November 25, 2008

::RAHSIA AIR TANGAN ISTERI::

Panduan untuk kita semua sebagai isteri...
Peringatan untuk aku jugak...
Harap nyer sudilah baca walopon N3 ni agak panjang... Tp tak rugi membaca sebab terdapat "sesuatu" yang buatkan kita sedar tentang "sesuatu" yang kita sendiri tak sedari ianya telah kita lakukan....

Sekadar memanjangkan...

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah
one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan
sebaliknya.. .. bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena
rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah,
dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan
jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita
punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila
kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih
yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama
kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya
dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta
sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali
dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!.. . itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan
sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan
serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu
terhadap
keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita
masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau
selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun
kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak
dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun
sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu
membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan
datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih
teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan
dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah
mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun
anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada
akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm
hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada
sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun
memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu
sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah
akan
membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok
baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita
pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu
sentiasa di
belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu
beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan
tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu
dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni
bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt,
ini kes
nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian
dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan /
kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kansudah dipesan org
tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua
lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan
merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam
diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah
pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat
'belai
roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko
air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau
sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh
diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk
akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia
rasa.... apalah mana ade logik, tapi cubakita lihat org tua dulu2 kat
mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kantak pakai pula kan, tapi
kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari
penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm
dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan
terbuka berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai
disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu
juga
sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan
kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan
raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org
tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat
diakan, bukan dia
yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih
bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia
sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya
oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh
(walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun,
saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain
menguruskannya' ???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu
ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya
sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!.
Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu,
'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah
antara
suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan
mesra antara
keduanya agar kekal sampai bila2.

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri.
Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut
anak
akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih
erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu.
Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah.





No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini