January 3, 2011

::KAKAK, ADIK DAN SEKOLAH::

Hari ni, hari pertama persekolahan...
Hari pertama jugak Adik Muhammad Shah Darwish pegi sekolah tadika...
Tapi, Tahun kedua untuk Kakak Dina masuk tadika...

Yang paling excited aku tengok, adalah anak bujang aku laa...
Dari malam dia dok sebok tanya, bila nak pakai baju sekolah... [masa pegi pendaftaran tu, baju sekolah dah dapat siap-siap]. Masa aku tengah iron baju, dia siap tunggu dan tolong sangkutkan baju sekolah dia. Excited kan?? Harap-harap 'excited' si bujang ni bertahan sampai ke akhir tahun lah...

Malam sebelum tido.. Kakak pulak dok luah perasaan.. tak sabar nak pegi skolah.. tak sabar nak jumpa kawan².. kakak rindu kat kawan² kakak... haihhh...
Tapiiiiiiii...
Bangun pagi.... Adik Muhammad yang bangun dulu taw!!
6.45 dia dah bangun! sangat EXCITED kan??
Aku masa tu memang dah bangun.. tapi melepak sambil pejam mata sikit atas sofa.. [sikit jee..] sebab 'tgh coti' kannn.. amik mood laaa... Pastu tetibe terkejut ade org join aku tido atas sofa.. ek..ehh! "adik da bangun??" Awal nyerrr...

Ibu mandi, siap² dulu.. 7.45 baru suruh dua beradik tu mandi...
Dah mandi... siap pakai baju sekolah... sikat rambut.. pakai bedak wangi-wangi...
ibu tanya adik.."Adik nak minum susu dulu tak??" Sambil tunjuk botol susu..
"Tak mau lahh!!!"
Hamboiii.. mudah benar lupakan susu...
Tapi aku bekalkan jugak biskut sorang satu sachet...
Kakak nak bawak air sirap.. Adik nak bawak air melo...
 Ok Done!! Jom p skolah!!

Comel tak??

Kalo perasan.. aku ade tukarkan sesuatu kat bebudak berdua ni..
Baju kakak tu saiz L, tapi seluar macam dah senteng...
Baju adik pon saiz L, cuma sluar agak panjang dari tuan nyer...
Maka, dengan kebijaksanaan yang diwarisi, aku tukar..
kakak pakai sluar adik, adik pakai sluar kakak!
Walaupun warna agak berlainan sikit... sikit jerr.. tapi tak kesah lah...
Baju kakak, poket tepi.. baju adik poket depan.. Itu membezakan baju gegil.. dgn baju boboy...
Sluar kakak tu dulu, ade getah kat bawah.. jadi mcm kedut2 sket lah kan..
Tapi aku sudah buang itu getah.. aku iron molek² bagi ilang itu kedut-kedut...
Then, adik pon boleh pakai sluar kakak....
Sedikit keistimewaan kalo punya anak yang sama saiz! hehehhehe!
Easy bukan??

Ape-ape pon...
SELAMAT BERSEKOLAH ANAK-ANAK IBU...
Belajar rajin-rajin.. Jangan banyak main...
OK!




No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini