June 2, 2009

::BENGKEL KECANTIKAN::

28 Mei 2009 lepas, ade satu bengkel yang telah di anjurkan oleh HELWA kat kampus kejuruteraan ni. Bengkel ni tajuk dia, 'BENGKEL PENAMPILAN WANITA ANGGUN BERKERJAYA'
Dan penceramah yang dijemput Cik Jumie juga merupakan staf di USM Induk. *nape ayat aku mcm skema jerk ni!*

Dengar tajuk bengkel ni pon mcm gahhh jer kan.. tp ekceli bengkel ini simple jer.. tp tetap berkesan utk org² mcm aku! yakni orang² yg sukakan kecantikan dan mekap² ni lah... Cik Jumie ni adalah Kak Andam terlampau yang hot!! dah merata dia dok p mekap pengantin, buat kelas mekap, mekap suka-suka... hehehhe.. nak kenal lebih lanjut ttg Cik Jumie yang masih bujang but not available tuh, p kat SINI (Blog Peribadi Beliau) atau SINI (Blog Mekap² Beliau)
Aku kenal ngan Jumie ni pon, baru lagi. Tapi selalu lah dok dengar nama dia disebut² oleh Mak Datin aka Zura tu. Tapi perkenalan kami memanglah VASS dan tak sangka betul itu Jumie yang slalu dak Zura tu dok sebut²!
Kami berkenalan sebab En.suami aku yg perkenalkan! Jumie n bisness partner dia kenal dgn suamiku, dan suamiku pon membawa daku berjumpa-jumpaan dgn mereka dan terus lah kami bermesra-mesraan gitu!! Sudah nyer aku yang bergelak ketawa mesra dgn dua org wanita itu, suamiku berkejaran menjaga anak² daku... Aku biasa laahhh.. mudah mesra dgn sape sajork... Yang penting org tu blh buat aku gelak, gelak, gelak dan gelak!! Aku kan suka gelak... hahaahhahaa!!
Okeh sambung cerita pasal bengkel tadi. Dalam bengkel tu ade demontrasi mekap. Eh! sebelum tuh, Cik Jumie ade bagi satu 'door gift' utk sume para peserta bengkel... Ade pamplet premium beutiful yang juga ade ditunjukkan sample korset premium beutiful pada hari kejadian. *tgklah penceramah kite tu, Mantoop ok!!!*. Pamplet dari The House Of Red Gincu yang dikendalikan oleh Adik Cik Jumie iaitu Surianie. Dan juga dlm door gift tu ade sample pil Maharani. Sape² penah dengar ttg pil ni, tahu laaa... aku pon dulu penah gak makan pil maharani ni. Memang mavvleess lah!!!
Sebelum demontrasi mekap tuh, depa duk minta sape² volunteer nak jadi model. Cik Jumie dok sebut² nama aku. yang best, dok panggil 'Cek LaLa' plak tuh! hehehhe.. Org² sini mana kenal aku dgn panggilan 'CekLaLa'.. depa dok panggil ila... CekLaLa tuh, kormesial dlm blog jer.. hehehehhe.. Aku bukan takmo jadi model, tp sbb aku nk tgk cara mekap tuh.. kang rugi lah kalo aku jadi model. tak leh nak tgk cara cemane dia mekap kan... aii pon bukan reti mekap sangat u olss!!
tapi memang best lah.. sbb Cik Jumie leh share banyak tips² yang berguna dgn kami suma ari tu... Rope nyer.. aku pon masih buta mekap gak lagi walopon org dok kata aku rajin mekap! hahahaha.. Orang tak tahu, aku baru jer lagi nak berjinak-jinak ngan dunia mekap² neh!! Dulu mana adeeee!!! Aku dtg keje, pakai bedak, pakai liptip! Bedak tu pon, bedak baby jonson tu jerkk!! ahahahhahah!! Ateee.. technician lah katakan....



Dah lepas abis bengkel ni kan.. ade lah aku dgr suara² yang mengatakan, drg dtg pon takde mende, sbb tak suka mekap² ni.. HAH!!! Ape aku salah dgr kah?? Ade juga pompuan yg tak suka mekap eh... which means, tak suka pada kecantikan. Ish! Ish! Ish! Hakakkkk... Hakak tak suke ke kalo diri akak cantik utk suami kak oiii?? Tak usah ler cantik sbb nak menayang kat org.. Cantik sbb nak tayang kat suami tu sudah lerr.. tapi tatau lah pulak kan kalo suami akak tuh suka tgk muka akak yg pucat lesi jer manjang tu kan... Ahahhkkss!!! Tak kesah lah.. lain padang, lain belalang nyer!! *apehal tetibe ade belalang dlm cite aku ni?*

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini