January 1, 2010

::REVIEW 2009 & HAPPY NEW YEAR::

Ini adalah entry auto muncul...
Sesaje lah aku pilih tarikh tahun baru.. sebab nak wish
SELAMAT TAHUN BARU 2010 pada semua pembaca blog Cek LaLa...
Walopon aku tau blog aku idok ler seglemer mana...
Tapi aku puas.. sebab setiap hari rating pengunjung tak penah statik..
Ramai yang terjah pon dari hasil pencarian di Makcik Gogel...
Hakakk tak kesah dik nonnn...
Janji blog hakakkk org masuk... kannsss...

Okehh.. nak bercerita sket al kesah tahun 2009
Review 2009 lah kata org...
Ok.. dimulakan dengan...

<||BLOG||>
- Entry tahun ni adalah lebih sket berbanding entry tahun lepas... kenapa yer?? ooo.. mungkin nak mengejar 16K yang mcm Zalia n Rehan tak lupa gak Kak Mah yg duk kecoh2 kan tu kot.. Tapi aku idak laaa mengharapkan sampai 16K tu.. Harap sampai aku dpt beli lappy sebijik pon jadi lahhh!! Tapiiiiiiii... sadis nyerr... sehingga ujung tahun, jgn kata sampai tahap nak beli lappy, nak beli mascara mebbeline tu pon tak lepas2 lagi.. huhuuhu!!
- Ape² pon tahun 2009 ni adalah jarang sgt lah aku nak wat entry lepas perasaan atau meroyan tak tentu hala... Sebab aku dah tua.. kekkeke.. dah macho la sket bab2 bloging.. wahhh!! Tapi ape guna nya ade blog kalo bukan utk melepas perasaan kan.. so, aku pon tidak lah melepaskan peluang... hehehhe... *faham ke tidak, itu lantak korang!*
- AKU SAYANG BLOG AKU!! kakakkakaka!!

<||LIFE & KERJA||>
- Dikelilingi masyarakat jiran yang ada up n down nyer peel.. tapi aku bukan nya jenis yang reti nak bertenggek didepan2 rumah org becerita tentang hal org tu.. hal org ni... Dunia aku hanya di Opis, Rumah semi D atau balik kampung... Biarlah org nak kata aku ni tak bermasyarakat, yang penting, kalo ade jiran yang sakit, kenduri atau majlis ape², dijemput dan aku akan ziarah...
- Duit?? biasalah.. nama pon duit... sume benda nak kena dahulukan duit.. Takde duit, ko duduk diam² gigit bantal... tahun 2009, belum tercapai hasrat nak miliki side income sendiri.. Azam tu akan aku fwd ke tahun 2010.. insyaAllah... Takde keinginan yang tak tercapai selagi usaha itu ditangan kita... Melainkan kita hanya duduk diam menanti, mungkin keinginan tu akan lebur bersama angan² yang kita cipta sendiri...
- Kerja aku tahun 2009, agak boleh melepasi tahap piawaian kemalasan tahun lepas... Cuma rekod kedatangan agak merosot, sebab aku sokmo masuk keje lewat!! huhuh.. tapi aku balik lambat okeyy!!

<||RUMAHTANGGA||>
- Alhamdulillah... Tahun 2009 rumahtangga aku telah mencapai usia 5 tahun... Mungkin masih dalam tahun 'orentasi' tapi dah ujung² laa... Syukur sangat... segala rintangan, dugaan dan cabaran, kami berjaya tempuhi... Syukur kehadrat ALLAH SWT yang telah memakbulkan doa-doa kami... Semoga ikatan ini akan terus berkekalan hingga ke syurga... Aminnn...
- "Adakalanya Allah hilangkan sekejap matahari, DIA datangkan pula hujan, ribut dan petir. Kita berdoa dan berharap moga matahari itu muncul kembali. Tapi rupanya, ALLAH hendak menggantikannya dengan pelangi yang indah..."

<||ANAK-ANAK||>
- Anak² semakin membesar dan semakin banyak kerenah yang boleh buat aku migrain... Tapi ada jugak kerenah depa yang buat aku happy.. tak la selalu aku kena migrain pon... dorang dah cerdik, dah boleh minta itu ini.. dah boleh diajak sembang.. dan paling tak boleh blah... asal dorang tgk perut aku buncit jer, kata ade baby!! Haduhhhhh!!! bukan sekali, tak berkali kali!! Aku takmo lah bagi harapan palsu kat anak² aku.. aku cakap la perut aku ade angin.. sebab tu buncit....
- Tahun 2010 Dina akan aku hantar ke sekolah tadika... bermula lah agenda baru dalam diari kehidupan seharian aku... harap² Dina akan happy bila bersekolah nanti.. Dan harap sangat dia boleh bersikap lebih matang.. sebab kat rumah lately ni, Dina sangat lah cengeng!! silap sikit nak nanges.. nanges pulak tu mcm org kena dera.. mana aku tak migrain!
- Nak tambah anak?? errmmm.. memang keinginan aku pon... Tapi belum ade rezeki, nak buat cemane... Tunggu jerr...

AZAM TAHUN 2010::
- Nak jugak ada side income...
- Nak beli Lappy (impian:: Hp mini jer pon..)
- Nak beli microwave...
- Nak bercuti sakan satu family...
- Another azam, akan aku keep it secret... hehehe.. namo ckp awal² kang tak menjadi... tunggu bila dh menjadi.. akan ku hebahkan seantero maya!! wakakakkakakaa!!


ANYWAY...
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA ANDA SEMUA!!!
|\/|/\/|\/|
\/|\/||\/|/\/|\/|\/|\/|/\|\/|\/|\/|\/|\/|/\/|\/|\/|\/|
|
|
|

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini