July 29, 2009

::BERITA TERKINI::

Jangan panik... Ambil langkah berjaga-jaga...
cuma yg tak syok.. dkt text yg aku dah BOLDkan tu..
huuhuhuhuhuuu!!!!

HOPEFULLY EVERYTHING WILL BE FINE!!!


----- Original Message -----
From: "ROSNI BINTI HASAN" <*****@eng.usm.my>
To: "alluser" <******@eng.usm.my>
Cc: "khairun" <******@eng.usm.my>
Sent: Wednesday, July 29, 2009 4:35 PM
Subject: Makluman Semasa H1N1 di Kampus Kejuruteraan

Salam sejahtera,

29 Julai 2009, mulai jam 7.00 pagi, semua pelajar berbaris panjang di kafetaria Lembaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka menerima notis bahawa Universiti menangguhkan semua aktiviti pengajaran-pembelajaran seperti kuliah, tutorial dan makmal selama satu minggu bermula pada 29 Julai 2009 sehingga 5 Ogos 2009. Mereka dibenarkan pulang ke rumah hanya selepas menjalani pemeriksaan yang dijalankan oleh pakar perubatan dan jururawat dari Pusat Sejahtera termasuk dari Kampus Pulau Pinang dan Institut Pergigian dan Perubatan Termaju. Terdapat satu dokumen yang akan mengesahkan status kesihatan para pelajar yang menjalani pemeriksaan ini. Pelajar yang sihat dibenarkan pulang samaada dengan keluarga ataupun pengangkutan awam dan USM menyediakan bas dari Kampus ke Parit Buntar dan Butterworth. Manakala pelajar yang demam atau tidak sihat hanya dibenarkan keluar dari kawasan kampus bersama keluarga datang mengambil mereka. Di pintu pagar, Pengawal Keselamatan akan menyemak sekali lagi dokumen status kesihatan pelajar dan perlu meninggalkan satu borang lain untuk semakan Universiti. Begitulah langkah yang diambil bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan pada waktu yang sama tidak mengabaikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan pelajar. Cara kita menguruskan perkara ini mendapat pujian daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan. Tetapi kita tidak kisah sangat dengan pujian tersebut kerana yang penting bagaimanakah kita boleh membendung penularan virus baru ini di dalam kawasan kampus dan pada waktu yang sama kita tidak mahu menjadi penyebar kepada masyarakat luar. Semasa pemeriksaan kesihatan pagi tadi pun, kita dapat mengesan seramai lima orang pelajar yang mempunyai tahap suhu 38oC tetapi tidak pergi mendapatkan rawatan sebelum ini. Tindakan mereka tidak pergi mendapatkan rawatan bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri tetapi juga kepada rakan-rakan lain disekitarnya. Kelima-lima mereka ditahan sehinggalah keluarga masing-masing datang menjemputnya.

Semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah jam 10.40 pagi tadi apabila dimaklumkan bahawa ujian makmal Kementerian Kesihatan yang dijalankan ke atas sampel yang dihantar mendapati empat orang pelajar positif Influenza A (H1N1). Sekali lagi keadaan menjadi panik seketika dan satu perjumpaan dengan Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai perubatan diadakan untuk mengetahui apa tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Pegawai Perubatan berkata kita tidak perlu panik kerana H1N1 ini tidak boleh dijangkiti dengan mudah. Kita perlu memberi perhatian terhadap langkah-langkah pencegahan dan mendapat rawatan segera jika mengalami simptomnya. Pemakaian mask adalah cara yang paling baik untuk menghindari jangkitan virus ini. Staf bolehlah mendapatkan mask daripada Pusat Sejahtera atau daripada PTJ masing-masing (jika ada) kerana saya dimaklumkan sesetengah pusat pengajian sememangnya mempunyai mask sendiri.

Berikut adalah beberapa persoalan daripada staf yang saya cuba menjawabnya sedaya mungkin:

1. Tiada cuti untuk staf?
Jawapannya: Tiada (harap maaf). Dalam kenyataan khas Naib-Naib Canselor IPTA (dilampirkan) menyebut “Universiti akan melakukan apa sahaja untuk menangani hal ini. Namun perlu ditegaskan bahawa bagi kampus-kampus yang terlibat, hanya aktiviti akademik yang ditangguhkan seketika manakala urusan-urusan lain universiti berjalan seperti biasa.”


Jika staf hendak bercuti juga, bolehlah mengikut prosedur biasa dengan mengisi E-Cuti di laman web Kampus Sejahtera – Cuti Tahunan.

Seperkara lagi, setakat ini kluster yang dijangkiti semuanya adalah pelajar. Walau bagaimanapun, Pusat Sejahtera dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah SPS akan sering memantau perkembangan kesihatan di dalam kampus dan tindakan akan diambil dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

2. Bagaimana dengan Pelajar Ijazah Tinggi?
Kelas dan makmal untuk pelajar Ijazah Tinggi berjalan seperti biasa dan mereka bolehlah berhubung terus dengan Dekan atau Timbalan Dekan untuk mengetahui perkembangan.

3. Kelas KAFA di Pusat Islam?
Akan ditangguhkan juga sementara mulai 29 Julai – 5 Ogos 2009. Walau bagaimanapun, Pusat Islam akan memaklumkan dari semasa ke semasa jika ada perubahan tertakluk kepada perkembangan kesihatan. (sama tarikh cuti rehat dengan pelajar).

Setakat ini makluman saya untuk hari ini. Sememangnya kita terlalu bimbangkan tentang Infulenza A (H1N2), tetapi ia menjelma juga di Kampus kita setelah singgah di UiTM, Politeknik, JMTI, ILP dan persekitaran kampus. Apa yang terserlah daripada insiden ini ialah semangat kerjasama dan kerja berpasukan yang luar biasa di antara staf, pelajar, ketua jabatan dan semua warga Kampus. Semuanya bertungkus lumus, berusaha sedaya mungkin menangani masalah ini khususnya Dr. Menal dan staf di Pusat Sejahtera serta Pengawa Desasiswa, BHEPP, MPP, MPDJ, MPDL dan ramai lagi yang tidak dapat saya senaraikan di sini. Semua ketua PTJ serta Dekan-dekan turut turun ke padang bersama-sama dengan Pengarah Kampus. Kesimpulannya, penularan virus ke dalam Kampus telah memperlihatkan bagaimana kukuhnya ikatan kita sebagai satu keluarga besar, berganding bahu melangkah bersama mengharungi segala cabaran yang datang.

Akhir sekali, ingatan untuk semua staf. Kita perlulah mempunyai kesedaran sivik dan tanggungjawab yang tinggi iaitu bertindak segera ke klinik jika mempunyai simptom Influenza A (H1N1). Tidak perlulah kita menunggu sehingga Dr. Menal dan rakan-rakan bertandang ke tempat kita. Tindakan awal boleh menyelamatkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan seluruh warga Kampus. Marilah kita bersama-sama berdoa agar pelajar yang dijangkiti Influenza A (H1N1) akan cepat sembuh dan suasana dalam kampus kembali ceria dan hidup seperti sediakala.

Sekian, terima kasih.

Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Pengarah

**En.Suami ku dh tunjukkan prestasi demam.. hopefully tak melarat...**

2 comments:

ONE ZABA said...

nak kena kurung la tuuuu!!!!

.::CeK LaLa::. said...

OneZ:: Kurung?? tak bape bagus penggunaan perkataan itu.. hehhehe...

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini