September 1, 2010

::FEEL FEEL RAYA::

Korang dah ade feel ke??
Harus lah khennn.. takkan lah takde perasaan pulak.. yer dak?
Aku feel2 nak raya ni dah ade la sikit2.. Walapon aku dah nampak anak bulan pada hari merdeka... Baju² raya alhamdulillah.. dah setel!! Sume dah complete.. Tema? HIJO!!!
Tempah?? ermm... takde makne nyer lahh!!
Aku kaut jer kat Jusco... Dah kebetulan balik Ipoh ari tu, aku belasah shoping abis-abisan kat sana. Malas lah aku nak pikir2 dah wey! Sakit kepala ni... 

Minggu ni baru ingat nak buat beskot... Ajer nyer kang aku buat beskot raya tengah2 malam... Hari minggu ni, aku berangan nak perosah yg bahagian depan. Gantung langsir.. hah! sejarah gantung lansir kan.. tak tergantung lagi langsir aku tuh.. Besi langsir tu dah expired!! paku pon dah tercabut.. nak kena drill lain bagi molek2 sket... pastu baru ade feel nak gantung langsir ciptaan ku.. hehehhe...

Tahun ni, feel raya ku agak kureng bersemangat.. Dari segi mental nyer lah.. Sebab tahun ni, turn raya umah MIL.. Sume adik beradik² aku, turn raya umh mertua masing². Cuma kakak aku yang dok Ipoh tu jer, raya kat umh Mak aku. Itu pon aku tatau bapa lama dorang bercuti kat sana. Pastu pulak, cuti lama bebaru ni, aku tak sempat pon jumpa adik beradik² aku yang lain. Dorang sume pakat balik buka posa ramai² ari tu. Tapi aku takde. Sebab aku balik Ipoh.. Memang timing tak kena lah.... :( Nak buat cemane, takde rezeki.
Mak aku lah kesian.. sedih jer dia sebab anak² (yg dah kawen) sume pakat beraya umh mertua. Memang tak leh la nak berkumpul skali semua. Anak² yang bujang ade lah. 

Mak aku ni, makin dia berumur, makin dia cepat sensitif. SANGAT lah tau!! Dulu mak tak mcm ni. Mungkin sebab anak² sume dah besar².. sume dah takde kat umah.. Kat umah tu, tinggal Mak & Abah jer... Bila sesekali balik, kalo boleh mak nak sume anak² dia balik berkumpul ramai²... Walaupon penat, aku tahu mak mesti seronok tgk anak cucu dia berkumpul ramai². isk..isk..isk.. aku ni bukan boleh bukak topik bab Mak Abah, mesti bergenang jer air mata....

Aku bukan tak faham ape yang Mak rasa, tapi aku tak tahu nak buat mcm mana.. nak luahkan kan suami aku, nak suh dia faham situasi mak aku... boleh ke dia nak faham?
Bila aku cakap kat mak, raya ke 3 baru aku balik umah mak, terus muka mak berubah. Mak kata, ape nak rasanya kalo dah raya ke 3 baru bak balik sini?
Mak siap bagi idea suh aku balik ke Umah mak sekejap pada Hari raya pertama tu. Balik dalam pukul 11 mcm tu, pastu petang2 tu balik la Ipoh balik. Kata Mak, ipoh bukan nyer jauh pon.. sejam jer....
Kalo korang ditempat aku, ape rasa hati??
Aku ni, tatau nak menjawab ape.. Aku sedih sangat2... (dah penuh tisu atas meja aku ni!)
Aku faham ape yang Mak mahukan.. Tapi mcm mana aku nak bagitau kat Suami aku?
Aku pon kalo boleh, Aku nak bahagiakan Mak... Aku nak senangkan Suami... Tapi ape  daya aku? 
Entah lah... Nanti aku cuba usulkan hal ni kat Suami ni. Mengharapkan dia memahami situasi aku... 

Hari raya, hari utk kita bergembira... Aku tak suka sedih².. Walaupun, situasi aku beraya dirumah mertua sangatlah berbeza...
Tengok lah nanti mcm mana... Ape cerita aku dihari raya?
Tunggu lah.. nanti aku akan ceritakan bila tiba harinya...

I Feel Good!!!




3 comments:

makdara TERDIVA said...

sabo cek lala..aku pun penah rase mcmtu..walaupun rumah PIL tingkat atas..dan 1 blok, mr. X tetap nak ikot turn kalau balik raya..nyampah ok! pastu penah sekali turn raya umah PIL, aku buat2 lupa..haha! b4 raya dah ca alip but rumah mak aku, then, aku ingat dia lupa..tup2 ptg nak raya tu, dia bantai angkut anak2 dia nak raya umah PIL..huhu! tensen tul..dahla anak2 aku tu jer cucu mak/abah..tp seb baek mak paham walaupun dlm hati dia sedih pagi raya kitorang takde..itulah raya paling takbest aku rasakan..

makcikrehan said...

itu biasalah.... nk wat camana kan. kenalah take turns. tapi aku moskil kenapa ko nak tibai sampai raya ke3 kat ipoh? ipoh dgn tepen dekat jer... ptg raya pertama tu patutnya ko dah buleh cabut balik tepeng wei!


hahaha.. aku ngajo ko jadi bini derhaka ka nih? ekekeke

Eman said...

msti org yg daa kawin mcm risau n xsedap ati nk beraya kan.
hmmm...

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini