..
Hah! tgk! jarang sekali Red Kancil aku nak buat hal yg bukan2 tu! Aku lenjan lah kot mana pon, langgaq p lubang celah mana pon, redooooo jer dia... Tak penah nak merungut!!!
Tu yang buat aku sayanggggg sgt kat beliau tuuu!!

Miss u baby!! Take care ok... muahh!!
Aku rasa, mesti dia merajuk sebab semalam dia dengar kot aku sembang2 dgn mak aku. Aku cakap, nak tunggu bulan depan baru nak hidupkan rodtax dia... Yer laa.. bulan ni punya gaji, agak banyak nak pakai.. dengan kenduri Adik aku.. nak p KL hantar pengantin.. Rodtax keta satu lagi pon dah mati bulan  ni jugak.. Jadi aku bgtau la kat mak aku yg bulan ni dapat hidupkan rodtax keta Tok Lucky aku saje.. Keta aku tak boleh lagi. Sebab nyer mak aku suruh aku balik minggu ni. Tapi dah keadaan keta aku tak mengizinkan, jadi aku tak boleh la nak balik..

Lepas tu, petang semalam aku bawak anak2 aku pegi econsave. Aku nak membeli barang rumah sikit2.. (aku shoping mewah kat econsave jer noksss!!). Balik dari econsave tu dah nak senja dah time tu.. Aku singgah lah kedai tomyam depan umah tu. Hajat nak tapau nasi jer lah.. haku tak larat nak masak, byk lagi benda yang buat kat umah tu. Aku park keta betul2 depan kedai tomyam tu, sebab aku tinggalkan anak2 aku dalam keta. Aku tak tutup enjin pon, then ekon pon bukak. Anak2 aku dok tgh layan buku² yg depa pau aku kat econsave tu. Aku duduk depan kedai tu (luar keta laa..) sambil2 tunggu oder, sambil2 aku boleh tgk anak2 aku. Lama tak lama tunggu order tu, ade la dalam 15 minit. Memang masa kat luar tu aku dah perasan bunyi lain macam enjin aku ni. Bunyi compresor ekon lain dari biasa. Tapi aku buat tak heran jugak.  
Order dah siap, adik tu hantar kat aku, pastu aku bayar. Tapi aku patah balik ke dalam kedai nak amik baki duit. Masa aku patah balik nak masuk dalam keta tu yg jadi kecemasan tu. Memang sedang elok aku lalu depan keta aku, tiba2 bersembur air kluar dari bonet depan. Ala ala mcm org muntah, tapi mulut kepit! hah! mcm tu lahhhh.... bersembur-sembur!!!
Memang terperanjat giler lah aku!! Terus aku berlari bukak pintu suruh anak2 aku kluar keta.. Aku tutup enjin, tutup ekon. Ade sorang customer dalam kedai makan tu, suh aku bukak lock bonet depan. tapi jgn bukak bonet lagi. Memang suspen giler masa tu.. Aku mcm nak nanges dah! Dada berdegup ni mcm nak pecah. Aku selamatkan anak2 aku dulu. Suruh dorang duduk jauh2 dari keta. Risau aku takut meletup ke haper!
Terus aku call Lucky aku suruh datang. Suara mcm nak nanges jer dah aku. Tengah2 tunggu tu, baru aku rasa kaki belah kanan aku pedih. Sluar aku basah kena air pancut tu tadi. Kaki pedih tu sebab air tu panas laaa.. tu yg pedih tu.. Lama jugak lah menunggu dia sampai.. Aku bukak bonet depan.. Sebelum tu dalam kepala aku dok bajet, penutup tangki air tu tercabut ke haper.. sebab kluar air kan.. Bukak2 bonet.. tgk! NAHH HAIIII!!!
Raditor  aku PECAH terussss!!!
Perasan tak yg mana?

Tu yang aku tunjuk arrow tu... Kalo korang tak cam lagi rupa bentuk. P la bukak keta masing2 tengok. Bentuk sebenar bukan mcm tu. Berdanok-danok dengan rupa tanah tu, adalah disebabkan pancutan air tadi tu lah.. Terus aku macam... YA ALLAH!!! Awat laaa jadi mcm niiii!!!

Lucky aku dah sampai, dia tengok2.. pastu buat call.. kena tunggu lagi pomen aka kawan Lucky aku sampai. Anak2 dah tak bape nak behave dah.. dengan berperang dengan nyamuk.. lapo.. sume ade kat depa.. Pindahkan barang2 dari keta aku ke keta Lucky aku, pastu kawan dia pon sampai. Dorang tengok gitu2 jer.. pastu sembang2 sket.. then terus bawak keta aku ke bengkel. Dekat jer pon bengkel nyer.. Tapi masa dorang bawak tu, sedihhhh jer aku.. Terus aku imagine, memang langkah aku pendek lah lepas ni. Takde keta sendiri, tak leh nak melencong ke lain... :(( 






No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini