January 28, 2011

::LASAGNA DERHAKA::

Kalau baca laju-laju jadi mcm sebut LAKSMANA DERHAKA...kan??
heh! ok tak lawak...

Ini adalah cuma bukti kesohihan yang aku dah buat lasagna...
Bukan ape, nak ngantor kat kome2, memang tak tercapai dek akal lah...
Jauh naaa!!!
Bila kome2 dok menempek kat wall aku, bercengkarema sesuka ati kome..


Sampaikan Chef dari hotel termahal kat Ipoh dah tanya memacam...
dan segan2 lak aku kan...
Aku ni masak main tibai jerr.. campak ape yang hadoooo...
Kalo ikut resepi pon, ku derhaka kan mana yang patut...
hehehhehe...


 Ini lah rupe lasagna aku...
Percaya atau tidak, satu tray tu hadap kat aku sorang jer tau!!
tapi idok ler pelahap nau aku...
Aku makan suku malam tu, tengah hari, aku balik umah, panas kan balik, bedal lagi suku...
Petang balik keje, aku bedal lagi suku, malam jap tadi, aku bedal lagi suku.. DAH ABISSSS SUDA.. hehehe..
Ajer nyer yerrr.. Anak2 aku ni bukan nyer makan sgt benda pelik2 ni..
Lucky aku pon sama.. Jadi nyer, kalo aku rasa nak makan ape2, aku beli.. or aku masak...

Okeh.. takmo citer panjang.. Ini resepi lasagna derhaka aku...
Asal nyer, resepi ni aku cilok dari majalah ape tah aku baca masa sambil2 nak tunggu doktor panggil kat klinik. Aku tengok resepi nyer mcm very the mudah dot com. Jadi aku snap lah dgn hp.. Takkan aku nak salin resepi plak kat tengah2 klinik tu...
Heshhh.. citer lagiii!!!
Ok resepi timeeeeeee!!!
Tapi ini kira kali kedua lah aku buat.. sebelum ni aku dah buat kat kampung.. Kira itu try test cuba la dulu.. tapi dah diberi puji-pujian setappppp, jadi gigih lah aku membuat lagi.. heheh..
Oppssss!!
ok ok.. aku bagi resepi...... ^_^'

Ini jenis lasagna yang aku gunakan...
Sume jenis pasta aku memang suka pakai brand san remo...

4 keping lasagna [rebus sampai lembut]
1 biji bawang besar [dipotong dadu]
20gm isi ayam [dicincang]
20gm keju mozarella [aku derhaka, campur dengan parmesan]
[pengkeju tegar]
4 sudu tomato puree [lagi penderhakaan berlaku, aku pakai rempah untuk tumis. Pastu tambah sikit sos spagheti dalam 2 sudu]
20gm bayam
2 cawan susu cair [memula buat, aku mmg pakai cusu cair, memang pekat. Tapi malam kelmarin aku buat pakai fresh milk. Tak bape nak pekat tapi sedap tu tetap lah sedap]
TENGOK!! BAPE BANYAK AKU PUNYA DERHAKA??

Cara-cara
Rebus lasagna dan toskan.
Panaskan minyak (i pakai marjerin), tumiskan bawang, tomato puree (rempah) dan isi ayam.
Gaulkan keju mozarella bersama susu cair hingga pekat. Sapukan marjerin disekeliling mangkuk pembakar dan masukkan sekeping lasagna dan isi ayam yang dah dimasak.
Lapiskan dengan keju dan letak bayam. Lapiskan sekeping lagi lasagna dan ulang cara setingkat demi setingkat.
Dan lapisan lasagna yang terakhir, tuangkan kesemua keju (aku letak lagi 2 keping keju cheesedale).
bakar selama 25 minit suhu 140.

~Selamat mencuba~






2 comments:

Anonymous said...

thanks ila...memang haku tunggu2 resepi nie... semua tu ok..cuma bab bayam tu jer yang tak ok...boleh tak diDERHAKAkan dengan sayur lain... ehhee

adha said...

ubat ni wei. ubat gemok.. kih3..... aku makan kat secret recipe jek.. sekali.. la ni leh la torai.. tp harus aku makan sorg jek.. laki aku pun tak mkan menda2 cam ni

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini