December 1, 2008

::CUTI PANJANG - CITER 3::

**Ayahanda Dan Bonda Ku yang Dirindu...**

::24 Nov 2008::
Suasana pagi kembali ceria seperti biasa. Riuh rendah umah mak aku dengan keletah cucu² mak n abah.. jerit pekik dari ibu masing² suruh anak² mandi... Aku dan kakak kedua uruskan anak², kak long siapkan sarapan... para lelaki itu dah bersiap segak, masing² panaskan enjin kereta... Rumah pink itu masih lagi dikunjungi jirantetangga dan sedara mara untuk mengiringi mak dan abah...
Bersarapan sambil berbual kosong... Mak dan abah sedang membuat persiapan terakhir. Lebih kurang jam 10.30 pagi, semua dah siap sedia. Saat Azan dilaungkan, suasana menjadi sepi dan kembali syahdu menghayati alunan azan yang bergema di kawasan rumah.
Adik lelaki aku kembali menjadi cengeng. Menangis benar dia.. Entah apa yang dia fikirkan atau bayangkan. Aku ni, bukan nyer boleh tgk orang menangis, sebab aku kan ratu air mata... Saat tu jugak dengan mudah air mata ini menitik... Syahdu sangat rasa...
**Melangkah abah dan mak aku keluar dari rumah**

Mak dan abah naik kereta abang. Kami adik beradik masing ikut dari belakang. Suasana perjalanan tiada yang menarik perhatian kami. Bawak keta kat highway pon 80-100kM/j. Takde nak rushing². Sebab penerbangan abah lambat lagi. Cuma kami sengaja bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan semasa di Kelana Jaya nanti.
Sampai di Kelana Jaya lebih kurang jam 4 petang. Suasana masa tu, sudah ada jemaah haji bersama keluarga yang telah menunggu. Ingat kami yang awal, rupanya ada lagi yang lebih awal dari kami.
Disebabkan mak dan abah datang awal, maka dorang dapatlah bilik penginapan sementara di situ. Jadi nyer boleh lah mak n abah berehat dan nak salin pakaian dengan sempurna.
Masuk jam 6 petang kawasan Kompleks Tabung Haji tu dah semakin ramai dipenuhi dengan sanak saudara yang datang untuk menghantar keluarga masing². Anak² kecil kami semakin lama ditempat kejadian, semakin memboringkan dorang. Anak² aku mcm biasa, sebok ajak balik. Ndak pulak tengok orang menjual belon sgala.. meruntun2 merengek2 suruh dibelikan belon. Dapat belon, senyap la rengekan. Main sampai tak ingat nak makan. Suasana kat situ dah semakin sesak dengan orang ramai. Mata aku ni tak lepas jer dok memantau anak dara ku nan sorang tu. Lasak nyer kemain lah dia.. Si adik, cukup time, dpt bantal busuk, masuk jari dlm mulut, lena lah...
Yang sangat menarik perhatian aku, sanak saudara yg dtg hantar tu, pakat bawak sgala barang makanan. mAcam nak mai berkelah la plak.. cuma tilam bantal jer takde.. Eh! ade.. tilam n bantal baby... hehhehe!!
Bila dah lepas isyak, umat semakin ramai. Aku snap beberapa pic. Macam lautan manusia perbagai ragam. Seronok sangat. 1st time aku tengok keadaan mcm tu...




Lepas sembahyang maghrib.. Mak n abah pun turun dari bilik dan kembali berkumpul bersama kami... Mak dah siap bertelekung dengan jubah... Abah sangat berseri-seri dalam pakaian ihram... Ceria terpancar di wajah Abah bila kami adik beradik menegur abah nampak ceria... Mak masih seperti biasa. Entah apa yang difikirkan Mak. berkali kali kami pesan, supaya mak jangan fikir tentang rumah.. tentang anak².. Tapi entah ape lagi yang mak fikirkan.. Sebab riak wajah mak nampak benar risau nyer...



Masa tuk mak dan abah berangkat dah tiba... Abah naik penerbangan KT73. Dijangka lebih kurang jam 1.30 pagi akan berlepas. Tapi dorang akan ke KLIA lebih awal. Kami hantar mak dan abah hingga ke pintu masuk luar dewan. Doa kami adik beradik.. Semoga mah dan abah mendapat kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna...




##Semalam dapat panggilan dari abah. Mak dan abah sihat. Cuma mak sakit lutut dan sakit urat. Dorang ade kat klinik masa tu. Mak memang biasa sakit lutut. Abah kata, perjalanan kat sana jauh sangat. Abah yang sehat tu pon boleh penat. Takpe lah.. yang penting mak dan abah sehat... InsyaAllah...##
....Rindu nyer kat mak dan abah..
sedih raya haji dah dekat....

No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini