October 21, 2010

::KECEMASAN DARI BUDAK MAMAT::

Petang balik keje, aku memang jarang bagi anak² kluar main luar dari pagar rumah. Melainkan kalo dorang dah lama tak main diluar dan ade anak jiran sebelah yang kluar main. baru aku akan bagi dorang main luar dari pagar rumah. Kalo tak tu, dorang main jer dua beradik kat depan porch. Itu pon jenuh berpesan-pesan aku. Macam-macam yang aku pesan...

Dan semalam, tengah aku sebok² nak masak kat dapur, dengar si budak Mamat Darwish tu berlari masuk rumah. Pastu dia panggil aku.. aku pegi tengok dia, dia dah dok pengang-pegang pungong.. Aku baru nak bukak mulut nak bertanya, dah bercepet ceri beri kat lantai bilik...
Huaghhhhhhhhhhh!!! terus aku jerit kat dia suh masuk bilik air.. Dalam bilik air, sambil dok mencangkung ceri beri tu dia batuk².. 4,5 kali batuk, bluuweeekkkkkkkkkkkkk!! muntah selambak!!! bukan skali dia muntah.. lebih 4 kali rasa nya... Aku ni start la bebel.. sambil dok basuh lantai bekas ceri beri dia tu aku bebel.. bebellll tak sudah².. Lepas tu aku masuk bilik air, tengok muka Darwish merah².. idung merah, dahi merah.. aku igt dia nangis sbb kena marah dgn aku... Aku terus bagi mandi dia... Lepas tu dia nangis kata gatal.. garu bontot sampai tertonggeng-tonggeng... Aku tgk, kat bontot dah merah2.. bintat-bintat... Sudah bagi mandi, baru aku perasan.. start dari dahi, idung, telinga, leher, ketiak, pinggang, bontot abis sume merah2 bintat-bintat.. muka dia dah jadi bengkak2!!!
Pastu terus aku soal siasat kakak dia lahhh!!
tanya adik main ape, adik pegi kat mana, adik pegang ape...
Dalam tergagap-gagap tu kakak pon citer lah kat aku, ape yg adik main tadi.. pastu tunjuk kat aku tpt adik main.. Aku suspek adik ni ke alergik menatang ape2.. Yang si Darwish ni dah merengek-rengek gatal.. aku sapu minyak YTY.. tak bagi dia garu.. dia punyalah tahan.. sampai terkencing-kencing dlm sluar... kesian aku  tgk nyer...
Lepas sembahyang maghrib, terus aku pecut pegi klinik.. simpan balik barang2 nak masak tadi.. sempat letak nasi jer... Sampai kat klinik.. sementara nak tunggu kena panggil dgn doktor, hurmm.. kemain ligat lagi budak jantan sorang ni.. kat rumah tadi punyalah beria menangis.. sampai klinik, ligat meloncat ke sana sini... 
masuk jumpa doktor, aku pon citer lah gini, gitu.. apeni.. ape tu.. sambil doktor check sana sini.. Doktor cakap, Darwish kena alergik.. mungkin dia terpegang ape-ape... Doktor check suhu.. 38! Hah! terus demam kau! Doktor bagi ubat deman, ubat alergik&gatal, dan ubat sapu utk gatal...
Masa tgh dok kalut-kalut malam tu memang tak igt lansung nak amik gambar Darwish... Gambar ubat ni pon, aku balik tgh hari tadi baru teringat nak snap.. tu pon sebab nak wat entry.. hehehhe...

*Darwish memang ade satu habit suka isap jari. tapi dia isap jari kalo ade bantal busuk dia jer. Tu sebab kalo lepas dia main kat luar, aku akan suruh dia basuh kaki tangan ape sume dulu, baru pegang bantal.. Bantal busuk dia tu pon, dah ala ala nak tinggal kain jer semata-mata. Kekabu sume abis dah ilang sebab aku basuh. Tapi aku perhatikan, antara Darwish dan Dina, kulit Darwish lebih sensitif berbanding kulit Dina. Sebab tu, Darwish selalu kena ruam..*



No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini