May 4, 2010

::ANAK SEDARA SAYA YANG 'ISTIMEWA'

Ini anak sedara saya, (anak kakak saya yang nombor 2)...
Nama dia Muhammad Adam Fahiim...

Kalo korang tgk, Adam Fahiim seperti kanak² yang normal kan??
Tapi sebenarnya Adam Fahiim adalah seorang anak 'istimewa'...
Kalo tengok dari segi rupa paras Adam Fahiim seperti kanak-kanak sindrom down..
tapi sebenarnya Adam Fahiim bukan sindrom down, Adam Fahiim mengalami 'APERT SINDROME'.
Sindrom yang jarang² sangat berlaku... 

Aku tak pandai sgt nak citer pasal Apert sindrom ni. Kalo nak tahu lebih lanjut, korang boleh search jer kat pakcik gugel "Apert Sindrome" dan korang akan dapat jawapannya.. ehehhe.. mudah bukan?
Aku memang dah lama berhajat nak buat blog pasal 'istimewa' nya Adam Fahiim ni...
Dah dok bincang² dah dengan kakak aku... Sebab kakak aku seboleh-boleh nak kumpul sesape yang punya anak yang sama "istimewa" dengan Adam Fahiim, kakak aku cadang nak tubuhkan satu organisasi khas utk penyakit ni. Sebab kat Malaysia belum ada.
Tapi kekangan masa tu yang membuatkan aku terbantut nak buat...
Tapi, kakak aku ade facebook. Dah ramai Adam Fahiim dapat 'ibu angkat' 'kakak angkat', 'adik angkat', 'abang angkat' yang 'istimewa' seperti Adam Fahiim. Kalo korang nak berkenalan dengan kakak aku, nak tgk gambar² adam, atau nak tahu ape² jer pasal 'Apert Sindrome' ni, korang add la kakak aku tu. Dia ok.. havoc dan cun macam aku gak... ahakss!!

Ok, aku tunjukkan antara gambar² Adam Fahiim...
Ini masa Adim Fahiim umo sebulan.. Operate hidung di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.. Sebab Adam dilahirkan tanpa sebelah saluran hidung.

Ini yang paling sadis.. Masa ni umo Adam belum lagi setahun rasanya. Adam kena operation lagi untuk cantumkan lelangit dia. Memang sedih sangat time ni, sebab agak lama kedua-dua belah tangan Adam WAJIB dipakaikan pembalut kayu khas utk mengelakkan Adam masukkan jari ke dalam mulut.

Ini tangan Adam Fahiim... dua-dua belah mcm ni tau.. bercantum macam duduk dalam sarung... InsyaAllah, penghujung Jun 2010 ni, Adam akan skali lagi masuk operation room utk pisahkan jari² dia.. Sama-sama kita doakan semoga pembedahan Adam selamat.

Ini kaki Adam Fahiim. Pon bercantum... Tapi kakak aku cakap, mungkin kaki Adam tak buat operate sebab skang pon Adam dah boleh berdiri dengan elok. Cumanya, tapak kaki Adam tak berlekuk mcm kita yang normal ni.

Adam masa umo bape bulan tah.. tapi tetap mencomel kan??

Kalo sesape perasan, mata Adam ada sikit macam terjojol mcm tu kan? 
memang semua pesakit Apert Sindrom ni mengalami masalah yang serupa. Tapi Adam kira bertuah, sebab tak ketara sangat.

Kelihatan seperti Adam tak aktif kan??
Tapi sebenarnya... Adam saaaaaaangat aktif ok!! 
ni gambar curi ni. Ateh nyer yang snap (aku ler tu). Adam tertido atas lantas. sebab penat sangat main..
Tido pon mcm tak tido kan? sebab mata tak tertutup rapat. 

Dan ini adalah ADAM FAHIIM yang sekaranggggg!!!
umo dah setahun lebih dah... eh ke dah nak masuk 2 tahun? heheh.. tak igt...
Sangat comel!!
Sangat Aktif!!
sangat garang!!
Sangat pelawak!!
Aku sukaaaaa!!! Comel gila Adam ni!!!!
Dan ini AKSI terbaru Adam masa balik kampung last week...
relekss jer ok! buat tungging buyung, pastu lepaskan tangan...
lagi orang marah, lagi org tak bagi buat, laaaaaaaaaaagi dia buat...
COMEL tak???
Walaupon Adam Fahiim tidak sempurna seperti kanak² lain, Tapi adam tetap yang paaaaaaaaaaaling istimewa untuk kami sekeluarga... Dia lah penghibur kami bila kami semua berkumpul ramai²...
|
|
|

2 comments:

makcikrehan said...

besar dugaan kakak ko nak besarkan Adam kan. aku kesian bab-bab kuar masuk bilik bedah tu la. kalau tak kuat hati, mmg menyerah kalah sokmo. Tapi aku kagum sebab korang sumer berbesar hati dgn dia. walaupon fizikal dia mcm tu, dia tetp comel bayangkan kalau dia normal, merembes abis anak dara satu malaya! hihihih

.::CeK LaLa::. said...

Rehan.. betul, sangat besar dugaan nyer. Masa mula² memang kakak aku sangat payah nak terima Adam.. yerlaa, dalam family kami tak penah lagi menerima baby istimewa mcm Adam ni. Tapi kakak aku kuat, dia banyak bertanya dgn doktor².. dia banyak buat reaserch sendiri pasal sakit Adam. Dan sekarang, Alhamdulillah.. kami terima seadanya. Adam memang sangat sangat istimewa utk kami sekeluarga.

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini