July 2, 2009

::KEMAS UMH,JMP HARTA ESMET ULAM RAJA::

Aku balik kampung last week adalah sebab utk menolong mak abah daku mengemas umah...
Adalah dijadikan citer, umh mak abah ku dikampung sedang dinaikkan taraf menjadi kondo mewah 4 tingkat, dengan bercirikan lanskap ala-ala jawa tengah, beserta dengan kolam renang...
Korang percaya tak??
Tolonggggggg lah jangan percaya segala imaginasi ku itu!! Nyehhhhh....

Umh mak abah aku mmg tgh dalam proses pengubahsuaian dr papan dinaikkan batu bata... Ya lorr.. umah kat kampung tu dh uzur... papan-papan nyer abis dimakan anai-anai.. banyak dinding² yg terlopong sana sini... Banyak benda lah yg dah buat termasuk bukak ruang dapur bagi luas dan ganti bumbung... Sume tu abah aku buat sendiri sambil dibantu oleh tukang dari kampung aku yg abah upah... Sian abah... Memang penat tgk mak n abah dok bertungkus lumus buat umah tu. Kami? hanya mampu balik dihari minggu menolong apa yang patut.

Minggu lepas aku balik, mak bitau, darah dia naik tinggi. Mak aku mmg pon ade high blood preasure. Sian mak! Tapi nak wat cane, kami bukan org kaya yg blh mengupah org utk selesaikan sume benda. Aku setiap hari telifon mak bertanyakan keadaan umh dan mak. Tu pon aku suh nak buat yg ringan² jer.. Simpan dan tunggu ari minggu kami adik beradik balik buat. Tapi mak aku tu, jenis yg tak suka tgk bnd2 berselerakan.. Dia rimas. Lebih baik dia buat pelan-pelan dari nak biar benda² tu berselerak.

Minggu lepas aku n adik aku yg keja di Padang Besar balik. Kami cat umah dan kemas bahagian belakang umh yang penuh dgn barang² keperluan dan stok² lama yg mak suka simpan. Mak aku ni terkenal dgn perangai 'sayang barang'. Sume barang², pinggan mangkuk, periuk belanga, tapewer² yg versi lama² tu, slagi dia blh simpan.. dia akan simpan! Tu yang kadang² buat abah aku penin kepala pk mana nak p sumbat barang² tu suma.
Ari tu, kami balik, ada jugak lah yg mak aku terlepas pandang, kami humban dlm lubang sampah. Benda dah lama² bakpa lahh nak simpan lagi kan... Tapi ada diantara barang² tu yg menarik perhatian aku.. Yang aku rasa, zaman² skang susah nak carik...

::Cuba teka ape nama bndalah ni.. ianya sejenis pam::

::Ini bekas air masa zaman jepang masuk malaya::

::Ini nama dia batu tungku.. not TENGKU yer.. Batu turun temurun ni...
Aku pon penah dah merasa bertungku guna batu ni.. Sedap wooo!!::

::Hahhh!! Sape penah guna iron ni??::
Aku tak penah guna.. tp aku penah tgk kakak aku guna..

::Ini aku panggil lampu ayam. Sebab dulu abah aku buh dlm reban ayam::

Lampu goslen yg kena pam² baru nyala mestol dia tu, mak aku dh jual. Lama dah..
2 bijik plak tu.. Abah aku punya lah bising kat mak!
Benda lain taknak jual.. benda tu yg susah nak carik yg dia jual..
hehehhehhe... mak.. mak...

Dan ini lah harta karun yg paling berharga!
Motor honda cup 70!
Motor ni banyak berjasa pada aku ngan family...
Abah aku sayang sangat ngan motor ni..

Masa kami tgh sebok dok berkemas, anak² aku mmg sangat gumbira dan bahagia
bila dapat peluang main² pasir, main² kayu, main² apa saja yg nampak didpn mata drg.
"BIARKAN ANAK BERMAIN"
itulah yang aku buat.. mmg puaslah drg berdua dapat peluang keemasan mcm tu..
Siap main tabur² pasir atas kepala lagi yg tak tahan tuuu...
Abis jer aku siap menyimpan, terus aku menyental budak 2 org tu pulak dlm bilik air...
heshhhhh... tgk lah!






No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini