August 24, 2009

::HATI KU YG GUNDAH::

Perlu ke aku bercerita??
Perlu ke aku mendedahkan??
Tapi aku takde bukti bergambar...
Takut nanti dikatakan membohong pulak...
Tapi.. bulan yang baik macam ni.. utk apa aku merekacipta cerita bohong... kan?

*******************************************************
Suami ku sakit....
Apa sakit sebenar aku tak pasti...
Sudah 2,3 hari dia tidak berkelakuan spt biasa...
Sikapnya membuatkan aku resah... Aku seperti takutkan sesuatu...
Takut akan kehilangan dia...
Tapi riak wajah ku tidak sedikit pon menunjukkan apa yang aku rasa...
Aku tak mahu Suami aku rasa down bila tgk aku murung...
Aku tak nak dia rasa apa yang dia fikirkan tentang penyakitnya akan jadi kenyataan...
Seboleh-boleh aku tak nak dia memikirkan tentang penyakit yang belum tentu ada benarnya walopon simptom² utk mendapatkan itu ada...

Awal pagi 1 Ramadhan...
Lebih kurang jam 12 tgh malam.. suami aku masuk bilik...
Memang malam itu cuaca agak panas.. Dalam bilik terasa bahangnya walaupon petang itu ada hujan renyai²...
Aku jugak tak betah tido.. anak² jugak kelihatan mengelisah... Tapi aku cuba jugak pejamkan mata demi memikirkan jam 4.30 pagi nanti aku nak bangun buatkan sahur utk suami.
Tiba² aku perasankan suami aku bangun kluar dari bilik. Memang dia biasa mcm tu.. Kalo panas dalam bilik, dia akan kluar tido disofa. Aku tak kesah pon...
Tak lama lepas tu.. Suami kejutkan aku... perlahan sangat suara dia.. terus dada aku berdebar... mcm2 soalan kluar dari kepala aku.. ada apa ni??
Aku keluar bilik tengok suami aku bertinggong depan pintu umah dgn pintu sliding tu dibuka luas²... Aku tanya kenapa?
Dia suruh aku urutkan belakangnya... kata dia.. tak boleh bernafas... dada tersekat-sekat... masa tido dalam bilik tadi, dia tak leh tarik nafas... dada dia tersekat dia rasa...
Aku berisghtifar dalam hati... 'kenapa dgn suami aku?'
Aku tanya dia.. apa yg dia makan tadi.. sbb malam tu memang aku tak masak apa².. anak² pon makan nasi lemak yang aku beli selepas suami kluar jam 8 mlm. *ekceli, aku ade sikit sentap dgn suami pada sebelah siang tu.. jd aku boikot utk masak..*

Kata suami.. dia tak makan ape² pon malam tu.. terus aku assume, suami aku mungkin hanya masuk angin... terasa bersalah menyelinap ruang hati.. Aku buatkan milo O panas utk suami... aku suruh dia minum sikit utk mengisi perut...
Aku amik lotion mustajab.. sapu diperut dia.. ulu ati.. dan belakang badan.. dgn harapan dia akan lega bila angin kluar...
Memang dia ada sendawa.. kentut tak pulak... dia suruh aku urut kaki dia.. kata dia.. kakinya lenguh².. aku rasa kaki dia sejuk... tapi dia tak bagi aku picit.. ngilu katanya.. disuruh aku urut² perlahan-lahan...
Dia tetap tak betah duduk.. baring tak kena... bersandar tak selesa.. berdiri lama² tak boleh.. dada dia rasa sempit... yang dia selesa.. duduk mencangkung dan menyedut angin luar... Waktu ini anak² aku dh bangun... Dorang ni, kalo rasa aku takde kat sebelah.. memang dorang akan bangun mencari aku...

Tiba² suami meminta aku salin pakaian elok sikit.. dia suruh aku drive kereta bawak dia jalan² sbb dia nak amik angin luar... Aku tgk jam masa tu pukul 4 pagi... kat luar suasana memang sejuk.. sbb ujan renyai².. tapi dalam rumah aku panas.. hairan betul! Aku start kereta.. hangkut anak² aku yg masing² tgh blur dok tanya soalan.. mana ibu nak bawak dorang malam² ni...
Sudahnyer.. jam 4 pagi.. org dok bersahur, kami anak beranak meronda kat highway... Aku bawak dorang pusing²... suami aku rasa mcm lega sikit aku tgk.. Yer lah.. melentok tido!! Jenuh laa mcm ni kan... nak kena meronda bawak naik keta.. bawak jalan² amik angin luar.. baru nak rasa lega.. org yg dok drive ni mengantuk tak tau nak kata!! *rungutan dlm ati jorkkk* heheheh!

Sampai dirumah, masih ada waktu bersahur... aku minta suami makan nasi sikit... *malam tu aku dh masak nasi dan rebus telur asin*.. Suami makan walopon hanya 2,3 suapan... tak blh masuk dia kata.. aku bagi dia makan panadol dan suruh tido..
Wekend tu adalan wekend melepak kami.. seharian kami hanya lepak di rumah. Memang betul² tak kluar kemana-mana.. Anak² sampai boring asek duk dalam umh jer.. Aku bagilah drg kluar main basikal di garaj. Lagipon, sabtu tu seharian hujan ajer... Suami pon asek tido jer.. rokok pon dah tak isap.. eh! siap jugak sabtu mlm sebatang.. ahad petang lps berbuka sebatang...

Hari ni suami, masih dalam keadaan yg tak seperti biasa... Pagi tadi datang keje mcm biasa... cuma dia rasa badan mcm lemah... Tapi dalam pukul 9 dia call aku ajak pegi klinik sbb dia nak buat check up. Kata dia, dia rasa semput dan susah nak bernafas waktu dia naik tangga ke tingkat 2 bangunan ofis dia pagi tadi. Dalam hati aku dah risau pasal hal lain...
Aku ikut juga dia ke klinik...
....berjumpa dgn doktor..
...buat pemeriksaan...
bla...bla...blaaa...
Kata doktor... suami aku mungkin terkena gastrik!!
Pelik!
Sebelum² tak pernah pon suami aku kena gastrik.. memang penah dia mengadu sakit perut.. pedih ulu ati... tp aku tak penah syak itu gastrik..
cerita cerita lagi.... bla.. bla.. bla...
"...dia takut kalau ade masalah jantung, doktor..." Akhirnyaaa!! terkeluar jugak soalan itu dari mulut aku setelah bersoal jawab mcm² antar suami dan doktor...
Kata doktor.. "tak mungkin masalah jantung.. sebab sy check. paru² dia ok.. tekanan darah dia pon normal.. kalu jantung, selalunya pada peringkat usia lebih... Tapi elok juga kalo en. azrol berhenti merokok waktu² mcm ni..."
Aku tersenyum melihat suami...

Masuk kereta, suami tersengeh-sengeh kat aku.. "hah dah sehat ke??"
"Ayg gastrik ibu.. bulan posa plak tu..." kata suami disusuli gelak² gatal dia tu..
NYAMPAH AKU!!! dah la dapat MC.. suke la tu.. lepak2 kat umah...

Suami mcm biasa.. cuma tak aktif mcm selalu...
Aku tetap masih risau... Ya Allah...

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini