July 15, 2010

::KISAH CUCU & WAN::

Aku kalo tgh tension.. tengah moody... Aku suka tgk video atau gambar² gelagat anak2 aku... Bila tengok dorang gelak-gelak, hepi-hepi, aku pon turut rasa terhibur.. Hilang sekejap MOODY yang aku rasa...
Video Dina baca Al-Fatihah...

Kisah pasal Dina baca Al-Fatihah ni, penah aku entry kan...

Kisah pasal baca Al-Fatihah ni, aku teringat kejadian yg pada aku agak lucu, tapi dalam masa yang sama, aku terfikir, adakah ianya kebetulan atau memang benar kanak-kanak adalah ANUGERAH yang istimewa....
Beberapa minggu yang lalu.. aku balik ke kampung dengan anak²... Kebetulan, sampai rumah Mak aku, eletrik takde. Anak² bertanya, kenapa rumah opah gelap. Aku cakap la umah opah takde api..
Masa tu dah lepas Maghrib, jadi Wan (abah aku) mesti lah ke surau depan umah tu. Mak aku plak memang takde kat umah. Dah ke KL sebab ade kenduri kat sana. Memang tujuan aku balik ke kampung pon sebab nak KL jugak. Pegi dengan abah pada esok nya.
Berbalik cerita takde letrik tadi. Masa dalam gelap tu, anak² aku memang behave especially si hero tu, sebab dia ni memang penakot gelap. Yang si kakak tak abis² dok bertanya, bila Wan nak balik dari surau.. bila Wan nak abis sembahyang... Bila aku tanya kenapa? Dia jawab, kakak nak jumpa Wan laa...
Wan balik dari surau, melepak lah dia dengan cucu-cucu kesayangan kat ruang dapo. Aku plak baring2 atas sofa rotan kat ruang depan. Mata dah kuyu nak lelap.. Yer lahh... gelap kan.. harus nak tido jer keje nyer!
Dari ruang tamu tu ade dengar la Wan dok jawab soalan-soalan dari kakak. Yang kakak pulak tak abis2 nak bertanya mcm-mcm... Adik pon tak kurang hebat.. sama-sama naik jer berebut nak bercerita... Sampai satu part yang sangat mengujakan aku.. kakak tanya kat Wan...
"Wan.. bila api nak ada ni? kakak rasa panas la..."
"Wan pon tak tahu lah kakak.. kakak baca la doa bagi ada api.."
"kakak tak pandai.. Wan baca lah..."
"ermm.. kita baca sama-sama..."
Wan dia pon baca lah Al-fatihah.. Si kakak pon ikut dengan suara yang kuat... Abis Al-fatihah...
 kakak... "alaa... tak berkesan la Wan!!"
Aku yang dengar ni geli hati dah..."tak berkesan!" hantu katon sungguh la budak2 ni..
Wan dia gelak-gelak.. tapi aku rasa sambil mata pejam tuuu.. sebab dengar suara pon mcm org yang nak tido jer... Lepas tu, Wan suruh kakak baca lagi... aku dengar jer dari depan...
Kakak pon baca lahhh.... kuat tau suara dia baca Al-fatihah.. walaupon agak ke laut segala tajwid sume tu.. Sampai abis dia baca.. dalam 2-3 saat lepas tu... Tiba-tiba kan....
Umah terang benderang! Lampu sume terpasang!! Sume mcm diam.. 
Aku plak yang jerit dari depan...
"YEAYYYY!!! BERKESANNNNNN!!!! KAKAK HEBATTTTT!!!!"
pastu terus kakak pon gelak2... lari2 datang kat aku...
"kakak berkesannn la ibuu!!!" melompat-lompat dia seronok...
Aku rasa mcm nak nangis waktu tu.. tah laa.. taktahu nak cakap perasaan yang ada dalam hati ni.. Wan dia pon gelak2 jer tgk kerenah cucu kesayangan...

Kadang-kadang perkara yang tak penah kita fikir tentang anak-anak, akan berlaku diluar jangkaan kita. Anugerah yang tak ternilai yang telah diberikan Allah Taala ini, insyaAllah hingga nyawa dikandung badan, akan aku galas tanggungjawab yang mulia ini....
Ibu sayang DINA & DARWISH.....

2 comments:

makdara TERDIVA said...

i pun suka tengok video yg dorang rakam guna hp cap hayam ni..

at least kuranglah rindu dendam kat dorang :)

KIDbrush® said...

lala, hape kata ang rakam ang tengah dangdut gelek 360°. musti ramai terhibur ngeee...


KiD ;) gelek gerudi!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini