September 22, 2010

::HARI RAYA KETIGA::

Pulun niiii aku buat entry raya berjemaah...

Hari raya ketiga.. 
konon-konon dalam perancangan nak balik ke kampung..
Tapi hado lahhh...
Lucky aku kata, nak pegi beraya lagi umah kawan-kawan dia...
Akurrrr.... :(
Bukan ape, aku dah janji dengan si Rehan bom bom tu nak jumpa dia kat umah aku. Sebab nak ngambik BM dia tu hah... Pepagi limun si Rehan ni dah call aku tanya jalan nak ke rumah aku. Nasib baik lah, aku bagi guide yang betul2 dan dia faham... walaupun dalam phone jer sembang...
Akhirnya, sampai jugak dia ke rumah fink aku tu... Jumpa ngan Mak Abah aku n adik2 aku tu jer lah.. Kata si Rehan, mak aku jamu nasi impit ngan kuah kacang... hehehhe...

Masa sebelum tu aku dah rasa badan aku lain macam... 
seram sejuk... ujung dua-dua belah mata berair jer.. pastu rasa panas... tekak dah perit... kepala dah sakit... celah kelangkang aku rasa sengal-sengal.. Aku minta panadol dari MIL.. adik ipar aku mengucapkan.. 'WELCOME TO THE CLUB!"
sebab dia pon baru baik demam.. raya pertama tu muka dia tgk laa.. sembab jer.. demam...

Raya ketiga tu, rumah MIL aku skali lagi dipenuhi sanak saudara dan kawan-kawan adik ipar aku..
Kali ni, MIL aku dah malas nak masuk dapur, sume 100% dikelola oleh anak-anak dara dia.. Aku pon tolong tengok2 jer.. sebab badan aku dah rasa tak selesa... Aku dah jadi takde mood nak beraya...
Tapi rupanya, bila anak dara ramai didapur pon, tak boleh jadi jugak kalo tanpa orang tua yang mengawasi.. Perancangan soto yang kata nak buat, dah bertukar menjadi bihun sup! Mcm mana lah nasi impit yang direbus boleh hangit? Pelik bin ajaib aku.. Kesian tetamu yang menunggu konon2 nak makan soto tu.. kena lah makan laksa yang dah memang ada tersedia....
Tapi itu lah... tangan anak dara kan.. hehehhe.. Ai tak masuk list tau.. sebab ai tak tengok pon ape yang dorang buat... kui kui kui
Alih-alih.. sebab sampai ke petang, orang yang datang tak surut-surut.. Lucky aku pon, cancel nak pegi beraya... huh.. selamatttt.... Tapi esok nyer MESTI kena balik kampung!

Malam tu aku tido dalam keadaan yang sangat tak selesa.. 
Aku sakit badan.. lenguh sendi.. kepala sakit..
Tapi bila kata nak balik kampung, terus ilang sakit semua... automatik tau!
Tapi dalam perjalanan, aku sakit semula... lansung tak leh kena ekon.. satu badan aku menggigil...
Sampai kampung, suasana biasa... Tapi aku yang luar biasa...
Aku DEMAM... MIGRIAN...
makan panadol jer.. sebab aku tak mo pegi klinik... 
Bila badan dah segah sikit.. berpeluh sikit.. aku makan semahunya.. 
Tapi lepas 6 jam.. aku demam balik...
Pelik kan? Sakit.. tapi nafsu makan macam naga!
Mak aku cakap, ITU NAMANYA DEMAM SEKEPOI!!!
gambar ni, anak dara aku punya keje...



2 comments:

KM said...

Sian tengok ropo...dah cm org sakit setahun kekeke....jgn mare

.::CeK LaLa::. said...

@KM

hahahhahaha.. teruk beno rope nyer kan!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini