April 14, 2010

::LIFE BEGIN AT 40! REALLY??::

Baru jer lepas baca artikel ni.. dapat email dari seorang teman yang sgt2 mesra dgn CekLaLa..
Dia panggil saya IBU.. hehehhe.. Thanks Ummi...
artikel ni sgt menarik tertarik kababommm bomm poww!!
So, kawan² sekalian yang dihormati... ibu-ibu.. bapak-bapak... teruna-teruna idaman.. gadis-gadis rupawan...
marilah membaca.... SANGAT bermanafaat utk kita semua...

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita.
Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat
baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan
perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham
mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk
memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang
betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza
antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang
jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya -
tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan
semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding
lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis
yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang
sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat
hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap
mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik.
Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada
usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang,
tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang,
lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40
inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah
(maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang
sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki
setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan
andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa:
suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami
kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian
seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab,
bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru
adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain
ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa
mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita
pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam
banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab
itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki
dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan
can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan
sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar
biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata
dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi
suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan
kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang
sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak
minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami
merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan
dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik
tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai
itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di
katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun
menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah
beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi
mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab
kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari
di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di
bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan
reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh
cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh
bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar
semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu
harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut
tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami
berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun
hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia
40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona.
Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi
'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami
pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri
rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri.
Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir,
menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam
Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak,
tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt
Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah
menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni.
Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah
berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si
Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap
hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita
lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami
pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan
suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri
menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari
lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut
ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang
isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat,
suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari
tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di
kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di
kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual
capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa
pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan
bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China
purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah
pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi
pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau
lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal
belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh.
Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur
barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling
manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang
lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu.
Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat
isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami
sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak.
Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan
air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin
mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata
abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau:
"Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik
tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti
selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak
sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam.
Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau
haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada
bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang
memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada
minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas
tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar
tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau
minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri
kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!


Komen Cek LaLa:: ermmm... tatau nak cakap ape... sebab belom masuk 40 age lagi... huhu! tapi bulan 7 ni dah masuk 30!!! Huuwwaaaaa!! lagi 10 tahun tuu.. tak lama jer lagi... ape2 pon.. tgk jer lah nanti.. sape mencakar sape.. Auuummmm!!! Ngiinyauuuu!!!
|
|

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini