November 10, 2010

::GOSIP PANAS DARI OVEN!::

psstttt!!!
Mari... Mari... 
Nak dengar gosip hangat dari dapur kayu tak??
Aku ade citer sensasi lagi berkerim..
Citer ni memang tengah hangat lagi.. sementara ingatan aku masih belum recall pada benda lain, baik aku story mori the hot glory citer yang sensasi ni u olssss!!!!

Waakakakakkakakakkaaa!!!

Kejisssss tak ingat aku ni kan?? Punya lah lama dok menyorok.. 
Tiba-tiba muncul nak bagi citer gosip!!
Sungguh tak bermoral...
*jangan tiru aksi ini di rumah pengasuh anak anda*

Ingat tak lagi citer pasal EX-PENGASUH aku dulu tuuu...??
Hah... kalo tak bape nak igt.. godek lah kat sini dan sini

Sekarang ni, memang aku LANSUNG takde kaitan idup dan mati dah dengan ex pengasuh tu.. Dan aku dapat tahu dari jiran2 sekeliling, memang dorang pon dah tak amik port dah pasal minah tu. Kiranya, makcik tu skang lone ranger laa...
Tapi bebaru ni, aku tengok dia kerap bertandang ke rumah jiran belakang umah aku tu. Jiran belakang umah aku tu, baru pindah. Rasa nya, masa nak dekat2 raya itu hari. Kiranya orang baru la kat kawasan tu. Aku ni kan jenis yang tak reti nak bertegur sapa.. tapi kalo berbalas senyum tu aku reti laa.. Tapi, al kesah, start dari jiran belakang tu pindah, memang aku lansung tak mengenali seisi rumahtangga itu. Lagi pon, pintu dapur umh aku memang tak pernah dibukak pon.. Aku tak suka! Sebab pintu dia bising! Tapi, kadang2 dok dengar je la jerit pekik anak2 dia.. Sampai lah satu hari, aku nampak keta ex-pengasuh (kak zila) tu ade depan umah jiran belakang ni.. So, aku suspek mesti kak zila tu dah 'CHOP' dulu itu jiran mau dibuat kawan atau lawan.. hehehhe.. Then, aku pon malas la nak amik port.. buat tatau sudah.. buat hal sendiri jerr..
bla..bla.. bla... tung tang tung tang...
Sejak 3,4 minggu yang lalu, memang kerap sangat aku nampak keta kak zila tu ade jer dpn umah jiran belakang tu. Setiap hari lah!! Bila tengah hari aku balik dari amik Dina kat sekolah, mesti ade jer keta makcik tu kat umah org tu.. Ape kejadah dok buat kat umah orang hari-hari??!!
So, aku bajet mesti dia keje kat umah org tu.. (positif..positif...) Lucky aku pon, penah gak tanya aku, ape yang makcik tu buat kat umah jiran belakang ni.. Aku cakap, maybe dia keje kot kat umah org tu.. Pastu terus Lucky aku cakap.. Hurmmm.. dia tak kena lagi.. esok ni, kalo ade barang2 ilang ke, duit ilang ke, baru dia tau!!
Pastu aku pon.. eh.. eh... Lucky aku ni? ngalah kan aku pulak rebel nyerr!! kuang kuang kuang!!

Thennnnnnnn... tadi.... aku telah terdengar sesuatuuuuuuuuu!!!
Aku bukan curi-curi dengar ehhh.. tapi memang dah terdengar.. pastu aku pon teruslah dengar, sebab nak tahu kesah yang selanjutnya... hihihihi!
Tadi tengah hari, mcm biasa aku balik.. nak basuh baju.. Keta kak zila tu mmg ade lah depan umh jiran tu.. Dina dah dihantar ke uamh pengasuh.. Jadi aku sensorang lah kat umah tu.. Masa aku kat dapur, memang la dengar bunyi suara bising2 mcm org tengah bergaduh.. Tapi aku malas nak amik port.. sebab, dulu penah gak skali aku dengar bising2 mcm tu.. Bila aku amat-amatiiii.. rupenyer, memang style jiran belakang tu cakap terjerit-jerit! hehehe..
Tapi kali ni lain.. yang boleh jadi lain tu, sebab kebetulan aku masuk bilik air belakang nak basuh baldi, tetibe aku dengar suara pompuan marah²... dan ade sebut pasal duit hilang!!! HAHHH!!! Citer best ni!!
Terus lah aku melekap telinga aku kat dinding bilik air tu.. sebab kalo dari bilik air tu, memang jelas kedengaran lah suara-suara nyaring tu.. Macam syok jer dengar orang bergaduh... 
Rupanya, jiran tu tengah tanya anak dia, mana pegi duit satu ringgit yang satu bundle yang dia letakkan dalam almari.. Duit tu dah hilang. Dah takde. Duit tu untuk raya haji nanti. Suara jiran tu punya la nyaring dia marahkan anak dia, tanya pasal duit tu mana pegi... tapi suara anak dia tak pulak aku dengar.. Yang aku dengar lagi, jiran tu kata, sebeluM dia pegi KL, duit tu masih ada.. sebab dia yang simpan duit tu kat tempat sekian-sekian (ade dia sebut, tp tak bape jelas).. Tapi bila dia balik duit tu dah takde... tinggat 3 ringgit!!
Agak nyer anak dia menjawab kot.. pastu terus dia jerit lagi.. "KAMU JANGAN NAK SALAH KAN ADIK!!! ADIK TU MANA TAHU NAK MAIN2 DUIT!! MANA TAHU NAK PAKAI DUIT BELI ITU INI! HANYA ORG YANG TAU KEGUNAN DUIT TU, YANG AKAN AMIK DUIT MAMA!"

Aku dalam bilik air dah sengeh2 sensorang.. (korang bayangkan eh...) Pastu aku teruskan lagi pendengaran...

"LAGI SATU, MAMA NAK TAHU MANA PEGI GELANG KAMU YANG WARNA PINK TU?? MAMA TAK NAMPAK PON KAMU PAKAI. MANA PEGI NYER? MANA KAMU LETAK!!!?? MAMA DAH SIMPAN GELANG TU!! MAMA LETAKKAN DALAM BEKAS (ape nama bekas tu aku tak bape clear) SEKALI DENGAN GELANG MAMA, CINCIN MAMA YANG..(yg ni pon dia sebut jenis cincin dia,tapi tak jelas)..CINCIN MAMA 2,2 TU HILANG TAU! MANA PEGI NYER? DALAM RUMAH NI, KAMU DGN MAMA JER PEREMPUAN. KAMU NAK TUDUH SAPE PULAK YANG AMBIL?  KE ADE HANTU KE DALAM RUMAH NI?? HAH!? ADE SYAITAN KE DALAM RUMAH NI?? ADE IBLIS? ADE JIN? ADE ORANG LAIN KE YANG MASUK KE RUMAH NI? SETAHU MAMA, YANG SELALU MASUK DALAM RUMAH NI ...(nama org tp aku tak clear sapa. yg clear cuma..)& AUNTIE ZILA (ex-pengasuh aku)!! SAPA YANG NAK AMBIK BARANG-BARANG KEMAS TU??"

-dalam bilik air-
aku sengeh2 sambil ckp sorang2... "saya no komen lah kak... sooner or later, akak akan dpt jawapan nyer... Tapi barang2 akak.. hangussssss..."

nak kluar dari bilik air, boleh plak baldi aku tersadung dengan pintu dapur tu.. GEDEGANGGGGG!!!! bunyik pintu.. kantoi! wakakakkakakkakakaa....

Ape pendapat korang??
Adakah sama mcm yang aku fikir kan??
Wallahualammm....

Tapi paling tak boleh blah... boleh plak kak zila tu dok bertenggek lagi dalam umah orang tu. Jiran tu pulak, marah2 kan anak dia depan2 orang luar... kesian budak tu.. mesti malu dia....
hurmmmm... ntah lahhh!!!





4 comments:

makdara TERdiva said...

aku x suka la nak join org gaduh2 ni..tp dgr org gaduh aku suka..give me 5!

:P

Me said...

sian ank dia.. mesti ank dia tak salah... jgn k.zila tue yang cucuk2 mama tue suh salahkan anak dia sudah tue harus k.ila MASOOOKKKK CHAMPOOORRR SBB DH BERPENGALAMAN KANNN hihihihihihi

.::CeK LaLa::. said...

@ makdara TERdiva

yeayyyyyy!! sama lah kitaa...

.::CeK LaLa::. said...

@Me

Kerol.. bukan tak kesian kat jiran tu, tp k.ila malas la nak cari masalah lagi. Biarlah.. Kalo btl ex-pengasuh tu bersalah, biarlah Tuhan tunjuk sendiri..

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini