November 29, 2008

::CUTI PANJANG - CITER 1::

::22 Nov::-
Tujuan aku bercuti pon adalah sebab ini...Aku n family agak kebizian menguruskan umah mak utk kenduri esok. 24 Nov Mak n abah nak berangkat ke Mekah dah.. Jadi nyer umh aku dikampung tak putus2 dikunjungi rakan2 dan sedara mara mak n abah...

::23 Nov::-
Seawal pagi kami adik beradik dah bersiap sedia untuk kenduri pada jam 10.. Saja abah wat kenduri awal, sebab ari minggu cenggitu memang banyak lah kenduri kendara orang kawen. Kenduri ini disusuli ngan bacaan Yassin di surau depan umah.. Makanan Abah amik katering jer.. tak larat lah kalo nak masak sendiri. Sepatut nyer mak n abah banyakkan rehat jer sebelum berangkat.
Asal nyer katerer Abah amik utk 100 orang jer.. Tp tokey katerer tu ckp tak cukup.. dia tambah lagi utk 100 orang. Nasiblah tuan katerer tu memang kawan Abah pon.. "geng kedai kopi" hehehheh!! Jadi tak jadi masalah sebab abah serah kat dia 100% untuk bab makan tuh!!
Alhamdulillah.. kenduri berjalan ngan lancar... Ramai orang datang mcm kenduri tawen jer... Memang lebih dari 100 org!! tak sangka betul ramai yang datang nak meraikan mak n abah... Murah rezeki mak n abah aku... Kawan2 mak ada jugak yang sedekahkan lauk pauk untuk hidangan kenduri... Itulah... Mak Abah aku, tak pernah cari musuh, tak pernah nak berhasad dengki dgn orang... Dan sifat itulah jugak yang mak abah aku serapkan pada kami anak2... Aku masih ingat pesanan mak n abah sebelum mereka berangkat ke Mekah..

"Mak dengan Abah takmau anak-anak mak berdengki sesama sendiri... jangan iri ati dengan adik beradik... Apa yang abah serahkan sebagai amanat, jaga elok2..."

Walopon kenduri dan bacaan Yassin dibuat awal, tapi sempai ke petang masih ada lagi sedara mara dn kawan2 yang jauh datang bertandang. Memang tak putus2 lah! Sampai ke malam! Murah rezeki sungguh! Duit yang orang sedekah pon, malam tu kami kira hampir RM7000!!! Ya Allah!! memang tak disangka2... Yer lah.. mentaliti orang2 sekarang dh berubah. Nampak beza nyer kan? Kalo kenduri kawen, orang biasa akan sedekah antara RM1 - RM10 lah paling banyak... Tapi kalo orang sedekah utk org g Mekah, paling kurang RM10! Mak aku penah cakap, "kalo kita ade dengar sesape saje yang nak g Mekah, sedekah lah walaopon seringgit. Sebab duit kita tu akan dibawak ke sana, akan berkat rezeki kita. InsyaAllah!!"

**Tetamu Datang Untuk Bacaan Yassin Di Surau Depan Umah**


**Penuh Surau. Sampai tak muat!**


**Kereta yang datang macam kenduri tawen**


**Ramai... Alhamdulillah... **


No comments:

Kepada yang berminat untuk membuat perawatan dengan JSD. Saya mohon jasa baik anda untuk menjawab soalan analisis ini bagi memudahkan saya untuk mengetahui permasalahan yang anda hadapi secara keseluruhan.

Info yang diberikan akan dirahsiakan.
1. Nama :
2. Umur :
3. Status :
4. Bil. Anak :
5. Tempoh perkahwinan :

Soalan:
1. Apakah yg buat anda berminat tentang JSD?

2. Semasa anda sedang membaca dan menjawab soalan2 ini apakah keadaan di miss v/panty anda?Anda sering mengalami keputihan atau kegatalan? Kering/lembap/basah

3. Semasa anda mencuci miss v anda berapakah jarak bibir miss v anda? Kelebaran 1 jari/2jari/3jari

4. Adakah period anda teratur? Berapa lama period anda dlm sebulan?adakah anda mengalami senggugut?

5. Semasa 'bersama' suami adakah anda berasa tidak selesa seperti sakit pada bahagian tertentu, kurang berminat, air berlebihan atau bau yg kurang menyenangkan?

6. Apabila terbatuk atau terbersin adakah anda terkencing?

7. Pernahkan anda membuat scan atau pap smear utk memastikan tahap kesihatan dalaman anda?

8. Adakah anda menghidapi masalah cyst/fibroid/cancer pangkal rahim?

9. Andakah anda menghidapi penyakit darah tinggi?

10. Adakah sekarang anda sedang atau pernah mengamalkan apa jua jenis jamu dan produk pelansingan?jika pernah nyatakan kali terakhir anda mengambil produk tersebut dan berapa lama anda mengamalkan produk tersebut.

Catatan: sekiranya anda ingin utarakan soalan atau memberi info tambahan tentang keadaan miss v anda boleh nyatakan disini