January 25, 2011

::ITU ADALAH REZEKI, BUKAN DUGAAN::

Tengah malam semalam agak lewat aku online FB...
Biasalah kan.. ibu berkejaya ni...
Malam jer lah pon time nak menguruskan anak-anak dan rumahtangga...
Tengah malam, baru rasa nak rilex-rilex...

Tengah aku syok2 layan baca status kengkawan, tiba-tiba aku terkedu bila aku baca status FB seorang teman RAPAT. Darah aku seolah-olah seperti berhenti!! YA ALLAH!!!
Hanya itu ucapan yang meniti bibir...
Aku tengok jam dinding, lagi 15 minit nak pukul 12... 
Betapa sesak nya dada aku... hati aku meronta-ronta nak call dia juga malam tu..
Tapi lepas tu aku tenang.. aku fikir, dia perlu banyak berehat.
Sepanjang malam ingatan aku pada TEMAN RAPAT aku tu tak putus-putus datang.
Kami memang rapat sewaktu sama-sama belajar di Politeknik POrt Dickson dulu. Mana tak nyer, walaupun kami kelas lain-lain (tapi dalam satu jabatan), bunga yang berkembang waktu hanya kami berdua. Jadi, ke mana-mana kami memang bersama. Dalam kelas, kami memang satu-satu nya bunga dikelilingi kumbang-kumbang yang kerakusan.. ehheheh... Dalam hostel, walaupun dalam bilik asing2, TEMAN RAPAT aku tu tetap nak bertandang dalam bilik aku. Melepak, berborak, belajar, pegi shoping, memang kami berdua jer lah ke mana-mana pon. Sampaikan, masa semester utk pergi latihan industri, kami sanggup cari tempat yang sama utk buat praktikal. Sebab takmau berpisah. hehhehe... 

Bila dah habis belajar, kami masih lagi berhubung... call, sms dan skang tempat yg selalu kami dapat update masing2 adalah FB.

Tapi hari ni, [ berita sebenar Jumaat lepas, tapi aku baru baca status beliau malam tadi ] aku menerima berita kesedihan yang beliau sedang hadapi.. semoga engkau tabah wahai TEMAN!!  
Ini aku copy paste notes dari FB beliau...

No reason...

by Ugy Harun on Tuesday, January 25, 2011 at 9:39am
Kawan2...thanx 4 de support..cume tlg doakan saye kuat smngt dan tabah hadapi semuani...4 info, xde post mortem dibuat, anak xsakit pun, xpenah tnjuk pun simtom2 sakit, mybe nose bleeding pasal oksigen xsampai ke otak. mulanya saya ingat saya himpit dia, tp doc ckp xmungkin dihimpit.. sbbnye tlg jgn tnye saye ye..hanya ALLAH yg tahu.. bilal tu ckp ni rezeki bkn dugaan dan itulah yg saya cube adapt skrg, xpenah sesaat pun saya lupekan dia, tp ALLAH maha mengetahui dan dah rancang yg terbaik buat saya sekeluarga..wallahualam...
 ·  · Share


Anak yang dilahirkan baru berusia 35 hari. Doktor mengesahkan ianya kematian mengejut. 
Sekarang, perasaan aku semakin tenang setelah dapat bercakap dengan TEMAN aku tadi.
Suara nya memang seperti seorang yang tabah.. Aku pulak yang beria-ia menangis.. Memang aku tak boleh tahan.. Aku cuba sedaya upaya nak menahan. Tapi aku tak mampu. Sebab aku KENAL dia!! Dia memang seorang yang susah utk menangis... 
Dia berulang kali cakap dengan aku.. ade bilal cakap dekat dia..
"INI BUKAN DUGAAN UTK KAMU NAK, INI ADALAH REZEKI... KAMU JANGAN BERSEDIH!"

Tapi,
aku yang sedih... tengah taip entry ni pon meleleh-leleh air mata aku...
Dia cakap dengan aku lagi.. air susu dia banyak.. dan sekarang, anak dia yang sulung tu yang ambil alih tempat arwah. Anak yang sulung tu dah berusia 3 tahun. Nama anak dia yang sulung tu lebih kurang sama dengan nama anak dara aku... Batriesya
Dan yang paling buatkan hati aku tersentuh...
Arwah tu pon dia letak nama sama macam anak aku.. Nur Dina..
Ya Allah...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Anakmu... Al-fatihah...



No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini