July 27, 2010

::GAMBAR BERCERITA::

Ini hari yang bergaduh secara berjemaah tu.. 
Selesai bergaduh... Kakak merajuk tido atas sofa.. Adik kekenyangan, tido atas tikar... ibu lepak depan lappy layan cd, tgk tv dengan AMAN bin SENTOSA...

Ini port aku lepak/tido/mengangkang/baring dan sewaktu dengan nya. Tengok wall pinky pinky tu, harus lah kat opis... Agenda aku ni time rehat ajer yerrr.... tu pon sangatlah menjarang nak buat aktiviti bebas mcm ni...

Selalu mcm ni lah kalo aku lepas solat... berebut nak solat jugak. Kakak tu nak praktik la ape yang dia belajar kat sekolah. Sembahyang maghrib pon dia baca niat sembahyang subuh. Aterr... dah kat sekolah pagi-pagi sembahyang subuh dulu hari-hari... Baca pulak tu kemain la kuat nyer... Mcm mana dia buat kat sekolah, mcm tu lah dia buat kat umh...

Ini pulak pesyen budak Mamat sorang ni kalo dok dalam keta lama-lama...
Gambar kat atas tu, masa we all nak pegi makan. Sebelum tu, singgah econsave dulu beli barang dapo. Bebudak tu tak ikut, duduk dalam keta dgn papa nyer.. Ape lagi.. BORING la kan!!!
On the way nak p makan, dia hantam tido dulu satu round!! Nasib baik masa nak kejut suruh turun makan tu dia tak mengamuk...
Gambar bawah, hari nak balik ke kampung... Pon lentok baikkkk punya....

Ini antara air kegemaran aku kat kantin USM ni.. memang special punya sirap bandung! Siap berbuih tu yang tak tahan tu.... Tu belum tengok teh tarik ais.. Lagi mavvlessss!!!

Ini lah aktiviti mengetam dikampung.. Hari ahad aktiviti ni.. sebelum makan tengah hari.. Kami mengetam dulu secara beramai-ramai... memang la superb!!!

Ini antara orang-orang yang dah ilang keupayaan utk berhenti dari mengetam..
Abis mengetam, sambung pulak makan nasi...

- Air asam (sebesen)
- Ikan terubuk bakar
- Asam pedak ikan baung (double superb!!!)

And last.. anak dara saya yang sudah pandai menutup aurat ketika pulang ke kampung... Amin....

4 comments:

makdara TERDIVA said...

lala, sape paparazi yg skodeng gambo tido ko tu??? =P

kmieja said...

ila.....ko mkn ketam apa ilaaa...tunjuk ler gambor ketam gak...:)

mrs.ecam said...

huwaaaaaaaaa ketam ketam ketam...ikan...ikan...ikan...huwaaa maaakang budokkkkk...huuuuuuuuu

.::CeK LaLa::. said...

Mak dare: Itu lah!! moshkel betul.. sepupu dengan lipas bin tikus kot...

Mieja: Miejaaaaa... ketam tu tak sempat nak snap2! sebab keterujaan tu melampaui batas dah.. hehhe..

mrs.ecam: Balik kampung tiada istilah DIET!

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini