December 31, 2008

::SONATA 2008::



2008 semakin melabuhkan tirainya...
Terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku lalui sepanjang 2008 ini. Mungkin jika aku buat pengiraan, peratusan "pahit" itu akan menjuarai tahta kenangan dalam diri aku... Kalo aku buat novel, harus kasik tabik spring kat novel aku sebab terlaris dan terhangat dipasaran. Dan N3 ini adalah sgt pjg.. kalo rajin bacalah!

Mulanya memang banyak yang nak aku kongsi dan coretkan di sini...
Tapi bila aku fikirkan balik, perlu ke aku wat 'U Turn' untuk mengimbau kembali segala kepahitan yang telah aku harungi sepanjang tahun ini?
Akan berbaloikan memori pahit itu dikenangkan kembali hanya untuk buatkan aku menangis lagi??
Dan sebaiknya aku biarkan ianya berlalu...
Biarlah... biarlah semua itu pergi... Pegi sebagai kenangan.. pergi sebagai pengalaman...
Tak semua insan akan bertahan jika berdiri di tempat aku sekarang. Tapi aku tetap bersyukur... Aku bersyukur kerana masih ada insan lain yang menerima "lebih" dari apa yang telah aku terima... Aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang oleh NYA untuk menghirup segala kemanisan dan kepahitan sehingga akhir tahun ini... Dan mengajar aku untuk terus mendekati Yang Maha Esa..
Terima Kasih YA ALLAH!!!

Sahabat...
Aku pernah 'kehilangan' seorang sahabat yang pernah berkongsi suka dan duka bersama. Perginya hanya kerana kecewa dan merajuk hati disebabkan N3 yang pernah aku tulis berkaitan dengan kehidupannya. Kata dia, dia benar² tak sangka yang aku sanggup paparkan 'cerita' dia untuk tatapan org lain.. Maafkan aku sahabat! Aku tak berniat utk lukakan hatimu... aku tahu, walau berjuta maaf yang aku pohon, tak mudah untuk kau menerima aku kembali... merajuk benar hatimu sahabat...
Namun begitu, semakin aku rajin mendalami ilmu Blogger, semakin ramai sahabat yang baru aku dapat. Terima kasih semua! Kalian dah buat hari-hari aku sentiasa tersenyum walau batinku selalu menangis...

Utk 'DIA'...
Sesungguhnya, 'Memori Hitam' yang terpalit sungguh memberi erti yang sangat perit dalam kehidupanku. Bagaikan mimpi rasanya!! Tak percaya aku yang lakukan semua itu! Hingga kini, mimpi ngeri itu sering menghantui dalam jaga dan lena ku. Mungkin 'dia' tak merasa seperti apa yang aku rasa. Sebab 'dia' adalah orang yang 'memberi' dan aku adalah orang yang 'menerima'. InsyaAllah... Setiap pertolongan dan bantuan yang pernah aku berikan pada dia dulu, telah aku ikhlaskan dan aku halalkan dunia akhirat. Cuma apa yang aku harapkan, 'dia' jangan lagi buatkan aku menangis dalam apa jua bentuk cara skali pon. Kalo 'dia' baca N3 kali ni, aku harap dia faham ape yang aku maksudkan. Walopon sering aku baca dalam 'blog' dia, ada kata-kata yang seperti memohon maaf dari aku, bait bicara seperti orang kecewa, luahan seperti menginsafi diri, tapi jauh disudut hati aku, aku masih menganggapkan yang 'dia' masih belum ikhlas utk memulakan perdamaian. Kerna apa?
Kerana, selagi 'KENANGAN' yang 'dia' katakan itu masih terhias indah di dinding blog 'dia', selagi itu aku masih belum percaya akan keikhlasan hatinya untuk mencari perdamaian dengan aku. Walaupun antara dia dan 'kenangan' itu sudah tiada apa-apa, tapi mampukah mata ini untuk melihat semua 'kenangan' mereka dipamerkan di blog itu? Perlukah 'kenangan' dia yang sememangnya dah menjadi milik orang masih lagi dipamerkan untuk tatapan umum?
Apa tak ada perasaan malukah dia meletakkan gambar berpelukan dengan 'milik org' yang tidak ada pertalian yang SAH?
Apa lah yang 'Dia' kejarkan sangat dengan milik org yang tiada apa² itu??
Apa sudah tidak ada lagikah lelaki bujang yang mahu kan kau?
Sungguh tak faham aku di situ...
Kalian tentu nak tahu siapa 'dia' kan? pernah aku buat satu N3 bengang dan penah jugak aku letakkan 'link' dia di N3 tersebut. Carilah N3 itu kalo kalian nak tahu siapa dia. Sesiapa yang sering masuk blog dia, dan masuk blog aku, akan tahu siapa gerangan 'dia' itu.. kerana, gambar 'kenangan' yang dia letakkan diblog dia, adalah gambar 'org' yang sama ada di blog aku!
Untuk N3 kali ni tidak lagi!! ENUF! Aku dh taknak jadi kucar-kacir lagi spt dulu.. Biarlah dia dengan dunia dia.. Mungkin dia pernah melabelkan aku sbg "OTAK SEMINIT".. Tp sekarang, kita tengok lah siapa yang punya "OTAK SEMINIT"! Mungkin dia tak sedar, kata-kata dia dulu pada aku, telah terkena sendiri pada dia.. Seorang 'Mak Jan' berumur 34 tahun yang punya anak dua, tapi berperangai melebihi org muda dan spt keanak-anakan mengalahkan aku seorg isteri dan ibu muda berumur 28 tahun yang punya anak dua!

Sungguh!!
Sehingga kini, aku masih menaruh perasaan ragu2 dengan setiap bait kata-kata blog 'dia' dan confession yang pernah 'dia' buat dulu! Sebab apa... Dia pernah menDELETE satu 'permintaan' aku yang pernah aku letakkan di msjbox 'dia'. Itu sangat menunjukkan yang 'dia' masih belum buat 'CONFESSION' yang benar-benar ikhlas. Kalo 'dia' adalah org yang benar dan ikhlas utk berubah, kenapa perlu takut dengan kenyataan? kenapa perlu delete permintaan dan kenyataan yang pernah aku buat?
Apa masih ada 'RAHSIA' yang kau simpan dah kau tak dedahkan?
Cukuplah.. Cukuplah..
Aku dah serik utk melakukan apa-apa. Aku dah letih utk bercakap apa-apa. Kini, aku biarkan dia dengan dunianya. Aku hanya mengintai dari jauh dan buat penilaian sendiri tanpa melibatkan sesiapa. Biarlah siapa pun dia sekarang, aku harap, aku takkan jalinkan apa-apa lagi bentuk sillaturahim dengan dia. Bagi aku, tak salah jika aku tak menjalinkan sillaturahim dengan org yang 'Musang Berbulu Ayam!' spt 'dia'! Lebih baik aku DIAM! Berdiam itu lebih baik dari bersuara. Berdiam pada orang yang sepatutnya dan bersuara pada orang yang lebih berhak... Aku dan blog aku, hny akan bercerita ttg aku dan dunia ku!! Takkan ada kaitan lagi dengan sesiapa pon!!
Doa aku, Semoga 'dia' success dalam kerjaya yang dia ceburi sekarang. Dan jangan lupa bayar 'HUTANG' yang penah kau janjikan pada 'SESEORANG' yang kau anggap 'KENANGAN' itu.... Dan aku akan baca balasan dari N3 aku ni akan berada di blog dia! AKU YAKIN itu pasti terjadi! DAN AKU CABAR DIA, KALAU DIA BERANI DENGAN TINDAKAN DIA YANG PUNYA ANGAN2 NAK MEMILIKI MILIK ORANG, LINK KAN BLOG AKU DI N3 KAMU!! DAN KATAKAN AKU ADALAH "ISTERI" KEPADA "BABY LURVE" KAMU ITU!!!


Rumahtangga...
Untuk sekian kali, aku akan menangis lagi bila perihal rumahtangga aku disebut. Bukan niat utk aku bukak pekung di dada. Tapi kekecewaan yang terbendung dalam hati ini, tak boleh utk ditahan-tahan lagi. Sepanjang 2008, air mata ini tak henti-henti mengalir. Pelbagai cerita kedukaan yang sering aku alami. Lepas satu.. satu yang aku terima. Termasukkan cerita suami aku untuk membuka 'cawangan' baru dengan 'dia' yang aku ceritakan di atas. Aku dah letih untuk menangis.. Aku dah penat untuk menagih... Keharmonian yang semakin hari, semakin bergoyah buatkan aku sering keliru dengan perasaan yang hadir. Sampai bila harus aku tunggu.. aku tak pasti... Bila semua ini akan berakhir... aku tiada jawapan untuk itu... Sehinggakan aku pernah minta untuk DILEPASKAN... namun semua itu dibiarkan seperti angin lalu.. Akhirnya, aku sendiri terbelenggu dalam "ikatan tanpa CINTA"...
Mungkin ada 'org' yang akan tersenyum melihat penderitaan yang aku alami. Tak mengapalah... Aku redha.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kalian.

Namun.. sebagai isteri aku yakin, suami bukanlah seorang yang sangat teruk sperti yang digambarkan. Banyak perkara yang buatkan aku sering merasakan yang kami berdua masih memerlukan antara satu sama lain... Pun begitu, bila setiap kali suami buat silap, perasaan marah dan benci sering bercampur baur. Tapi aku selalu mengenang jasa suami yang walau hanya secubit kemanisan ditaburkan buatkan aku kembali menyemai rasa kasih yang masih bersisa. Kini, walaupun hubungan kami tidak sehangat dulu, tapi kami masih mampu tinggal sebumbung dengan rasa kasih yang tak pernah kami ucapkan seperti selalu. Cuma bahasa tubuh dan lirikan mata yang seolah-olah menjadi maksud bahawa kami adalah 2 insan yang masih memerlukan. Setiap kali baju suami aku gosok atau lipat, aku akan usap seperti aku mengusap dirinya. Setiap kali air secawan yang aku hidangkan, akan aku sediakan semanis dan seikhlas hati seperti manis dan ikhlasnya hati aku pada suami. Setiap kali sebelum melangkah pintu utk mencari rezeki, pipi suami tetap jua aku kucup walau jiwa aku sering terluka. Aku juga bukan seorang isteri yang baik. Aku juga bukan isteri yang sempurna akidahnya. Tapi sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, aku masih waras utk menilai setiap perlakuanku. Aku masih tetap memohon keizinan suami bila aku ingin keluar bersama-sama teman wanita. Aku yakin, jodoh kami masih panjang, cumanya aku beranggapan kata orang2 tua, 3 & 4 tahun awal perkahwinan adalah tahun ujian atau spt tahun 'induksi' bagi pasangan muda spt kami...

Namun begitu aku tetap bersyukur!
Bersyukur kerana suami telah memberi aku 2 nyawa yang bisa menyambung nyawa aku yang semakin hampir sesak untuk bernafas. Aku masih ada mereka berdua yang bisa buat hari-hari aku tersenyum dan ketawa. Mereka berdua sangat rapat dan manja dengan aku. Sehinggakan setiap kali bangun dari tidur, jika aku tak ada disebelah, menangislah mereka mencari di mana IBU... Anak² adalah segala-galanya untuk aku kini... Aku akan lakukan apa sahaja yang termampu demi membahagiakan mereka... Aku bukan seorang ibu yang sempurna, tapi aku akan cuba beri yang terbaik untuk buatkan mereka rasa bahagia dan senang bila bersama dengan IBU...
DINA dan DARWISH... permata hati IBU nan indah tiada ternilai harganya...

Semoga cahaya 2009 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi akan membawa sinar yang cerah untuk kehidupan aku. Aku akan berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menangis lagi. Aku perlu menjadi KUAT... Aku perlu menjadi seorang yang TABAH.. NO CENGENG anymore! Mungkin jugak azam aku tahun baru ini utk lebih banyak BERDIAM dari bersuara. Dan ini adalah N3 luahan perasaan yang terakhir aku rasa untuk tahun 2008 ini!

2009! Aku perlu kerja kuat untuk anak² ku... Demi masa depan mereka, aku berjanji tidak akan sia-siakan harapan yang ada.
Suami.. biarlah TAKDIR yang menentukan... selagi bergelar isteri, aku akan tetap melakukan tanggungjawab sebagai isteri dgn semampunya... Aku bukan isteri yang sempurna.. Namun tangan ini takkan putus menadah doa semoga ada kebahagian dipenghujung derita ini...

Akhir penutup 2008...
Apa diharap padi seberang..
Entah berbuah entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan suka entahkan tidak

Makan pinang dibilah kacip
Sirih dijunjung di atas peti
Pilunya hati mengenang nasib
Saudara sendiri melukai hati

Pucuk pauh delima batu
Sedap lagi si limau bali
Menadah tangan pada yang SATU
Moga ketenangan akan kembali

Kayu di hutan lagi dikapak
Kapak dibeli hulunya merah
Hati ku pilu siapa yang nampak
Entahkan menangis entahkan berdarah...



ngeh ngeh ngeh...
**pantun ni aku ciplak tau.. bukan aku wat sendrik!!**

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009!!

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini