October 20, 2010

::POSITIF!!!!::

eh.. eh.. Jap! jap!!
Jgn dok kalut² lagi nak wish tahniah ke ape...
Tunggu jap.. baca dulu entry ni bagi abisss...

Sebenarnya, aku nak minta pendapat anda-anda diluar sana... 
Aku ade seorang kawan.. Dia ni dah ade anak 6 orang! 3 lelaki, 3 perempuan!
Yang bongsu skang ni perempuan, umur baru nak masuk 3 tahun.
Semalam, dia tunjukkan kat aku pregnant test kid kat aku.. Dia suh aku tgk kan.. sebab mata dia tak bape nak nampak... Aku pon tgk lahh.. Hurmmm.. Sah! Positif! Walaupun garis merah yang lagi satu samar² lebih kurang mcm gambar di atas...
Aku tanya dia, dah lewat bape hari.. dia cakap, lebih kurang dekat 2 minggu jugak...
Aku tanya dia lagi, last period bulan lepas bape ari bulan? Dia kata.. "5 haribulan.. tapi mai 2 hari jer.." kata dia... Ohooo.. mcm mana aku mau kira?? Aku bukan nurse klinik kerajaan.. aku keje dgn kerajaan jer.. hihihiiihi!
Lepas tu aku ckp laa.. memang dah positif ni kak.. Akak mengandung lagi... (ceewaahhh... )
terus akak tu garu kepala yang tak gatal... dia mengeluh...
Aku cakap, kalo nak betul² kepastian, Akak p la klinik, check.. 
Lagi dia geleng-geleng kepala.. Terus aku heran.. Kenapa Kak?
Dia kata, dia penin... yang dok ada ni pon, dia dah tak larat.. Ni kalau ada lagi, tak tau lah nak buat mcm mana.. bla.. bla.. bla... dia dok luahkan perasaan kat aku.. Masalah kewangan lah.. masalah kesihatan dia lah.. masalah suami lah.. macam-macam!
kesian pulak aku dengar... Aterr.. nak buat cemane... Aku tanya, nape akak tak pakai 'ape-ape' (perancang)?
Dia kata, TAK BOLEH!!! semua jenis ubat perancang dia tak boleh.. nak ikat rahim pon tak boleh.. cuma satu jer yg boleh.. kondom!! Ceh!! kondom nak buat apeee.... (itu aku pandai² tambah)
Sebab, kawan aku tu ade penyakit Asma yang kronik... kesian dia tau.. setiap bulan dia akan masuk hospital... Masa lepas beranakkan anak yang no 6 ni, dia dah jumpa doktor pakar utk 'ikat'.. tapi doktor pakar sendiri kata, dia tak boleh buat... Makan ubat perancang pon tak boleh.. Cucuk yang 2 bulan skali tu pon tak boleh... Kesian... kan?

Jadi dia tanya pendapat aku.. mcm mana ni ila? nak 'buang' ke?
Haishhhh!! Nauzubillahhhh.. akak niii.. Aku terus cakap jangannnn... nanti dulu.. kita pikir cara lain... 
nak pikir amende nyer dahhh.. benda dah ade dah ponnnn.... huhuuhu!!.. terus aku pon tatau nak bagi pendapat apa kat dia... TERDIAM...

So, korang rasa mcm mana?
Aku memang kesian dekat kawan aku ni.. Anak² dia sume sekolah lagi... Yang kecik pon kecik lah.. Dia dah la tak sehat... Asma jer memanjang... kadang tu, dtg umh aku nak pinjam bawang pon tercungap-cungap nak bercakap... Kesian tau aku nengok nyerrr... Aku ingat lagi, masa dia lepas bersalinkan yang bongsu tu, masih dalam pantang.. anak tu dok menyusu, dia nyer dah kena admit wad sebab asma yang kornik... Kesian kat anak dia, bagi mak dia jaga.. Mak dia tu pon dah tua... iskkk.. kesian lahhh!! Aku memang tak boleh tgk org² susah mcm tu... Aku ni tolong takat yang mana mampu jer lah.. masak lebih sikit.. pegi hantar ke rumah dia... Nak tolong yang lain, aku pon bukan nyer kaya... Kayap jer manjang...

Korang rasa, patut ke tidak dia teruskan mengandung dia utk kali ke 7 ni??

10 comments:

Me said...

cik lala.. ini pendapat peribadi eden... pada eden teruskan je kendungan tue.. sesungguhnya itu rezeki dr allah... kalau diterima dgn redho n lapang dada... insyaallah adalah kebaikannya yg allah berikan bersama... cuma kita tak tau lagi.. itu semua rezeki allah... cuma lepas bersalinkan yg nie... hati-hatilah... :) dari eden yg marhaen...

Ju-Dzahir said...

hmmm... aku pun rasa teruskan.... dah rezeki... kalau rasa x larat nak jaga lepas bersalin sok bg kat aku jaga....

Mama Zara said...

kesian...tapi kandungan perlu diteruskan, cuba mnta dia tnya pndapat doktor, mungkin kalau pnyakit kwn tu teruk, doc akan advise utk gugurkan... :(

mieja said...

ilaaaaaaaaaaa....aku tumpang happy rezeki baby 2011. tahniah ila!

take care yer:)

FA 2001 said...

alaaa.............aku ingat ko yg pregnant...tipah tertifuuuu.....huarghhh

.::CeK LaLa::. said...

@Me

Tapi dia pasti akan dapat asma yang teruk kalo mengandung jugak. paru2 dia pon bermasalah. Kesian dia kalo mengandung jugak.. Tp tah laa.. kalo dah rezeki itu jugak Allah nak bagi, semoga dia dilindungi...

.::CeK LaLa::. said...

@Ju-Dzahir

Ko nak ke? nanti aku cuba tny dia.. tp tuu laa.. kalo dia mengandung jugak, masalah kesihatan dia tu,, kesian tau!

.::CeK LaLa::. said...

@Mama Zara

Itu lah yg lala cadangkan utk dia td ptg...

.::CeK LaLa::. said...

@mieja

Ko ni kannnn.. dah baca abis ke blom?? main redah jer kan... hehehe.. bukan aku la miejaa.. kwn aku.. aku belum 'positif' lagi.. hehehe!

.::CeK LaLa::. said...

@FA 2001

hehehhe.. aku belum lagi laaa... masih dalam proses 'kerja kuat'.. hehehhe!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini