February 10, 2011

::AKAN INGAT SAMPAI BILA²::

Aku pening sebeno nyer ni.. eh.. eh.. tak tak..
Kepala aku sakit!! Sakit sebelah.. Belah kiri.. Mingrain la ni... Ubat dah abis stok...
Adehhh!!!
Kadang2 aku terfikir.. aku ni kena barah otak ke??
Asek no lahhh sakit kepala jer manjang.... Adehh! dehh! deh!

Okeh..
Ni nak citer sket al kesah balik cuti aritu... Alahhh... cuti rayoo cino rhitu laahhhh..
Kami hanak beranak balik ke Ipoh nun...
Umah mertua ku sayammmm...
Balik ke sana hari Rabu malam... takde lah malam sangat... lepas maghrib mcm tu...
Siap-siap packing ape sume bagai, kami pon berdoa'ah-doa'ah ler masuk keta..
Kitaorang benti makan tak hah?? ermm.. aku pon tak igt lah.. Kepala dah beron2 ni.. banyak benda aku tak bape nak ingat...
Okeh, pendek kan citer.. highway kat erea bukit berapit (dekat kilang simen) tu, tiba-tiba Lucky aku off kan aircond. Kat situ kan mcm naik bukit sket, so aku bajet Lucky aku nak save minyak lah.. Sebab dia memang tak cakap ape2 pon kat aku...
Elok lepas sket dari exit Kuala Kangsar, tetibe Lucky aku bagi signal terus benti tepi jalan.. Bagi hazard lamp.. Laju-laju aku tanya kenapa.. Lucky aku cakap, temp naik tinggi.. Pastu terus dia hentak stereng...
"Hah sudahhhh!!! Mesti ayang lupa tutup cap! tadi ayg isi air..! Haduhhhhhhh!!"

Hurmmm... tuan dia sendiri buat ehhh... Saya tatauuuuu!!!

Dia call kawan dia pomen kat Ipoh mintak tolong carikan cap tu. Kawan dia pon yo yo lah... Baik hati betul kawan2 Lucky ni rupenyer.. Tengah2 dok tunggu sambil2 Lucky aku dok isi air dalam tangki tu bagi sejuk (air paip memang sentiasa ade spare sebotol dlm keta), ada lah sebijik keta peronda polis yang jenis lama tu benti depan keta kitaorang.
Aku igt dia nak menyaman ke sebab kami benti kat tepi jalan yang sangat bahaya tu. Dia tanya kat Lucky aku kenapa, apakah suma bagai.. Lucky aku pon citer lah gitu kot tu.. kot ni.. eh.. eh.. sebelum tu, masa memula kitaorang benti tu, ade lah sebijik keta proton ni benti tanya kenapa, Lucky aku pon citer lah.. kalo 10 org benti bertanya, memang 10 kali lah Lucky aku kena rewind keset ulang cerita...pastu org tu tanya, "so, Abang nak kitaorg tolong ape?"
Lucky aku cakap, "takpe lah, dah ade member datang..."
 Pastu terus dia blah mcm tu.. ek.. ehh! ape ke hey nyerr?? udah ler rope mcm geng2 ahlong!
Dan dan Lucky aku cakap, "geng2 tarik keta la tu.."

Okeh berbalik kepada keta peronda polis tu tadi..
Aku dok jer dalam keta, Lucky aku tak bagi kluar.. Ntah ape lah polis tu dok bersembang ke, bertanya ker ape tah kat Lucky aku... Pastu aku tengok dia kluarkan tali yang agak beso tapi pendek dari belakang keta peronda tu... OhOoO... Pak polisi ni nak tulun tarik kah?? Aku dah macam gerun2 dah.. Lagu mana lah gaya dia nak menarik keta kami ni??
Aku nengok jer dari dalam keta apa yg depa dok buat.. Nak kluar ambik gambo aku takuittt! hehhehe.. Takut kena sergah dgb Lucky aku laaa... Kang tak pasal2 aku sentap kang!
Dah siap sgala, maka bermulalah cerita menarik kereta... huhu... Gerun aku weyy!!! Baca doa mcm-mcm dalam hati ni...
Dalam keta, Lucky aku control stereng... Enjin tak start.. cuma pasang lampu hazard.. Kalo enjin tak start, memang stereng bapak berat lah kan.. jenuh!! Aku plak dok ushar jalan, takut2 tayar terbabas plak masuk ke longkang tepi... dah la mata rabun.. Dah la pertama kali ditarik sebeitu rupa, menyentap-nyentap lah kami kat dalam keta tu.. Mulut aku ni tak benti2 dok baca doa-doa ape yang tahu. Takut sungguh aku weyy.. sampai tak perasan doa makan pon aku baca! Nasib baik gak tak hujan malam tu.. Alhamdulillah...
Masa dalam perjalanan tu, Lucky aku cakap polis tu dari Bagan Serai nak balik ke Ipoh. Dia berulang dari Bagan Serai ke Ipoh weyyy!!! Naik peronda  jerr... Aku bajet dia tu mesti mekanik atau pon pomen untuk kenderaan polis.. eh? mekanik dgn pomen bukan sama ke?? hik!
Polis tu tarik keta kitaorg dari exit Kuala Kangsar tu sampai lah ke Hentian Sungai Perak. Dia benti kat stesen minyak petronas. Lucky aku sambung topup air lagi dalam tangki.. gedebak gedebuk ape tatau yg depa sembang.. aku bawak anak2 masuk toilet...
aku ingat Polis tu nak tolong sampai takat tu jer, rupe nyer takkk... MasyaAllah.. baik betul hati budi polis tu.. Semoga Allah melindungi keluarga beliau.. Semoga murah rezeki lah dia... 
Dia sambung lagi tau tarik dari hentian sungai perak tu sampai lah lepas terowong!!! Bapak jauh kan?? Dah la erea tu naik bukit!! Memang berdehehhhhhhhh laa keta peronda tu menarik kamiiii... Aku jer dah berkilo-kilo... enjin keta lagi... Anak2 aku dalam keta, siap bersorak riang tau! seronok kemain deme!!
Kali ni dah boleh tarik dengan keadaan selesa.. Lucky aku dah pandai sket kontrol stereng.. Masa dalam terowong tu aku ngambik ler gambo... terang ler sikit.. kalo kat jalan raya tu kan gelap.. tak nampak... 
Gini lah rope nyer keta kami yang ditarik...

Ni masa lepas dari terowong. Polis yang baik hati tu yang aku tunjuk kan anak panah. Yang bergaya bercekak pinggang licin halusssss kepala tu, polis trafic yang jaga kat terowong tu.. Dah kami benti kat situ, dia pon dtg lah tengok... tanyakan kenapa, apakah, bagaimana.. Lepas tu deme bersorih la pulak... Kluar dari terowong tu kan jalan dah macam turun bukit nak menghala ke tok jelapang. So, dari tu keta peronda tu dah tarik kami lagi dah. Lucky aku bawak keta mcm biasa, cuma nak kena selalu peratikan temperature keta. Alhamdulillah.... Sampai jugak kami kat tol Jelapang... Bayar tol segala.. kami benti lah kat tepi.. Polis Keta peronda tu skali lagi nak menolong kami. Tapi Lucky aku menolak dengan baik. Kata dia kawan nya akan sampai kejap lagi dan bawak penutup tangki tu... Lucky aku ikhlas nak sedekah kah kat polis tu, tapi dia tak nak.. Baik betul hati nyer kan.. Alhamdulillah... Sementara nak menunggu kawan nyer datang, aku pon menggetis ler amik gambo.. terus terang tau aku ckp kat Lucky aku.. nak masuk kat blog! hahahha!
Ini lah rupa paras tangki air yg dah takde penutup tu... Salah siapa?

Gigih lah kamu wahai suami... hehehhehe... Gedebak-gedebuk.. kawan nyer pon sampai.. tapi bawak penutup besar dari tuan nya... Adehhh!! Tak ade gunanya jugak lah.. Dah sampai Ipoh tu, kami tawakal jer lah.. bawak pelan2 sampai ke Tambun. Kawan2 Lucky aku tadi folo jugak we all dari belakang.. dan Alhamdulillah.. Jam 11.30 sampai lah kami ke rumah.. huh!!! 
Perjalanan yang panjang.... Dan paling penting... kena ingat sampai bila2...

2 comments:

Mieja@Amiizaa2001 said...

ilaaa, baiknya hati polis tu...alhamdullh ko & family selamat sampai...jauh jugak tu dari penang sampai msk terowong.....

.::CeK LaLa::. said...

@Mieja:
Alhamdulillah mieja.. tgh2 keadaan susah mcm tu, masih ada hamba Allah yang sgt baik hati.. syukur sgt2!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini