August 12, 2010

::GELAGAT PUASA KAMI::

Hari pertama bersahur.. layan sorang sorang...
Sebab pukul 4 pagi, Lucky aku dah kena culik dek kawan dia.. 
Ape kes laaa pepagi sahur nak ajak Lucky aku kluar?
*perasaan aku memula tu laa sebelum Lucky aku citerkan hal yg sebenar pasal ape tetibe kwn dia ajak dia kluar pukul 4 pagi tu. Bila dh tahu citer, ermm.. ok! saya terima...*
Sahur hari pertama, nasi + telur goreng mata + bawang besar potong bulat goreng dengan cili api-taruk atas telur-curah kicap... Vesssssssss!!! sepinggan abis nasi aku...

Anak dara aku, beria benar dia nak puasa. Tapi sahur tu aku tak kejutkan pon dia. 
Bangun pagi siap nak p skolah, aku tanya nak susu tak? dia cakap tak nak.
Balik skolah, aku tanya dia, cikgu bagi makan tak kat skolah? Dia cakap ade. Tapi kakak tak makan pon. Aku tanya kenapa tak makan?
Dia ckp ape tau kat aku, "hishh.. ibu ni.. tak faham-faham ke, kakak kan posa!"
hurmm.. yer lah... suka ati kamu lah!
"abis kakak tak lapar ke ni?" aku tanya dia lagi...
"Tak.. Tapi kakak rasa mcm nak makan nasik dgn telo la ibu.."
#^%^^$%#%%$#%%^^$%$@@@!!%^
Balik umh, aku goreng telur dadar, panas kan nasi pagi sahur tu. Letak sos, letak kicap.. hah! abis jugak dia makan..

Buka puasa dengan lauk pauk yang dibeli di cafe USM...
Ikan kembung masak cili api + Sup ayam + sayur kacang goreng + ikan bakar & air asam + kuih buah melaka fav aku = RM8 hengget....
Balik umh aku cuma masak nasi...
Tak larat la nak masak memasak ni.. Tunggu ari cuti lah kot baru pikir masak-masak..

Anak-anak aku, sebelum kami start bukak puasa lagi dah dorang dah mengeletis gedik-gedik nak makan. Lapo sesangat dah la tu. Aku ingat dorang memain. Rupa nya betul!! Masing² dua beradik tu abis sepinggan nasi. Memula makan sendiri, pastu aku dah bising² makan memaian lah, bagi tumpah lah ape lah.. suruh aku suap pulak... Sebab aku suap lah dorang abis sepinggan tu. Kalo tak, memang banyak yang tumpah dari masuk mulut.
So, masa berbuka, ibu n papa berbuka dengan aman dan damai tanpa gangguan...

Tapi menyedihkan, hari kedua puasa, aku dah terlajak tido...
Aku sedar, dengar pintu pagar jiran sebelah dibukak. Bangun tgk jam, 6.30!! huhuhuhu.. 
termenung aku depan meja makan... tak sahur lah aku ni....
Aku rasa malam tu aku dah kunci jam. Tapi kenapa tak bunyik?
Malam tadi, kakak beria ckp kat aku nak puasa, siap ajarkan dia baca niat puasa. Tapi alih2 ibu pon tak bangun sahur... Bangun pagi tanya dia, nak puasa tak? Dia cakap nak, tapi kakak nak bawak air sirap p skolah. Aku cakap laa, org nak puasa tak boleh minum.. tak boleh makan. Lepas tu dah merajuk-merajuk. Haihh.. yer la.. yer laa.. ibu buat air sirap kat kakak....
Dah la malam tadi tido lena tak bape nak lena, dengan panasnye, dengan si budak Mamat tu plak tido lasak kemain! Abis satu badan aku kena tendang dgn dia.... Pastu kejutkan aku plak nak minum air.. Yang aku geram.. bisik2.. dia ckp nak air, bisik kat telinga aku.. "ibu..ibu.. nak air..." Adoiiii!!!

Aku kalo dh bangun, tido balik.. nak bangun balik.. mmg payah dah laa...
Itu yang agak nyer, lansung tak bangun² tu.. 
Patut la aku rasa kenapa aku tido lama sangat. Aku duk tunggu jam tu bunyi, baru aku nak bangun.. Alih-alih.. jam tak bunyi, sedar2 pukul 6.30 pagi.. hah amik kau!!!

3 comments:

makdara TERDIVA said...

samela..aku pun kalo dah bangun sahur, nak ambik feel tido balik tu mau sejam..huhu!

Nieza Ishak said...

kantoi dihari ke-2 ...
muahahahahhaah

aku pun tak masak ila, tapauuuuuu

mrs.ecam said...

alahai ciannyer...kesiangan ek...x smpt saho...xpe2....len kali kne buat 2-5 kali alarm la...klu x sdar gak ermm x tau la nk ckp

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini