August 7, 2009

::Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah::

pika14

Secara jujurnya.. suami ku memang mempunyai sifat² azali yang sebegini...
Diawal tahun pertama mengenali beliau.. memang sangat menyesakkan fikiran dowww!!!
Tiap kali jumpa jer ade jer benda nak digaduhkan, nak ditengkarkan... *sebab byk problemo tak blh diterima pakai*
Tapi setiap kali bergaduh, kami tak pernah ckp nak putus pon..
Still bersama sampai lah skang....
Hingga ke hari ini... dh 5 tahun bersama, masih lagi ada sisa-sisa sesak fikiran kalo mai angin meroyan aku..
aku ponn... mulut tu tak reti nak senyap!
Melawan no 1!
Tapiiii... hepppp... ade tapiiiiii nyer....
Aku melawan dalam sms jerrr...

blogger-emoticon.blogspot.com

Bila aku kena marah depan² ngan dia, aku akan diam... diam sampai meleleh-leleh ayor mate ayor ingus sgale....
Kebanyakan lelaki kan.. bila dah puas marah², amik kunci keta, blah kluar umh! kan kan kan...
Tapi lepas tu kaluuuuuu... dia dh kluar... aku capai hp... ketik! ketik! ketik! aku dok type sms! nah kauuu.... 6,7 pages tanpa henti aku hantar!!! ngeh ngeh ngeh..
pastu berlawan-lawan lah sms... ayat dia sebaris.. aku balas berbaris-baris sampai 6,7 pages!!

blogger-emoticon.blogspot.com

itu lah aku kannnn... NGOK jugak kadang² tuuu...
takmo kalah....

blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi lately ni, angin NGOK NGEK tu dh semakin beransur pulih...
Semakin hari dan setiap hari, aku belajar apa yg dh kami lalui...
Aku belajar memahami dia, walupon kdg² dia jarang nak faham aku!! around
Takpaaaa... yang penting aku TETAP CINTA SAMA DIA!!!

blogger-emoticon.blogspot.com

Intro meleleh siotttT!!! hehhehee.. padahal tajuk menatang lain.. menatang lain yang diciter nyer!!
tahapa betui!!!
Ok! Kat bawah ni, ada tips² yang bagus utk melayan kerenah suami yang punya sifat seperti tajuk di atas...
Banyak diantaranya dh aku experimentkan...
CHECK IT OUT!!!


Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.


::CREDIT TO TENTANG CINTA::
ENTRY NYA DI SINI

3 comments:

ONE ZABA said...

hamboi...hamboi...sedap ngata nampak!!!

.: mama cute :. said...

mmg pong le orang laki susah kita nak tau depanye interest.. apa depa mau pon kita tak tau.tencen2..ekekke. tapi jangan tak tau.. hat yang tak perfect tu la yang melengkapkan diri kita yang tak baper lengkap lagi tu..err..paham kah maksud den ni? wakakakka

anyway, nice entry..

.::CeK LaLa::. said...

OneZaba:: Masa bila mengata?? takde.. takde...

mama cute:: hehehe.. faham.. fahamm... tp mcm betul jer kann... ^_^ hehehehe

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini