September 29, 2009

::RAYA OWH RAYA!! (1)::

Seperti yang dijangka, raya tahun ni, aku beraya di rumah Bonda ku di Kampung Jawa, Trong, Taiping...
Betapa senang hati hamba!!!
hahahahaha...
Dan raya tahun ni juga adalah raya yang seronok bagi aku walopon ujung² aku tak posa! huhuhuhu!


Sehari sebelum hari raya, adik beradik aku sume dah balik, kecuali family kakak aku yg dari Ipoh. Dorang beraya dulu di sana.
Pic kat atas tu, sesi mencabut bulus ayam. Anak bujang terlajak mak aku tu laa.. tiba2 teringin nak makan ayam kampung! Mak aku suh tangkap 3,4 ekor ayam kampung yang ada kat dalam reban... Nak tangkap sekor ayam pon, sampai berpeluh! berkejaran keliling ghumah! tu tak termasuk dgn pijak taik ayam selepet dgn meniarap apa suma!
Rugi time tu aku tak amik gambo.. sebab masa tu aku tgh siapkan kueh raya. Kue raya last minit namanya...
Tapi memang riuh rendah lah dengan abah aku, adik aku, abang aku, anak² sedara suma pakat kejar ayam. Sampaikan ayam tu surrender lah pegang bendera putih! hahahahahaa!



Ini adalah juri awam yang mengadili pertandingan mencabut bulus² ayam ittew!
memang dara sunti betul anak dara ku tu.. bersimpoh bagai!


Org yg tak berbaju tu lah anak bujang terlajak mak aku... badan dia terpaksa aku pangkah kan dgn kotak 4 segi sebab badan dia agak buruk dan mengerikannnn... egegeggegegee....



Habis acara luar umah, acara dalam umah plak..
sesi memotong daging, potong ayam, dan siapkan juadah buka posa hari terakhir...
Seronok betul rasa!
umah kat kampung dah luas, pergerakan kat dapo pon dah bebas. Tak lagi berhimpitan dan berlanggaran sesama ponggong!
Memang mcm ni kami setiap kali sebelum raya, masuk dapo dari pagi sampai ke malam tak abis²...
Masak rendang sampai 3 jenis rendang, rendang ayam, rendang daging dan rendang siput lala.. erkk LALA? not me hokey!!
Juadah berbuka sempat lagi buat menu Laksa Mee...
Makan ramai² adalah sangat gumbira! Tapi aku kena dok kat depan time orang bukak posa.. sebab aku tak posa!!
huuuuuuu!!


Malam tu, sesi perang mercun plak! perang sedara kata nya.. sebab lawan dgn umh sedara aku seberang jalan tu jer hah!
Adik aku bawak balik mercun dari Padang Besaq sorok bawah tayar spare! sib baek la hang dik....
Anak² sedara adalah yang paling happy dapat main mercun... termasuk anak dara ku.. tapi tidak anak bujang ku... kenapa yer??
sebab anak bujang aku tu penakot ya amat dgn bunyi² meletop ni.. bunyi mercun kecepek kecepek tu pon dia lari masuk umah duk diam... wat malu betul!

okey selesai satu...
|
|

3 comments:

Noy said...

Wah meriah..nape lah waktu me balik umah FIL kat Negri Sembilan last year,suasana tak semeriah tu?Sumer adek beradik my hubby dtg on 2nd day raya..sungguh sunyi..

Rashid said...

salam lala..
kasihan ayam tu..dicubit-cubit..
dahle mencubit sambil tawa pula tu. eeeee...

.::CeK LaLa::. said...

Noy::bila berkumpul ramai² memang best...

Cikdu Rashid::Hai CR.. selamat hari raya... hehehe.. bukan cubit ayam tu.. cabut bulu nyer jerkk.. gelak² tu sebab nak amik gambo jer... :P

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini