May 3, 2010

::AKU BAGI ANAK MAKAN MEGI??::



Yer... aku tauuu.. tak elok makan megi selalu... AKU TAUU!!!
Tapi... korang tak tahu mcm mana masalah nyer aku nak bagi anak dara aku ni MAKAN!!
Dina ni ade masalah dgn pemakanan....
Dia susah makan nasi...
Dia susah nak minta makan...
Dia susah nak bagitau kata LAPAR...
Aku sendiri tak tau bila masa dia lapar.. bila masa dia nak makan...
Nak nak.. sejak dia dah sekolah ni.. Laaaaaagii lah payah nak makan...
Kalo aku amik dia dari sekolah jer, mesti berperang dengan aku dalam keta..
Sebab.. bila aku tanya, Kakak makan ape kat sekolah tadi?
"Kakak makan loti jer..."
"Roti jer? kakak tak lapar ke?"
"kakak nak makan tak?"
"TAKMAU!!!" dia jawab okeh...
ape kau rasa??
Aku kena tanya dan paksa jugak dia bagitau nak makan ape, sebab satgi aku  risau takut kat umah pengasuh nanti dia tak makan.. Yer lah, aku hantar dia pon dah nak dekat pukul 2. ade ke lagi nasi2 tu ape sume? Abis kuat pon, aku balik umah, masak nasi satu pot (letak ats dapo gas cepat sket masak), goreng telur, buh kicap, buh sos tomato, bawak p umah pengasuh...
Kalo tidak, dia memang takmau makan... aku taktau lah pasal ape...
takkan nak diet kot? huhu!

Tapi kalo dia kata nak makan ape², aku kena tunai kan.. Tapi tak sempat lah aku nak masak, singgah kedai lah beli... Kalo dah sampai ke rumah tu, tak koser dah lah aku nak kluar balik. Harus lah aku masak nasi, gorenng telo, bawak p umah pengasuh...

Lagi satu kalo makan spagheti, dia bukan mau makan spagheti letak kuah ape sume, dia nak pasta yang kosong tu, pastu letak kicap.. makan dgn penuh selera ok!
Kalo dia MINTA nak makan ape².. aku kena lah buat seperti yang dia nak.. tak boleh lebih atau kurang.. mesti sama sebijik! kalo tidak nanti dia melajukkkk takmau makan...

Megi ni pon, bukan selalu aku bagi dia makan.. Dia pon bukan selalu minta makan megi...
Itu pon bila dia tunjuk bungkusan megi dalam almari dapur... dia cakap ape tau...
"ibuuuu... kakak lase nak makan mimi yang tu lah.. yg..yg..mcm air tu..."
'Mimi' tu adalah panggilan mee utk semua jenis mee yang ade, termasuklah kuetiau... tapi kuetiau tambah putih kat belakang, jadi 'mimi putih'. biasa nyer yang dia makan 'mimi sup' jer lah...
So, bila dia minta nak makan megi mcm tu, aku kena buat.. Tapi aku tak rendam.. aku still masak air sampai mendidih, masukkan perencah megi tu suku jer, pastu aku masukkan suku bar kiub ayam... then sayur ape sume tak nak.. kosong mcm tu je... HABIS LICIN okehhh!!!
"Shedap lah ibu!!"

Banyak lah songeh kamu kakak!!!

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini