December 30, 2008

::TAMAT LAH RIWAYAT RAMBUT KERINTING::

Sebelum aku cargas ngan N3 yang lelain.. aku nak wat dulu N3 rambut kerinting si Kakak yang telah tamat riwayat nyer pada ari Sabtu bersamaan 27 Disember 2008!
Cite nyer gini....
Tetibe aku menjadi hairan dan terkejut bila ari rabu aku amik dorang dari umah pengasuh, tetibe Kakak menyuarakan hasrat nak potong rambut! Apakah??
Aku sangat2 menjadi hairan dan segala bentuk hairan berada kat kepala aku...
Kenapa yer??
Ketidakfahaman aku berlaku di situ...
Permintaan kakak tu aku biarkan berlalu mcm tu jer.. Tp esok nyer, dia sebut lagi nak potong rambut.. AKU TAK FAHAM! kenapa yer??
Ape kah dia tahu, bila dia potong rambut, maka rambut nyer yang panjang mengurai ittew akan menjadi pendek?
Apekah dia tahu, kerinting rambut nyer ittew akan hilang bila dipotong?
aduhaiiii...
berkali-kali soalan yang sama kluar dari mulut aku bila setiap kali dia minta nak potong rambut...
"betul ke kakak nak potong rambut?"
"nanti rambut kakak jadi pendek taw!"

"yerr.. papa wat! mcm adik!"
Aderhhh... tau ape maksud dia?
Dia nak papa dia yang potong rambut dia mcm rambut adik tuh!!
aduh! Duh! duh! rambut botak cam tu kakak? ilang akal ke ko nak!!
Mungkin sebab dia slalu tgk papa dia tarah rambut adik ngan mesin tu dlm bilik air... adik plak relek2 jer bila papa dogolkan pala dia.. so, aku mengagakkan dia teringin sebegitu.. huhuhuuu!!

Ini rambut kakak sebelum dipotong.. dan aku penah wat satu N3 pasal rambut kakak ni dulu.


Dan setelah beberapa hari dia dok sebut benda yang sama.. "nak potong rambut" "nak potong rambut" Jadi nyer aku mengandaikan yang anak dares ku itu benar2 dengan keputusan nya. Sudah nyer, sabtu petang.. lepas balik dari playground, aku pon bawak la ke kedai salon utk tidak menghampakan dia. OTW nak g tu pon, kakak masih nak tahu hala tuju kami.. "potong lambut ke ibu?" aku pon mengiyakan...
Sesampai kedai salon, tersengeh-sengeh mcm hape jer si kakak bila aku tunjuk kedai nak gunting rambut dia. Laju jer turun keta menghala ke kedai. Beria benar dia!
Aku pulak yang dilanda ketidakfahaman dan mcm tak yakin dengan keputusan anak dares ku ittew! Ya la koo.. kang dah lps gunting tak pasal2 dia tak suke, meraung nak balik rambut asal dia, tak ke naya aku!!! mana nak nyambung nyer!!!

Masa nak tunggu turn, aku still tny lagi ke kakak..
"betul ni kakak nak gunting rambut?"
"nanti rambut kakak jadi mcm rambut aunty tu.." aku tunjuk sorang nyonya cina rambut pendek.. Kakak angguk2... "Yer ibu..."

Akhirnya... sampai turn kakak... ibu plak terlebih emosi.. mcm nak nanges jer tgk saat rambut curly kakak yang mengurai itu di potong!! huuuuwaaaaaaaaaa!!!
Kakak rilek jer kan...
Ibu lak yang emosi...

Akhir nyaaa!!!
Abis dah... dh takde kinting yang comel itu...
Aku suh amoi tu kasik blow sikit... Rambut depan tu aku yang potong minggu lepas. So, aku tak bagi dah amoi tu oter...


Balik salon, kena bagi upah plak kakak beli kopok n aiskrim...

itu lah kesah nyer... ibu plak yang emosi bagai...
tapi mcm sedih jerr... huhuuhuh!!!
Esok nyer, bangun tido soalan pertama kakak tanya ibu...
"Ibu.. cantik tak rambut kakak??"

Alhamdulillahhhhh... jawapan nyer.. kakak suka rambut baru dia...

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini