December 2, 2010

::BISMILLAH CENDOL SAMA LAKSA MOTOR::

 Agenda ini berlaku pada hari Ahad minggu lepas.Minggu aku hantar anak-anak aku balik kampung...
Ahad pagi tu mak ajak aku ke Nagoya Taiping, mau mencari kain utk dibuat langsir katanya...
Ok Mak! Saya yang menurut perintah!! JOM!

Sesudah mendapat kain langsir yang diidamkan... Kami bergerak pulak ke Tesco.. Mak mau membeli obat di Tesco.... ???... Obat mak?? Tesco tu Hospital kah Mak??
Nak mak hentuk kepala hang kat stereng keta tu kah??
heheh! tamau Mak!
Hah! Tamau kaluuu.. Jalan sudaaaaaaa!!

Tapi aku sudah lencong ke jalan yang salah.. lalu menjumpa kedai Bismillah Cendol.. Apa lagi??
Mak!!! jom makan cendol makkk!!!
Hah! Benti laaaa!!!
Yea! yea!

Setappp nyerrrrrrr u olsss!!
sllrruuupppp!! sllrruuupppp!!

Kasik UP sama itu laksa...
Laksa tu gerai dia hanya atas motor jer tau!! SPECIAL kan??
Tong kuah laksa tu.. dok kat atas sit belakang motor tu tau! Sangat terpegun hamba..
Mesti sementara nak sampai, org yg bawak motor tu menahan kepanasan vontot akibat bersentuhan secara sah dgn tong laksa yg panas itu kan? muahahahahahaaa!! *ok.. tak kelakar..

 Dara manis saya seorang pemakan laksa yang TEGAR!!!

Laksa nyer setap u olsss!!! Very theee!!
Letak otak udang... achooooo!! serrrr!!

Ini lah Mak saya yang nak hentuk kepala saya tadi tu...
eh.. eh.. Ultromen sape tu??

 
 Ultromen budak kecik ni hah!
Masa nak tunggu opah dia shoping kain langsir kat atas Nagoya tu, depa dua beradik sudah pau ibu dgn buku stiker sorang satu... Ok! Buku saja tau!!!

 ehhh.. ibu laaa...
Dina yang snap ni... agak nyer dia tahu ibu dia blogger kot kan? dok tgk aku snap gambar laksa lah.. gambar mamak cendol tu lah.. Pastu dia siap offer lagi tau...
"meh kakak amik gambar ibu tgh makan!"
hah kauu... pandai tak anak aku?? memahami jiwa ibu nyer seorang blogger picisan yang hirisan ni... bukan mcm apak nyer... :p
Tapi dia amik time ibu tak ready laaa...
Cemane aku nak ready, aku tutup flash tu, jd bila masa dia amik gambar aku pon aku tak perasan. tak sempat lansung nak senyum molek-molek.. Tau-tau tengok dah terbeliak bijik mata aku dah hah!

Ni lagi satu.. sib baik molek sket.. cuma blur jer lah hah..

Sebagai credit... meh ibu gambar kakak pulak eh...
Aku suh dia senyum....
 Udah rope pompuan gatey dah hah!!
Aku cakap senyum la elok-elok...
Macam mana??
Mcm ibu ni... hermmmmm.... :)

hihihihihi...
Ok lah ni... manis jugak lah!

Dah... dah... jom p Tesco!!
Aku bayar cendol.. hehhe.. RM 3 hengget jer pon..
Pastu mak aku nak bayar laksa...
Tapi tetibe lama lah pulak hah mak aku dok buat temuramah...
Mak aku ni memang... peramah nyer.. ya Hampun!

Pastu masuk dalam keta, mak aku pon terus dok buat lah speku mcm-mcm...
"... Ilah.. bukan bini dia lah tu... mak igt bini dia.. tadi mak saja la cakap.. oo.. cuti sekolah ni, anak2 mai tlg lah noo.. pastu dia kata, tu bukan anak2 dia.. anak2 tokey dia.. dia cuma keja jer dgn bapak budak2 tu.. hang tau! mak tengok berubah ayaq muka dia bila mak tanya mcm tu.. mak rasa dia ni mesti ada masalah ni.. Tu laaa kan... punya lah nak cari rezeki.. sanggup lah buat keja apa pon... bla.. bla.. "

Aku memandu dengan penuh kusyuk dan tawaduk! lalallalalallala....




4 comments:

ieda said...

sedappnya cendolll dikkk
dah lama x makan huhuhuh

amboi2 anak dara sorang tuu kemain posing2 heheheh

mya said...

sedapnya laksa ngan cendol!
nakkkkkkkk...

.::CeK LaLa::. said...

@ ieda::

Cendol bismillah ni adalah antara cendol yg terSEDAP di Bandar Taiping kak...

.::CeK LaLa::. said...

@mya::

Nanti balik Tepeng, jgn lupa try ok!! heheh!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini